Kebanyakan rumah-rumah di Vietnam tidak mempunyai keluasan yang besar, ianya kecil dan pastinya tidak banyak barang dekorasi yang boleh disusun atur di dalam rumah.
Jadi bagaimana orang Vietnam mendekorasi rumah mereka yang sekangkang kera itu? Kalau nak tahu jawapannya, jom selongkar di bawah.
Dekorasi Mengikut Ruang
- Foto – Pinterest
Seperti sedia maklum, rumah-rumah di Vietnam kebanyakannya jenis bertingkat dan ruangnya juga sangat sempit.
Boleh dikatakan setiap tingkat di bahagikan mengikut bahagian, agar mudah untuk pemilik rumah fokus barang dekorasi yang manakah sesuai diletakkan di dalam rumah.
Ruang Tamu
Untuk bahagian ruang tamu, rata-rata orang vietnam mencari perabot dan hiasan yang bersaiz sederhana besar agar tidak memakan terlalu banyak ruang seperti ini.
Kerusi
- Foto – Pinterest
Meja Kopi
- Foto – Pinterest
Pokok-Pokok
- Foto – Pinterest
Ruang Makan
Sama juga untuk ruang makan, dengan keluasan yang terhad orang Vietnam akan mencari meja makan yang bersesuaian dengan ruang kediaman seperti ini.
Kediaman Jenis Memanjang, Guna Meja Makan Panjang
- Foto – Pinterest
Kediaman Jenis Segi Empat, Guna Meja Makan Bulat Atau Bersegi
- Foto – Pinterest
Bilik Tidur
- Foto – Pinterest (gambar kiri untuk bilik berkumpulan, gambar kanan untuk bilik bujang)
Biasanya pemilihan katil pula dibuat melihat saiz ruang bilik dan berapa orang yang akan menginap di dalam bilik tersebut.
Jika kamu tinggal seorang tiada masalah untuk kamu dekor bilik dengan meletakkan katil bujang ataupun katil queen.
Tetapi jika kamu tinggal bersama adik-beradik dalam satu bilik, maka kamu perlukan rekaan katil yang inovatif seperti di dalam gambar atas.
Hiasan Dinding
- Foto – Pinterest
Meski tinggal di kediaman yang sempit dan bertingkat, orang Vietnam tidak menjadikan ia satu halangan bagi mendekorasi rumah.
Dan boleh dikatakan setiap tingkat kediaman, tergantung hiasan dinding yang bersifat sentimental mahupun minimalis kontemporari seperti bidai rotan dan lampu tergantung.
- Foto – Pinterest
Menarik cara orang Vietnam mendekorasi dalaman rumah mereka, kebanyakan dekorasi menampilkan idea kreatif, tenang dan bercirikan minimalis kontemporari.
Mungkin idea-idea dekorasi dari orang Vietnam ini, boleh kamu gunakan jika ingin menghiasi dalaman rumah yang bersaiz kecil nanti.
Selamat beramal♥