Wanita sering mengalami masalah kulit kepala, tidak kiralah wanita berambut panjang, pendek, tebal mahupun nipis pasti mengalami masalah yang serupa.
Jadi bagaimana nak menangani masalah seperti ini, apatah lagi setiap masalah kulit kepala yang dialami wanita perlukan cara rawatan berbeza mengikut masalah kulit kepala yang dialami bukan?
Nak tahu bagaimana, ikuti cara rawatannya di bawah.
Masalah Kulit Kepala Berminyak
- Foto – Sephora/Anthropologie
Untuk rawat masalah kulit kelapa berminyak produk Care Mask For Hair & Scalp dari Gallinee ini, boleh membantu menangani masalah kulit kepala yang kamu alami.
Dengan kandungan Prebiotic, ia dapat membekalkan bakteria baik pada kulit kepala dan memainkan peranan penting untuk menangani sebum dan minyak yang berlebihan di kulit kepala.
Cara rawatan: Basahkan kepala dan sapukan skrub pada ubun dan rambut sambil urut kepala, kemudian biarkan selama 5 minit dan bilas rambut hingga bersih.
Produk: Gallinee Care Mask For Hair & Scalp [BELI]
Masalah Kulit Kepala Kelemumur Tebal
- Foto – Sephora
Bagi menangani masalah kulit kelapa kelemumur tebal pula, kamu boleh mencuba produk T.L.C. Happi Scalp Scrub dari Drunk Elephant.
Produk rambut ini dirumus khas dengan AHA dan BHA bagi mengeluarkan sel kulit mati di kepala, dan dalam masa yang sama skrub ini juga akan membekalkan nutrisi dalam kulit kepala.
Bukan itu saja, skrub ini dapat menyeimbangkan kulit kepala, dengan lemak asid dan antioksidan yang tinggi menerusi minyak tumbuhan seperti marula, mongongo, baobab dan maracuja.
Cara rawatan: Setelah shampoo atau basahkan kepala, sapukan skrub pada kulit kepala dan urut kulit kepala dengan lemah-lembut dalam 5-10 minit kemudian bilas rambut dengan bersih.
Produk: Drunk Elephant T.L.C. Happi Scalp Scrub [BELI]
Masalah Kulit Kepala Kering
- Foto – Briogeo Hair Care
Masalah kulit kering, boleh ditangani dengan menggunakan produk Be Gentle, Be Kind Avocado + Kiwi Moisture Superfood Mask dari Briogeo.
Produk ini dapat mengekalkan kelembapan kulit kepala dari dalam, dengan kombinasi phytonutrients seperti sayur bayam, biji chia dan biji mentega koko ia dapat mengekalkan kelembapan kulit kepala.
Cara rawatan: Selepas shampoo rambut, sapu produk pada rambut dan urut dari ubun kepala hingga hujung rambut. Biarkan selama 5-10 minit dan bilas rambut hingga bersih.
Produk: Briogeo Be Gentle, Be Kind Avocado + Kiwi Moisture Superfood Mask [BELI]
Masalah Kulit Kepala Berjerawat
- Foto – Pinterest
Siapa yang tidak tertekan apabila di kulit kepala tiba-tiba tumbuh jerawat, dan pastinya rasa gatal yang dialami membuatkan jari ingin menggaru kulit kepala terutama di bahagian yang berjerawat.
Kamu boleh cuba gunakan produk Itching Relieving & Sensitive Scalp Shampoo dari Kerasys, bagi menangani masalah kulit kepala berjerawat
Produk ini diformula khas bagi kulit kepala sensitif, berjerawat, dan mengatasi masalah kegatalan dan minyak pada kulit kepala dengan gabungan ramuan ekstra lavender.
Cara rawatan: Basahkan kepala kemudian, shampoo kulit kepala sambil mengurut seluruh kepala dengan lembut selama 3-4 minit dan bilas rambut sehingga bersih.
Produk: Kerasys Itching Relieving & Sensitive Scalp Shampoo [BELI]
Masalah Kulit Kepala Mengelupas
- Foto – Virtue Labs
Bagi wanita yang mengalami masalah kulit kepala mengelupas pula, produk Exfoliating Scalp Treatment dari Virtue Labs.
Produk ini mengandungi Alpha Keratin 60ku, Papain, Bromelain, dan enzim buah-buahan bagi membekalkan nutrisi kesihatan pada kulit rambut yang kering yang mengelupas, menyeimbangkan dan membuang sel kulit mati.
Cara rawatan: Selepas memakai shampoo, gunakan produk ini dan urut ubun-ubun dan kulit kepala selama 5 minit dan kemudian bilas rambut.
Produk: Virtue Labs Exfoliating Scalp Treatment [BELI]
- Foto – Bee Chow Ladies
Bagi wanita di luar sana yang mengalami masalah-masalah kulit kepala seperti di atas, kamu boleh cuba cara rawatan yang di berikan mana tahu ianya berkesan.
Dan untuk menangani masalah kulit kepala yang dialami, cara terbaik adalah mencuba setiap bentuk rawatan dan produk kulit kepala bagi melihat hasil dan keberkesanannya betul tak.
Selamat beramal♥