Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips

Inshaallah Hidup Makin Murah Rezeki Bila Lakukan 15 Tips Ini

by Lisa AG
March 8, 2021
Foto - Detik News

Foto - Detik News

51
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Setiap hari anda penat berusaha macam-macam perkara, tapi semuanya masih tak berhasil.

Perniagaan yang anda jalankan makin lama makin stuck. Kewangan makin lama makin kering. Pelbagai inisiatif sudah ikhtiar tapi hampa yang bertandang.

Anda merasakan seperti macam ada sesuatu yang ‘tersangkut’. Bangun dan mula amalkan 15 tips yang dikongsikan di Facebook Negeri Sembilan Kini. Inshaallah ia memberi kebahagiaan pada diri.

1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.

2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah ditimpa ujian, sentiasa istighfar. Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.

Foto – Harian Metro

3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.

4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.

5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!

6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.

Foto – Inquirer

7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.

8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah berdoa bersungguh-sungguh pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.

9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah diuji!

10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.

Foto – Hipwee

11. Video call atau call mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.

12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.

13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”.

14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, sayangi diri sendiri.

Foto – mStar

Selamat Beramal!

RUJUKAN

FILED UNDER hidup murah rezekimurah rezekirezeki sempittips hidup murah rezekitips murah rezeki
Share20SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.