Di Korea kisah percintaan antara petugas penerbangan ataupun pramugari bersama selebriti popular sudah tidak asing lagi, apatah lagi kebanyakan hubungan berjaya menginjak ke jinjang pelamin.
Tetapi yang menjadi persoalannya dan tanda tanya bagi orang ramai dan sudah tentunya peminat, ingin mengetahui siapa yang mulakan langkah pertama dalam perkenalan?
Bekas pramugari Kim Soo Dal dan Kim Ha Gyeong dedah, bagaimana cara selebriti cuba mengajak pramugari yang mereka suka keluar menerusi rakaman video di saluran YouTube Ayo.

Pandangan Mata
- Foto – Pinterest
Berdasarkan pengalaman Kim Soo Dal selama berkhidmat dalam industri penerbangan ini, banyak kenangan manis dilaluinya dan salah satu kenangan tersebut adalah selebriti cuba mengajaknya keluar.
Kim Soo Dal menyatakan pada awalnya selebriti tersebut memberikan pandangan mata kepadanya, yang menafsirkan seperti “Dapatkah awak merasai perasaan saya?”.
Itu adalah gambaran perasaan yang dialaminya tatkala menerima pandangan mata dari selebriti tersebut, meski artis tersebut tidak berkomunikasi dengannya secara lisan tetapi pandangan mata saja sudah memberi gambaran jelas.
Mesej Di Media Sosial
- Foto – Better Aviation
Selain itu, cara lain yang selebriti Korea gunakan bagai mengenali dan mengajak petugas penerbangan atau pramugari keluar adalah dengan menerusi mesej.
Selebriti Korea akan cuba mencari nama petugas penerbangan atau pramugari yang mereka ingin berkenalan, dengan mengingati nama yang tertera pada tag nama pramugari atau petugas penerbangan.
Kemudian selebriti Korea tersebut akan cuba cari media sosial mereka, dan mula meninggalkan mesej secara peribadi di akaun media sosial tersebut.
Selit Kertas Memo Dalam Dokumen
- Foto – Pinterest
Selain itu, kebanyakan artis Korea juga menggunakan tektik menyelit kertas memo dalam dokumen sebelum menyerahkan dokumen tersebut kepada petugas penerbangan di kaunter.
Dalam nota memo tersebut tertulis mesej untuk mengenali petugas perbangan tersebut dan ingin mengenali diri mereka dengan lebih dekat lagi.
- Foto – Pinterest
Siapa sangka penumpang yang mereka temui merupakan jodoh abadi mereka, dan tektik segelintir selebriti Korea gunakan bagi mengajak petugas penerbangan atau pramugari keluar juga agak lucu.
Antara selebriti Korea yang berkahwin dengan pramugari adalah Joon Park dari kumpulan G.O.D, pelawak terkenal Korea Jeong Jun Ha dan ramai lagi.