Nak bergaya tidak semestinya perlu menjadi supermodel terlebih dahulu. Kalau gadis biasa pun, tiada masalah untuk kamu bergaya dan berfesyen. Yang penting confident!
Seperti gadis yang berasal dari Indonesia ini, Wanista sangat suka melihat gaya-gaya OOTD miliknya yang up-to-date tetapi masih menutup aurat.
Sesuai untuk jadi ikutan para hijabis, lihat beberapa gaya yang menarik dan cantik ini!
Berasal Dari Indonesia, Siapa Sebenarnya Gadis Ini?
Merupakan seorang blogger, influencer dan YouTuber yang terkenal, Richa Etika Ulhaq merupakan seorang gadis yang berasal dari Surabaya, Indonesia.
Memiliki pengikut seramai 316k di Instagram dan 19.2k di YouTube, tidak hairanlah kenapa jumlah pengikutnya boleh meningkat tinggi.
Gaya dan taste dalam fesyen membuatkan gadis petite ini berjaya meraih perhatian orang ramai terutamanya dalam kalangan hijabis yang mahu tampil bergaya.
Yang menarik perhatian Wanista, setiap gaya dan fesyen yang dikongsikan hampir 100% gayanya menutup aurat dengan sempurna.
Berani Untuk Mix And Match
Warna Pastel Beri Sisi Yang Manis
Aksesori Tambahan, Topi Wajib Ada
Terserlah Perwatakan Gadis Manis Dan Ayu
Head-To-Toe, Nampak Cantik Pakai Satu Set
Nampak Matang Bila Pakai Dress
Sumpah kalau kamu tengok Instagram milik gadis ini, boleh dikatakan kesemua pakaiannya cantik-cantik belaka. Dan memang salute lah sebab tiada satu posting pun yang menampakkan aurat.
Jadi hijabis, gaya OOTD yang mana menjadi pilihan kamu?