Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips

Wanita Kongsi 11 Tips Elak Terkoyak Ketika Bersalin

by Soph.Azz
March 5, 2021
Foto - Mira Zainal (Facebook)

Foto - Mira Zainal (Facebook)

145
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Cukup ngeri bila bayangkan doktor memberitahu kamu mempunyai koyakan yang besar ketika bersalin. Sakit dan perit rasanya!

Boleh dikatakan hampir ramai wanita yang bersalin secara normal akan melalui pengalaman ini. Dan kebanyakannya hanya mengalami kesan koyakan yang kecil dan boleh sembuh dengan secepatnya.

Walaupun ianya normal, tetapi sebenarnya kamu boleh elak untuk terkoyak. Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita ini tidak pernah mengalami situasi ini dan berkongsi tips mengenainya.

Tak Pernah Lalui Situasi Terkoyak Ketika Bersalin 

Menerusi perkongsian Mira Zainal di Facebook, ibu kepada dua anak ini tidak pernah mengalami sebarang koyakan faraj ketika dan selepas bersalin.

Foto – Mira Zainal (Facebook)

Berkat tips dan amalan yang diamalkan ketika mengandung membuatkan proses bersalinnya menjadi mudah dan lancar.

Bukan apa jika tidak mengalami sebarang koyakan faraj, ia akan memudahkan wanita lepas bersalin ketika menjalani proses berpantang. Mereka tidak perlu risau tentang pergerakan atau makanan apa yang perlu dielakkan kerana risau luka koyakan menjadi lambat sembuh.

Amal 11 Tips Yang ‘Mujarab’ Ketika Mengandung 

Ketika mengandung, Mira mengatakan dia telah mengamalkan beberapa tips dan amalan sejak mengandung anak pertama sehinggalah anak kedua. Hasilnya kedua-dua situasi bersalinnya tidak pernah mengalami koyakan faraj walaupun seinci.

  • Makan telur ayam kampung 

Foto – Maskulin / Pinterest

Sebelum bersalin, Mira akan makan 2 biji telur ayam kampung separuh masak. Kebaikannya adalah untuk memberi tenaga ketika contraction berlaku dan meneran ketika bersalin.

  • Bergerak dengan aktif 

Katanya ketika mengandungkan anak pertama dan kedua, dia gemar untuk bergerak dengan aktif. Aktiviti yang sering dilakukannya olehnya adalah berjalan kaki dengan kerap.

Foto – Parents

Kemudian, apabila kandungan mencecah 9 bulan, dia akan perbanyakkan aktiviti mencangkung untuk menyenangkan bukaan laluan peranakan.

  • Buat urutan perineal

Ketika usia kandungan sudah 9 bulan, Mira akan lakukan urutan perineal. Iaitu urutan yang membantu membuka laluan bayi.

Foto – Mater Brochures

Kebanyakan ibu berasa ngeri dan takut untuk melakukannya. Jika kamu mahu lakukan urutan ini, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat atau doktor sakit puan.

  • Lakukan senaman kegel 

Sangat popular, senaman kegel ini selamat dan sesuai untuk dilakukan ketika mengandung.

YouTube video

Senaman ini bertujuan untuk membantu semasa proses bersalin. Ini kerana kita akan mengalami kekejangan untuk membantu bayi keluar dengan cepat.

  • Minum air kelapa 

Foto – Food Business News

Kata Mira, air kelapa akan diminum ketika dia hampir dekat tarikh untuk bersalin. Tujuannya adalah untuk memberikan bayi kulit yang bersih.

  • Amal makan bendi rebus 

Foto – Reddit

Menurut tips yang diturunkan oleh ibu Mira kepadanya, makan bendi rebus boleh menghasilkan lendiran yang banyak untuk memudahkan bayi keluar.

  • Mesti makan kurma 

Foto – Food & Nutrition Magazine

Makan buah kurma ketika mengandung dapat membantu para ibu mendapatkan tenaga tambahan. Bagi Mira, makan buah kurma ketika mengandung dapat mengurangkan demam kuning dengan cepat.

  • Baca doa Nabi Yunus 

اَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Laa ilaaha illa anta, Subhaanaka innii kuntu minaz zholimin.

Mira sering amalkan doa ini dengan lebih kerap ketika usia menginjak ke 9 bulan sehingga mahu bersalin. Pada masa yang sama, niatkan supaya dipermudahkn urusan bersalin.

  • Bersama dengan suami 

Menurut Mira, jururawat memberi tips untuk bukaan laluan bayi menjadi lebih cepat dan mudah iaitu lebih kerap bersama dengan suami.

Foto – Herb Facts

Ketika menginjak usia kandungan 8 bulan, walaupun tidak selesa tetapi kaedah ini membantu para wanita untuk membuka laluan bayi dengan lebih senang.

  • Minum air selusuh pokok genggam Siti Fatimah 

Foto – Lazada / Sirap Limau

Walaupun tiada kajian saintifik yang dilakukan, tetapi amalanyang diturunkan oleh ibu Mira kepadanya, minum air selusuh pokok genggam Siti Fatimah semasa hampir due date sememangnya membantu dirinya ketika proses bersalin.

  • Belajar cara meneran yang betul 

Penting untuk tahu dan lebih baik practice dengan suami supaya tidak panik ketika bersalin dan suami boleh tolong ingatkan kembali langkah-langkah sepatutnya.

  1. Perlu kawal pernafasan supaya tidak panik dan kekal tenang.
  2. Kangkang kaki seluasnya dan pastikan punggung rapat dan tidak terangkat.
  3. Pegang dan tolak kaki ke bawah supaya punggung tak terangkat.
  4. Ketika bayi nak keluar, tarik nafas dan rapatkan dagu ke dada seperti udang membengkok.
  5. Pastikan badan tetap bersandar dan menyentuh katil, jangan bangun.
  6. Teran seperti membuang air besar.
  7. Ketika kepala bayi mula nampak, teruskan meneran dan kawal pernafasan secara perlahan-lahan.

Bagi wanita yang mahu, sedang atau tengah mengandung, kamu boleh ikut beberapa tips daripada Mira. Jika ragu-ragu, kamu boleh dapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor.

Selamat beramal!

RUJUKAN

FILED UNDER elak faraj terkoyakelak terkoyak faraj ketika bersalinelak terkoyak ketika bersalinelak terkoyak semasa bersalinfaraj terkoyakfaraj terkoyak ketika bersalin
Share58SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.