Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Jangan Salah Faham, 7 Fakta Wanita Tanpa Rahim Kamu Kena Tahu

by Mas Idayu
March 13, 2021
Foto - Vaginal Rejuvenation

Foto - Vaginal Rejuvenation

23
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Masyarakat sering salah faham mengenai wanita tanpa rahim, pelbagai konsep yang tidak benar serta khabar angin yang tidak relevan berlegar mengenai isu ini.

Persepsi yang tidak betul ini perlu dibetulkan, berikut adalah beberapa fakta mengenai wanita tanpa rahim perlu kita semua ketahui.

Dengan pengetahuan yang diperolehi ini orang ramai dapat melihat gambaran dan realiti sebenar, mengenai cabaran dan rintihan yang membelenggu nasib wanita yang dilahirkan tanpa rahim dan faraj ini.

#1 Dikenali Sebagai Sindrom MRKH

Wanita yang lahir tanpa rahim dan lalauan faraj ini, dikenali sebagai sindrom Mayer-Rokinstansky-Kauser-Hauser (MRKH).

Kes sindrom seperti ini berlaku pada satu daripada 4000-5000 bayi perempuan yang dilahirkan, mempunyai sindrom MRKH ini.

#2 Tanda-Tanda Menghidap MRKH

Foto – Dr.Francisco Carmona

Sindrom ini agak sukar untuk dikesan jika tidak diperiksa secara menyeluruh, meskipun begitu pakar telah menjumpai beberapa tanda dan gejala untuk memastikan sama wanita tersebut menghidapi MRKH atau tidak.

Berikut antara tanda dan gejala wanita menghidapi sindrom MRKH

  • Sakit perut secara berkala
  • Tidak pernah datang haid
  • Mandul
  • Kesukaran melakukan hubungan kelamin
  • Mempunyai masalah untuk kencing
  • Sering mendapat jangkitan kuman dalam air kencing
  • Mengalami masalah pendengaran
  • Skoliosis iaitu masalah tulang belakang menjadi bengkok ke kiri atau ke kanan
  • Mengalami masalah buah pinggang

#3 Pembetulan, Bukan Semua Wanita Tiada Darah Haid Hidap MRKH

Dipetik dari MRKH Malaysia, bukan semua wanita yang tidak keluar haid merupakan penghidap sindrom MRKH.

Memang betul, jika di lihat pada tanda-tanda wanita yang disahkan menghidap sindrom MRKH ini salah satunya adalah tidak datang haid.

Tetapi ketidak datangan haid ini boleh berlaku disebabkan faktor-faktor lain, dan tidak semestinya individu tersebut menghidapi sindrom MRKH.

Sebab itu pakar menyarakan jika anak perempuan mula menginjak dewasa tidak datang bulan, ibu bapa harus segera bawa anak berjumpa dengan doktor pakar sakit puan bagi membuat pemeriksaan awal.

#4 Jangan Salah Faham, MRKH Bukan Penyakit

Foto – The Independent

Satu lagi isu yang sering masyarakat salah faham adalah sindrom MRKH ini merupakan satu penyakit, untuk pengetahuan semua perkara ini bukanlah penyakit tetapi satu keadaan dan kelainan pembentukan seksual dalaman wanita.

Wanita tanpa rahim merupakan insan istimewa, di mana individu ini tidak mempunyai organ dalaman wanita dan ianya bukanlah satu penyakit yang mana perlu makan ubat dan terus pulih.

Situasi ini merupakan kelainan pembetukan organ seksual wanita yang berlaku sejak lahir lagi, dan buat masa ini ramai pakar mencari jalan penyelesai bagi menangani sindrom MRKH ini.

#5 Jangan Ingat Wanita Hidap Sindrom MRKH Miliki Kes Yang Sama

Foto – Facebook Mind Over MRKH

Dipetik dari MRKH Malaysia, bukan semua wanita yang menghidapi sindrom MRKH mempunyai kes yang sama. Masyarakat sering menganggap wanita yang disahkan menghidap sindrom MRKH ini mempunyai kes yang sama.

Tetapi hakikatnya, bukan semua kes sindrom MRKH yang dihadapi wanita itu adalah sama. Berikut antara kes-kes sindrom MRKH yang wanita lalui:

  • Ada wanita tiada rahim langsung
  • Ada wanita rahim sangat kecil dan tidak berfungsi
  • Ada wanita mempunyai saluran faraj yang pendek dari biasa
  • Ada wanita mempunyai saluran faraj cetek seperti lesung pipit
  • Ada wanita tidak mempunyai tiub falopio tetapi ada sepasang ovari
  • Ada wanita miliki tiub falopio normal tetapi mempunyai ovari sebelah sahaja

#6 Ada Kaedah Rawatan Ke?

Foto – Pinterest

Dipetik dari Berita Harian, pembentukan faraj boleh dilakukan dengan menggunakan dilator atau melalui pembedahan.

Wanita yang membuat keputusan untuk menggunakan dilator bagi pembentukan faraj, perlu bersedia dari segi emosi dan mental

Selain itu, di luar negara seperti Sweden, Amerika Syarikat, India dan China telah melakukan pembedahan rahim kepada wanita yang menghidapi sindrom MRKH.

Foto – Pinterest

Dengan menjalani pembedahan rahim yang didermakan oleh keluarga rapat, seperti ibu atau kakak kandung mereka.

Walaubagaimanapun, jumlah pembedahan ini sangat kecil dan masih di peringkat kajian lagi dan Malaysia juga sedang mengumpul kepakaran.

Dan bekerjasama dengan jabatan agama Islam, berkaitan hukum melakukan pemindahan rahim ahli keluarga kepada wanita yang miliki sindrom MRKH.

#7 Wanita Istimewa, Insan Terpilih

Foto – Pinterest

Seperti yang dinyatakan kes wanita menghidapi sindrom MRKH ini satu daripada 4000-5000 kes di dunia, wanita yang menghidapi sindrom ini merupakan insan terpilih dan yang teristimewa.

Semoga apa yang dilalui menjadikan diri sebagai wanita yang kuat dan bermotivasi, serta menerima hakikat secara terbuka.

Dan sudah pastinya sokongan insan sekeliling merupakan salah satu sumber, wanita yang menghidapi sindrom ini untuk terus kuat dan tabah menjalani kehidupan.

Dengan penjelasan dan gambaran yang diberikan di atas, sedikit sebanyak dapat membuka fikiran kita semua mengenai wanita istimewa ini.

Selamat beramal♥

Tags: lahir tanpa rahim dan farajmrkh malaysiatanda-tanda sindrom mrkhwanita sindrom mrkhwanita tanpa rahim
Share9SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest / @anniedeliversmd (TikTok)
Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Sofie Azizlan
January 4, 2022
0

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya...

Baca Lagi
Foto - Buy Berocca
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Sofie Azizlan
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by IamLisa
January 3, 2022
0

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.