Memang terkejutlah apabila Sephora berkolaborasi dengan COACH untuk koleksi edisi terhad kali ini. Semuanya cantik-cantik belaka!
Menampilkan maskot COACH Rexy, Sharky dan Uni, kamu boleh dapatkan tujuh jenis produk edisi terhad untuk bahagian mata, pipi, bibir dan juga kuku.
Elemen reka bentuk eksklusif dalam koleksi ini dilengkapi dengan kemasan berkilauan yang memberikan ilustrasi berwarna dan nostalgia terhadap warisan Amerika.
Antara produk dalam koleksi edisi terhad COACH X Sephora:
-
Rexy Eyeshadow Palette [RM 250]
Eyeshadow ini mengandungi campuran buttery matte gold metallic dan shimmery shades yang sesuai untuk mereka yang tidak kenal erti takut dan mempunyai sisi playful.
-
Sharky Eyeshadow Palette [RM 250]
Campuran buttery mattes, bold metallics dan soft shimmery shades, palet ini sesuai untuk mereka yang mahu tampilkan look yang garang dan menyeronokkan dalam satu masa.
-
Uni Face Pallete [RM 250]
Diilhamkan oleh magical Uni, face pallete ini menampilkan warna matte yang sangat romantik dan berkilau. Hasilnya, kamu boleh mendapatkan finish look seolah-olah wajah menjadi glow secara semula jadi.
-
Tea Rose Brush Set [RM 375]
Mempunyai 5 jenis berus dalam satu set, setiap berus direka khas dengan pemegang glitter dan bulu sintetik.
Dalam set ini kamu boleh mendapatkan powdered brush, angled blush, highlight brush, shadow brush dan crease brush.
Paling menyeronokkan, kamu akan mendapat brush stand dan 5 jenis cincin yang boleh disesuaikan dengan mana-mana berus dalam koleksi ini.
-
Tea Rose Lip Gloss Set [RM 250]
Set lip gloss yang diinspirasikan daripada semangat feminin, keempat-empat lip gloss ini memberikan kilauan yang menyegarkan.
Paling best tak melekit langsung ketika memakainya.
-
Tea Rose Eye Masks [RM 75]
Untuk pengetahuan kamu, eye masks ini diperkaya dengan ekstrak timun dan minyak mawar.
Jika kamu memakai eye masks ini, ia akan memberikan rasa yang menenangkan dan membuatkan mata menjadi lebih segar.
-
Tea Rose Nail Set [RM 145]
Merangkumi base dan topcoat, set ini juga mengandungi nail polish yang berwarna merah jambu yang sangat comel.
Selain itu, kamu boleh melekatkan stickers yang menampilkan maskot COACH untuk berikan hasil yang lebih cantik dan playful.
Keseluruhan koleksi ini boleh didapati di kedai, secara dalam talian di laman web rasmi [SINI] atau di aplikasi Sephora bermula 2 Mac 2021 sementara stok masih ada.