Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Wanita Pun Ada Kondom? Ini Yang Kamu Perlu Tahu

by Soph.Azz
March 11, 2021
Foto - Get the Facts

Foto - Get the Facts

92
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bukan hanya lelaki sahaja yang mempunyai kondom. Sebenarnya wanita pun ada kondom mereka tersendiri. Kamu jangan terkejut pula.

Disebut sebagai internal condom atau Femindons, kondom wanita berbentuk dan mempunyai fungsi yang sama seperti kondom lelaki.

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana cara pemakaian dan sebagainya teruskan membaca okay?

Apa Yang Kamu Perlu Tahu?

Kondom wanita merupakan alat kawalan kelahiran yang bertindak sebagai penghalang untuk mencegah sperma daripada memasuki rahim wanita.

Fungsinya sama seperti kondom lelaki iaitu melindungi wanita daripada hamil dan mengalami jangkitan kelamin (STI).

Foto – Simple Health

Untuk pengetahuan kamu, kondom wanita berbentuk kantung lembut sama seperti lelaki. Sangat longgar dengan mempunyai cincin di setiap hujungnya.

Bentuk kondom wanita ini adalah kantung lembut dan longgar dengan mempunyai cincin di setiap penghujungnya.

Foto – Arkib Wanista

Untuk pengetahuan kamu, setiap satu cincin ini ada fungsinya. Cincin di bahagian dalam faraj berfungsi sebagai penahan kondom untuk berada di tempatnya dan tidak bergerak.

Manakala cincin yang berada di luar faraj wanita adalah untuk menjaga dan menahan kondom daripada tidak terkeluar daripada faraj.

Cara Betul Untuk Guna Kondom Wanita

Cara pemakaian kondom wanita ini sama seperti kamu mahu memakai tampon. Walaupun sedikit sukar pada permulaannya, tetapi kamu hanya perlu sedikit latihan untuk membiasakannya.

Jika kamu mahu mencuba dan memakai kondom wanita, pastikan kamu ikut beberapa langkah ini:

Foto – CDC
  • Langkah 1: Buka dengan teliti dan keluarkan kondom wanita dari bungkusan. Berhati-hati supaya tidak terkoyak.
  • Langkah 2: Cincin yang tebal di bahagian hujung tertutup diletakkan di dalam faraj. Cincin yang nipis berada di luar iaitu menutup bukaan faraj.
  • Langkah 3: Duduk dalam posisi yang selesa. Pegang dan kepit dengan jari bahagian cincin tebal dan masukkan ke dalam faraj.
Foto – CDC
  • Langkah 4: Guna jari, tolak bahagian cincin tebal ke dalam faraj sehingga agak-agak bertembung dengan serviks.

(Kondom boleh berkembang secara semula jadi dan kamu tidak akan merasainya.)

  • Langkah 5: Pastikan kondom kamu tidak berpusing-pusing di dalam faraj. Bahagian luar pula, pastikan cincin nipis berada permukaan bukaan faraj.
  • Langkah 6: Untuk tahu sama ada kondom terbuka dan duduk dalam keadaan betul, gunakan zakar pasangan untuk membukanya.

(Jika zakar pasangan tergelincir di antara kondom dan dinding faraj atau cincin nipis di luar termasuk ke dalam faraj, kamu perlu berhenti dengan segera.)

Foto – CDC
  • Langkah 7: Untuk mengeluarkan kondom daripada faraj, tarik cincin di luar dan pusing secara perlahan-lahan. Kondom yang dibuang tidak boleh digunakan semula.

Sebenarnya Berkesan Atau Tidak?

Kondom wanita mempunyai tahap kefungsian yang sama seperti kondom lelaki jika kamu gunakan dalam cara yang betul.

Keberkesanan kondom wanita ini adalah sebanyak 95% iaitu 5 daripada 100 wanita dalam masa setahun menggunakannya dengan betul.

Foto – ABC

Sebaliknya, sekitar 21 daripada 100 wanita akan hamil setiap tahun disebabkan tiada pendedahan tentang cara pemakaian yang betul.

Pada masa yang sama, penggunaan kondom wanita ini juga dapat mengurangkan risiko kamu dan pasangan menghidapi penyakit kelamin.

Ada Kebaikan Dan Keburukannya 

Untuk pengetahuan kamu, kondom wanita ini juga ada kebaikan dan keburukannya tersendiri.

Antara kebaikan yang boleh kamu dapat daripada kondom wanita adalah:

  • Tak mahu mengganggu mood, kamu boleh pakai 8 jam sebelum melakukan hubungan seks.
  • Kalau pasangan tidak mahu memakai kondom, kamu boleh ambil pilihan memakai kondom wanita.
  • Tidak merengsakan dan ianya diperbuat daripada getah yang sesuai untuk semua orang.
  • Tidak perlu tergesa-gesa membuang selepas berhubungan seks dengan pasangan dan boleh biarkan seketika di dalam faraj.
Foto – Clue App

Manakala keburukan kondom wanita ini pula adalah:

  • Kondom wanita boleh tergelincir ketika melakukan hubungan seks.
  • Cenderung mempunyai potensi untuk merengsakan kulit kamu dan pasangan.
  • Kurang berkesan untuk mencegah kehamilan berbanding dengan kondom lelaki.
  • Hanya mempunyai satu jenis ukuran sahaja.

Siapa Yang Boleh Guna Kondom Ini?

Untuk menggunakan kondom wanita ini, boleh dikatakan kebanyakan wanita boleh menggunakannya dengan selamat.

Kamu boleh guna sebaik sahaja kamu mengandung, keguguran mahupun melakukan pengguguran.

Foto – Med Life

Tetapi ia boleh menjadi tidak sesuai untuk wanita yang tidak berasa selesa di kawasan kemaluan mereka sama ada merengsakan atau tidak sering tertanggal.

Bagi wanita yang ingin menggunakan kondom wanita, penjualannya sangat terhad. Kamu boleh dapatinya di beberapa kedai khusus, farmasi, pusat kesihatan atau dalam talian.

Pastikan sebelum, semasa dan selepas menggunakan kondom wanita ini, kamu mempraktikan cara pembuangan dan kebersihan yang betul.

RUJUKAN: 1, 2, 3

FILED UNDER cara betul guna kondom wanitakebaikan kondom wanitakeberkesanan kondom wanitakeburukan kondom wanitakondom wanita
Share37SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.