Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Kenapa Dalam Kosmetik Ada Polyglutamic Acid, Apa Kesan Pada Kulit?

by Mas Idayu
March 19, 2021
Foto - Pinterest/Clinica Harmonize

Foto - Pinterest/Clinica Harmonize

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Apa benda pula polyglutamic acid atau asid polyglutamik ini, ramai pakar kecantikan heboh perkatakan kebaikan bahan ini di dalam produk kosmetik.

Nak tahu apakah dia asid polyglutamik ini, jom selidik kegunaan dan manfaatnya dalam produk kosmetik serta apa pula kesannya terhadap kulit wanita jika memakai produk kosmetik mengandungi bahan ini.

Dah Wujud Sejak 80 Tahun Lalu

Foto – Pinterest

Dipetik dari Healthline, asid polyglutamik ini telah diketahui sejak 80 tahun lalu dan banyak penyelidikan serta kajian telah dijalankan bagi menyelongkar apa rahsia disebalik bahan ini.

Dalam jurnal bertajuk “In Vitro Evaluation of New Functional Properties of Poly-Y-Glutamic acid Produced by Bacillus Subtilis D7“, asid polyglutamik ini sangat bagus digunakan dalam perubatan dan juga kosmetik.

Menurut jurnal tersebut, asid polyglutamik yang digunakan dalam produk kecantikan dapat membantu melembapkan kulit wanita.

Manfaat Rahsia Ramai Tak Tahu

Menariknya asid polyglutamik ini mengandungi khasiat dan kebaikan untuk kulit, sebab itu bahan ini digunakan dalam produk kosmetik kerana keberkesanannya.

Berikut antara manfaat dan rahsia asid polyglutamik yang bagus untuk kulit wanita.

Melembapkan Kulit Wajah

Foto – Clinica Harmonize

Para pengkaji menemui khasiat utama asid polyglutamik ini adalah, membekalkan kelembapan kulit dari permukaan hingga ke dalam sel kulit.

Bukan itu saja, asid polyglutamik ini juga akan mengunci kelembapan kulit dan membuatkan kulit kekal hidrat sepanjang hari.

Mengurangkan Kedutan

Foto – Penn Medicine

Dengan mengekalkan kelembapan kulit, masalah kulit kering dan kedutan dapat diatasi dan dalam masa yang sama mengurangkan tanda penuaan pada wajah wanita.

Mempercepatkan Proses Kesembuhan

Foto – Mind Body Green

Pengkaji telah menemui dua kajian asid polyglutamik berkesan mempercepatkan proses sembuh, menerusi jurnal kajian tahun 2015 “Promotion Effects of Ultra-High Molecular Weight Poly-Y-Glutamic Acid on Wound Healing“.

Dan juga jurnal kajian tahun 2016 “Antimicrobial and Biocompatible ε-Polylysine-Y-Poly(glutamic acid)-Based Hydrogel System for Wound Healing“.

Kedua-dua kajian ini menunjukan potensi asid polyglutamik dapat mempercepatkan proses kesembuhan, tetapi kajian berterusan perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanannya.

Risiko Dan Kesan Sampingan

Foto – Skincare by Alana

Bagi yang memiliki kulit sensitif, pemakaian produk mengandungi asid polyglutamik ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan seperti:

  • Gatal-gatal
  • Kulit kemerahan
  • Kulit rasa seperti terbakar
  • Kulit jadi kering
  • Kulit membengkak

Pakar kosmetik menyatakan kosmetik yang mengandungi bahan ini selamat untuk di pakai, tetapi untuk mengetahui sama ada kulit serasi dengan kosmetik yang mengandungi bahan tersebut kena tunggu 24 jam selepas pemakaian.

Foto – L’Oreal paris

Tak sangka, banyak juga kebaikan asid polyglutamik dalam produk kosmetik dan kecantikan yang terdapat di pasaran. Lepas ini kalau nak cari produk kecantikan, bolehlah pilih yang mengandungi bahan asid polyglutamik.

Lagipun pakar sendiri akui keberkesanan bahan ini dalam penghasilan produk kosmetik dan kecantikan.

Selamat beramal♥

Rujukan: 1, 2,

Tags: apa itu polyglutamic acidkesan pada kulit wajahKesihatan Kulitkhasiat polyglutamic acidPolyglutamic Acid
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Kecantikan

#DIVAKongsi Masa Yang Paling Tepat Untuk Buang Produk Kecantikan Kamu

by IamLisa
May 27, 2022
0

Masuk sahajalah ke bilik anak gadis atau wanita, pasti dipenuhi dengan barang-barang kecantikan yang kadang-kala melebihi ruang simpanan. Pembayang mata,...

Baca Lagi
Foto - Rolling Stone
Kecantikan

mise en scène HELLO CREAM: Gayakan Rambut Seperti BLACKPINK

by IamLisa
May 27, 2022
0

Tergoda melihat warna rambut oren Jennie? Nah, kamu pun boleh mendapatkan rambut secantik itu dengan menggunakan ini! Jenama kosmetik rambut...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kecantikan

Re-Apply Sunscreen Jadi Mudah Bila Ada Suncreen Stick Yang Praktikal

by Sofie Azizlan
May 27, 2022
0

Tak dinafikan ramai yang mengelak daripada re-apply sunscreen. Puncanya kerana re-apply sunscreen boleh rosakkan mekap atau mereka terpaksa tanggalkan mekap...

Baca Lagi
Foto - philosophy
Kecantikan

philosophy: Intai Siri hope in a jar Yang Terbaru, Ini Yang Best!

by Sofie Azizlan
May 26, 2022
0

Akhirnya, hope in a jar daripada philosophy boleh didapati di Sephora! Untuk pengetahuan kamu, hope in a jar dikeluarkan sejak...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.