Sebut saja nama Kenchana Devi pasti terbayang senyuman manis pelakon veteran ini, dirinya tidak pernah lokek dengan senyuman dan karakteristik itulah yang membuatkan pelakon ini diingati ramai.
Kini pelakon veteran ini gemar berkongsi resepi makanan India di akaun Facebooknya Kanchanas Secret Whitening Cream, dan juga di saluran YouTube Kenchana Devi, pelbagai resepi menarik dan lazat membuatkan ramai orang terliur di buatnya.
Nak tahu resepi manakah yang buat ramai rasa terliur itu, jom terjah beberapa resepi enak dari Kenchana Devi di bawah.
#1 Thanni Saar
Bahan-bahan
- 2 cawan kacang dal Australia
- 4 cawan air
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh minyak masak
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar di hiris
- 4-5 ulas bawang putih di belah dua
- 4 tangkai cili kering di potong sederhana panjang
- 3-4 tangkai daun kari
- 1 biji tomato di belah 6
- 1 sudu makan halba campuran
- 1 kotak santan kecil
- 1 sudu teh serbuk kari
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Air asam jawa (asam jawa saiz duit 50 sen dan ramas dengan 1 cawan air)
- 1 ikat sayur kayu manis
Cara masak
- Basuh bersih kacang dal.
- Kemudian masukkan dalam periuk dan tuang 4 cawan air ke dalam periuk, selepas itu masukkan satu sudu teh serbuk kunyit, garam, minyak masak dan 5 ulas bawang putih ke dalam periuk.
- Rendam kacang dal dan bahan-bahan tadi, selama satu hingga dua jam supaya kacang empuk. (ini jika tiada periuk pressure cooker).
- Bagi yang miliki periuk pressure cooker, masak selama kacang hingga tiga kali bunyi siulan pressure cooker dan kemudian buka penutup periuk dengan cermat dan hancur-hancurkan kacang.
- Selepas itu, sediakan periuk baru dan masukkan minyak masak dan halba campuran, tumis hingga naik bau.
- Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar, cili kering dan daun kari, tumis bahan-bahan hingga garing.
- Selepas itu, masukkan sayur kayu manis dan garam, tumis sehingga masak.
- Tuang kacang dal yang dah masak tadi ke dalam periuk sayur dan gaul rata, tambah satu cawan air untuk cairkan kuah dal.
- Kemudian masuk air asam jawa, santan satu kotak kecil, sedikit garam, serbuk kari dan serbuk kunyit.
- Gaul rata bahan-bahan, biarkan ia masak seketika dan masukkan tomato. Gaul lagi sekali, kuah dan berbuih sedikit dah boleh tutup api.
- Siap dan sedia untuk di makan.
#2 Tauhu Tempe Petai Masala
Bahan-bahan
- 1 batang serai
- 4 ulas bawang putih
- 2-3 inci halia
- 20 biji kacang gajus
- 1 pek tempe di potong memanjang (dah siap goreng)
- 4 ketul tauhu di potong dadu (dah siap goreng)
- 2 biji tomato di potong dadu
- 2 biji bawang besar di cincang
- 1 batang serai
- 500 gram petai
- 1 sudu makan sos vegetarian oyster
- Garam
- 2 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk teh
- 1/2 buah lemon
Cara masak
- Masukkan satu batang serai, empat ulas bawang putih, tiga inci halia, 20 biji kacang gajus, air secukupnya ke dalam mesin kisar dan kisar hancur bahan-bahan.
- Masukkan minyak masak yang digunakan bagi menggoreng tauhu dan tempe ke dalam kuali, kemudian masukkan dua biji bawang besar yang dah di cincang, satu batang serai, dua biji tomato di potong dadu dan tumis semua bahan-bahan.
- Selepas itu, masukkan garam, bahan-bahan kisar tadi ke dalam kuali dan tumis bahan-bahan biarkan ia masak seketika.
- Kemudian sediakan mangkuk dan masukkan dua sudu makan serbuk cili, satu sudu teh serbuk kunyit, satu sudu makan sos oyster dan sedikit air. Gaul bahan hingga jadi pes cair.
- Tuang pes cili tadi ke dalam kuali dan tumis bahan-bahan sehingga sekata.
- Selepas itu masukkan tauhu, tempe, sedikit garam dan gaul rata bahan.
- Masukkan petai dan perah jus buah lemon ke dalam kuali, gaul masakan dan biarkan ia masak seketika.
- Dah siap, tutup api dan sedia untuk di makan.
#3 Ikan Merah Masak Lemak Cili Padi Stail Kenchana Devi
Bahan-bahan untuk kisar
- 1 Ekor ikan merah dah siap di goreng
- 3-4 inci halia
- 10 tangkai cili padi merah
- 1 batang serai
- 6 ulas bawang putih
- 2 tangkai cili merah besar di potong dua
- 1 biji tomato di belah 6
- 1 inci lengkuas
- 2 inci kunyit hidup
Bahan-bahan untuk tumis
- 1 sudu halba
- 2 kotak kecil santan
- 5 tangkai cili padi
- 2 tangkai cili hijau besar di belah dua
- 2 tangkai cili merah besar di belah dua
- 1 batang serai
- 1 biji bawang holland di potong besar
- 2 keping asam keping
- 10 tangkai sayur bendi
- 1 biji tomato di belah 4
- 2 helai daun kunyit di hiris lebar
- 1 biji terung bulat di potong besar
- 1/2 biji buah nenas sederhana kecil di potong kecil (dah siap buang kulit)
Cara masak
- Masukkan semua bahan-bahan untuk di kisar dalam mesin dan kisar hingga hancur.
- Panaskan kuali, guna minyak menggoreng ikan merah dan masukkan halba, bawang holland, cili padi, serai bersama bahan-bahan di kisar tadi.
- Tumis bahan-bahan hingga pecah minyak, dah pecah minyak masukkan cili merah dan hijau besar, masukkan sayur terung bulat, sayur bendi, garam dan gaul rata.
- Selepas itu masukkan satu kotak kecil santan, gaul bahan-bahan kemudian masukkan sedikit air dan gaul bahan serta biarkan ia masak hingga pecah minyak.
- Dah menggelegak, masukkan serbuk kunyit sedikit, santan kotak kedua, masukkan sedikit air, ikan merah yang dah di goreng, nenas dan daun kunyit ke dalam kuali.
- Tutup kuali dengan penutup biarkan ia masak sekejap, buka penutup masukkan garam dan tomato dan masak dengan api perlahan.
- Rasa dah okay, tutup api dan sedia untuk di hidang.
#4 Ketam Masala Pekat
Bahan-bahan
- 4 ekor ketam di potong dua (dah siap basuh bersih-bersih sebanyak 3 kali)
- 12 ulas bawang putih dan 5 inci halia (di tumbuk kasar)
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar 4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis)
- 1 batang serai
- 2 tangkai cili hijau besar di belah dua
- 5 tangkai cili padi hijau
- 4 tangkai daun kari
- Garam
- 3 1/2 sudu makan serbuk kari ikan
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk jintan putih
- 1 cawan air
- Air asam jawa (ambil asam jawa saiz 20 sen dan ramas bersama 1 cawan air)
- 1 biji tomato di belah
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
Cara masak
- Masukkan minyak masak ke dalam kuali, kemudian masukkan jintan manis, rempah ratus empat sekawan, serai, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi, bersama cili hijau besar, cili padi hijau dan juga daun kari.
- Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau kemudian masukkan tomato dan garam, masak bahan-bahan sehingga empuk.
- Selepas itu, masukkan serbuk kari ikan, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan masukkan satu cawan air.
- Masak bahan-bahan sehingga pecah minyak, kemudian masukkan air asam jawa ke dalam kuali dan gaul rata.
- Kemudian masukkan sedikit garam dan ketam, gaul rata bahan-bahan dan biarkan ketam masak sendiri sambil tutup kuali.
- Dah menggelegak, buka penutup kuali dan masukkan tomato dan sedikit serbuk pati ayam dan sedikit garam dan gaul bahan-bahan.
- Masak bahan sehingga ketam betul-betul masak, dah siap boleh tutup api dapur dan sedia untuk di hidang.
#5 Labu Goreng Stail Kenchana Devi
Bahan-bahan
- 1/2 biji buah labu di potong dadu bersaiz sederhana
- 1 sudu empat sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis)
- 3 tangkai daun kari
- 1 sudu makan halba campuran
- 4 tangkai cili kering di potong kecil
- 4 inci halia dan 3 ulas bawang putih di tumbuk
- Garam
- 1 sudu teh kunyit
- 1 sudu teh serbuk kari
- 1 sudu makan gula
Cara masak
- Panaskan kuali dan masukkan minyak masak ke dalam kuali, kemudian masukkan halba, cili kering, rempah ratus empat sekawan, halia dan bawang putih yang dah di tumbuk ke dalam kuali.
- Tumis bahan-bahan dan masukkan juga daun kari, gaul bahan-bahan hingga naik bau.
- Selepas itu, masukkan buah labu yang dah di potong dadu bersaiz sederhana dan juga sedikit garam.
- Gaul bahan-bahan, selepas itu masukkan pula serbuk kari, serbuk kunyit, gula dan air. Gaul bahan dan masak sehingga labu empuk.
- Masak buah labu dengan empuk, masukkan air sedikit demi sedikit dan masukkan juga sedikit minyak masak dah gaul rata.
- Buah labu dah empuk dan kuah menjadi pekat, tutup api dapur dan sedia untuk dihidangkan.
Memang sedap-sedap belaka resepi yang Kenchana Devi kongsikan ini, bagi yang berminat nak cuba masak masakan India yang lazat dan menyelerakan boleh cuba masak nanti.
Selamat mencuba♥