Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Apa Yang Akan Jadi Kalau Kamu Gemar Makan Bertih Jagung?

by Soph.Azz
March 10, 2021
Foto - Entrepreneur Reporters

Foto - Entrepreneur Reporters

46
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sedap kalau makan bertih jagung ketika menonton filem atau rasa mahu mengunyah sesuatu di rumah.

Bertih jagung dikatakan sebagai makanan yang cukup dengan serat dan kalori rendah. Kalau macam itu nak makan setiap hari pun tiada masalah, betul tak?

Bergantung kepada cara penyediaannya dan tahap kesihatan seseorang individu, setiap jenis bertih jagung ada kebaikan dan keburukan jika makan setiap hari.

Kalau makan air-popped bertih jagung setiap hari?

Air-popped bertih jagung ini sebenarnya boleh menjadi makanan ringan yang baik. Dari segi harga yang murah, air-popped bertih jagung ini juga sesuai untuk individu yang sukar makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Menurut American Heart Association, tiga cawan air-popped bertih jagung mempunyai 93 kalori, 1.1g lemak, 1.9mg sodium, 18.6 karbohidrat, 0.2g gula dan 3g protein.

Foto – Pinterest

Manakala 3.6g serat boleh didapati daripada karbohidrat yang tidak dicerna untuk mengekalkan kamu kenyang dalam waktu yang lama.

Sebab itulah kandungan serat tinggi dan jumlah kalori yang rendah dapat jadikan air-popped bertih jagung ini sebagai salah satu makanan ringan yang elok untuk dimakan setiap hari.

Macam mana pula dengan bertih jagung di pawagam?

Tak dinafikan bertih jagung yang dijual di pawagam lebih sedap dan ramai yang menyukainya.

Dengan pelbagai jenis toppings yang mengandungi jumlah garam dan gula yang tinggi seperti karamel, lapisan gula-gula, mentega dan perasa ia boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Foto – Dissolve

Untuk pengetahuan kamu, satu hidangan bertih jagung di pawagam mengandungi 11g gula iaitu berbeza sebanyak 10.8g dengan jumlah gula air-popped bertih jagung (0.2g).

Jika makan bertih jagung ini setiap hari, kamu boleh menghadapi beberapa risiko kesihatan seperti tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung.

Jadi hidangan yang disyorkan untuk makan bertih jagung yang dijual di pawagam adalah sebanyak 2.3mg sahaja oleh Food and Drug Administration (FDA) secara berkala.

Tukar kepada bertih jagung microwave pula, okay ke?

Sama dengan bertih jagung di pawagam, bertih jagung microwave ini mengandungi beberapa bahan tambahan yang bawa kesan kepada kesihatan.

Foto – The Daily Meal

Antara bahan-bahan tambahannya adalah hydrogenated trans fat, saturated fats dan sodium. Pada masa mentega tiruan yang digunakan dalam bertih jagung ini boleh mengandungi diacetyl iaitu bahan yang boleh rosakkan saluran udara dan menyebabkan penyakit paru-paru.

Oleh itu, makan bertih jagung microwave setiap hari boleh dedahkan kamu kepada kenaikan berat badan yang mendadak dan beberapa bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan.

Sediakan bertih jagung yang sihat di rumah!

Untuk elakkan beberapa penyakit dan keburukan kepada kesihatan kamu, apa kata kamu cuba sediakan bertih jagung sendiri di rumah.

Lebih baik dan bagus untuk dijadikan makanan ringan yang sihat serta sesuai untuk semua lapisan umur.

YouTube video

Bahan-bahan:

  • Biji jagung
  • Minyak zaitun, minyak bunga matahari atau kelapa

Cara-caranya:

  1. Set api menjadi sederhana dan tuangkan minyak ke dalam periuk.
  2. Selepas minyak menjadi panas, masukkan biji jagung kemudian tutup dengan penutup.
  3. Biarkan seketika sehingga biji jagung bertukar menjadi bertih.
  4. Apabila bertih jagung mula terbentuk, goncangkan secara berkala periuk tersebut untuk biarkan kesemua biji jagung masak.
  5. Tuangkan bertih jagung yang siap dimasak ke dalam bekas dan siap untuk dimakan.

[Sekiranya kamu memerlukan perasa tambahan, kamu boleh taburkan sedikit garam ke atasnya.]

Tak salah kalau mahu makan bertih jagung yang dijual di pasaraya atau di pawagam, tetapi lebih baik kamu kurangkan kuantitinya setiap hari. Dan lebih baik lagi, kamu makan secara berkala iaitu sebulan sekali lebih baik.

RUJUKAN: 1, 2, 3

FILED UNDER bertih jagungcara buat bertih jagungkebaikan bertih jagungkeburukan bertih jagungkesan makan bertih jagungmakan bertih jagung setiap hari
Share18SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.