Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Putar Belit Institusi Diraja, Meghan Markle Buka Cerita Sebenar Jelas Kontroversi

by Mas Idayu
March 9, 2021
Foto - Vanity Fair/People

Foto - Vanity Fair/People

84
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa kata semuanya indah belaka mengenai keluarga diraja, banyak cabaran Putera Harry dan Meghan Markle lalui dari menjadi pasangan kekasih, bertunang, berkahwin dan kini telah menjadi ibu bapa.

Boleh dikatakan kontroversi demi kontroversi melanda kedua pasangan merpati sejoli ini, menerusi temubual eksklusif bersama Oprah Winfrey, Putera Harry dan Meghan Markle buka cerita sebenar.

Terdapat beberapa isu yang menggegarkan jiwa, dan bagaimana luahan ini membuka mata orang ramai ‘apa itu kisah benar’.

Kontroversi Meghan Buat Kate Middleton Menangis

YouTube video

Dalam temubual eksklusif ini, Oprah menyentuh mengenai kontroversi mengenai khabar berita di mana Meghan Markle buat Kate Middleton menangis seminggu sebelum majlis perkahwinannya dan Putera Harry.

Meghan jelas bahawa khabar berita tersebut tidak betul malah apa yang berlaku adalah sebaliknya, dan menurut Meghan seluruh institusi diraja British mengetahui hal sebenar.

Tetapi mereka biarkan khabar angin tersebut tersebar, tanpa memberi penjelasan sebenar kepada masyarakat umum waktu itu dan masyarakat mula memandang serong terhadap Meghan Markle.

Meghan Alami Tekanan Teruk Dan Ingin Bunuh Diri

Foto – Vogue/People

Bukan itu saja, dalam temubual tersebut Meghan Markle jelaskan sepanjang dirinya berhubungan dengan Putera Harry dan juga lalui kehidupan diraja membuatkan dirinya menjadi sunyi, tertekan dan lahir keinginan untuk bunuh diri.

Dan paling mengejutkan adalah, institusi tidak benarkan Meghan mendapatkan bantuan luar bagi mengatasi masalah mental yang dilaluinya kerana ia akan memburukkan institusi.

Isu Racism Ke Atas Archie

Foto – Daily Bayonet/Hello Magazine

Selain itu, Meghan juga membuka cerita semasa dirinya mengandungkan anak lelaki sulungnya Archie, institusi tidak akan berikan gelaran dan keselamatan kepada Archie kerana warna kulitnya mungkin menjadi gelap apabila lahir nanti.

BACA:  Sadis Betul Fesyen Meghan Markle Sebelum Kahwin Dengan Anak Raja

Berita ini mengejutkan Oprah yang menemubual Meghan, di mana institusi bersikap racist dan prejudis terhadap anaknya dan juga kepada Meghan.

Putera Harry Diperangkap

Foto – Vogue/Vanity Fair

Dalam temubual bersejarah ini juga, Putera Harry juga membuka mulut bahawa dirinya, abangnya Putera William dan bapanya Putera Charles sebenarnya terperangkap dalam sistem institusi dan tidak bebas seperti mana yang masyarakat umum lihat.

Kewangan Disekat, Jalani Kehidupan Guna Apa Yang Ditinggalkan Oleh Puteri Diana

Foto – Harper’s Bazaar/Tatler

Bukan itu saja, Putera Harry juga meluahkan bahawa pihak istana telah menyekat kewangannya dan kini kedua-dua pasangan ini menjalani kehidupan menerusi apa yang ditinggalkan ibunya Puteri Diana.

Terima Ahli Baru, Tidak Sabar Menanti Anak Perempuannya

Foto – Oprah Magazine

Meski sukar untuk membuka cerita dan berkongsi kisah menjadi ahli keluarga diraja, Meghan dan Putera Harry cuba sebaik mungkin berkongsi apa yang boleh dan beri penjelasan terhadap kontroversi yang melanda mereka berdua.

Dan dalam temubual eksklusif ini juga, Meghan dan Putera Harry berkongsi berita gembira bahawa mereka berdua tidak sabar menanti kelahiran bayi perempuan meraka.

Perkongsian khabar berita gembira ini dapat dilihat menerusi senyuman manis Meghan dan Putera Harry dalam temubual tersebut.

Semoga Meghan Markle dan Putera Harry, terus kuat mengharungi kehidupan bersama anak-anak mereka.

FILED UNDER keluarga diraja britishkeluarga meghan markleMeghan Markleputera harryputera harry dan meghan markle
Share34SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.