Terkenal dalam kalangan individu yang mahu turunkan berat badan, tak dinafikan jus memang memberi pelbagai manfaat seperti tiada kandungan gula yang tinggi mahupun kalori.
Tetapi ada pula sesetengah individu mempersoalkan sesetengah sayur dan buah mengandungi tahap gula yang tinggi dan menyebabkan jumlah kalori meningkat.
Apabila timbul persoalan ini, ramai yang menjadi ragu-ragu dan memikirkan jus yang mana sesuai untuk diminum.
Bagi kamu yang tertenya-tanya, beberapa jus ini sesuai untuk diminum tanpa perlu risau mengenai kandungan gula dan jumlah kalori.
4 Jus Buah-Buahan Rendah Kalori
-
Jus Oren
Berbeza dengan jus oren yang dijual di pasaran, jus oren yang dibuat di rumah merupakan alternatif yang shat dan rendah dengan kalori.
Jus oren yang baru diperah dianggap sebagai jus kalori negatif iaitu sesuai untuk badan kamu kerana hanya memerlukan sedikit sahaja tenaga untuk membakar kembali kalori tersebut.
-
Jus Amla
Bagus kalau kamu dapat minum jus amla pada setiap pagi kerana kandungan kalorinya yang rendah.
Pada masa yang sama, jus amla dapat bantu menjaga sistem pencernaan kamu sepanjang hari dan mempercepatkan metabolisme dalam badan.
Fungsi metabolisme ini adalah untuk membantu dengan cepat dalam membakar lemak dalam masa yang singkat.
Selain itu, jus ini juga dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Untuk kesan yang ketara, ambil ketika perut masih lagi kosong.
-
Jus Delima
Jus delima sememangnya rendah dalam kalori (134 kalori) dan bagus untuk kulit mendapatkan glow secara semula jadi.
Untuk pengetahuan kamu, buah delima juga kaya dengan antioksidan, polyphenols dan conjugated linolenic acid.
Kesemua nutrien ini, dapat membantu membakar lemak dan juga tingkatkan metabolisme dalam badan. Selain itu, jus ini juga dapat membantu mengurangkan selera makan kamu.
-
Jus Tembikai
Ramai yang tahu buah tembikai merupakan buah yang kaya dengan kandungan air.
Hanya mengandungi 30 kalori bagi setiap 100g hidangan boleh membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan terhidrat.
Buah tembikai ini juga kaya dengan amino acid arginine iaitu salah satu bahan yang membantu dalam pembakaran lemak secara pantas.
4 Jus Sayur-Sayuran Rendah Kalori
-
Jus Timun
Timun sememangnya popular dengan fakta “rendah kalori dan tinggi jumlah kandungan air”.
Pada masa yang sama, sayur ini langsung tidak mengandungi gula dan seterusnya memberikan hidrasi yang cukup kepada penerimanya.
Bukan sahaja menjadi salah satu sumber yang terbaik, timun juga dapat memberikan rasa kekenyangan yang cukup lama.
Untuk rasa yang lebih sedap, kamu boleh campurkannya dengan perahan limau nipis dan sedikit dauh pudinan untuk menyegarkan badan ketika cuaca panas.
-
Jus Beetroot
Sesuai untuk mereka yang ingin turunkan berat badan dan mahu mengambil jus rendah kalor, jus beetroot merupakan solusi yang terbaik.
Penuh dengan nutrien, tidak mempunyai lemak dan kolestrol, jus ini sememangnya menjadi sumber serat makanan larut dan tidak larut yang baik.
Untuk rasa yang lebih sedap, kamu boleh tambahkan beberapa titis perahan lemon, secubit garam dan serbuk jintan panggang.
-
Jus Peria Katak
Dengar nama sahaja dah tahu sayur ini pahit, betul tak? Tapi kalau kamu nak tahu, sayur ini sangat bagus dalam turunkan berat badan.
Minum jus peria katak secara berkala boleh merangsang hati keluarkan asid hempedu yang diperlukan untuk metabolisme lemak.
Memang terbukti peria katak ini rendah kalori, minum jus sebanyak 100g peria katak, kamu hanya akan mengambil sebanyak 17 kalori sahaja!
-
Jus Lobak Merah
Sesuai untuk turunkan berat badan dengan konsisten, jus lobak merah sangat sesuai kerana mengandungi kalori yang rendah dan serat yang tinggi.
Minum segelas jus ini di awal pagi boleh berikan tenaga yang cukup sehingga waktu tengah hari.
Pada masa yang sama, jus ini boleh tingkatkan rembesan hempedu yang bantu badan dalam membakar lemak dengan lebih cepat.
Nak lagi berkesan, ambil sebiji lobak merah campurkan dengan sebiji epal, 1/2 biji oren dan sedikit halia untuk dijadikan detoks bagi buang toksin dalam badan.
Bagi yang ingin turunkan berat badan dan dapatkan kesan yang lebih cepat, amalkan beberapa jenis jus ini.
Tetapi kamu perlu ingat, jika mahu membeli jus di pasaraya pastikan lihat terlebih dahulu label pemakanannya. Tujuannya adalah untuk tahu jumlah kalori dan gula yang terkandung.