Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

5 Tanda Sebenarnya Kamu Seorang ‘Kaki Kontrol ‘

by Soph.Azz
March 4, 2021
Foto - Marriage Radio

Foto - Marriage Radio

109
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Hubungan yang berjaya dan bahagia semuanya bermula daripada komunikasi yang baik keserasian di antara satu sama lain.

Tetapi kebanyakan orang cenderung melupakan asas tersebut dan mula menjadi toksik serta mengawal  pasangan untuk menjalani hubungan seperti yang mereka mahu.

Tidak ramai yang sedar sebenarnya mereka mempunyai tanda-tanda sebagai seorang pasangan yang toksik dan ‘kaki control‘ sehinggalah hubungan mula goyang.

Jika kamu sering melakukan beberapa perkara ini, jaga-jaga kamu mungkin seorang ‘kaki control’ dalam perhubungan.

24 Jam Nak Check On Pasangan 

Adakah kamu seperti ini? Kalau boleh setiap saat mahu menghubungi dan tahu apa yang pasangan kamu lakukan.

Tidak kiralah sama ada siapa yang dihubunginya, dia pergi ke mana, makan apa, buat apa dan sebagainya sehingga boleh buatkan pasangan berasa tertekan dan rimas.

Foto – Freepik

Bagi kamu ia mungkinlah sebuah perbuatan mengambil berat tentang pasangan. Tetapi percayalah ia bukan dan kamu sebenarnya sedang mengawalnya.

Tak salah untuk tahu tetapi jangan terlalu check on pasangan sehingga dia merasakan kamu sebenarnya tidak mempunyai rasa percaya terhadapnya.

Selalu Letak High Expectations

Setiap pasangan sudah semestinya mempunyai expectations masing-masing dalam perhubungan. Tetapi jangan sampai kamu meletak expectations terlalu tinggi dan melebihi kemampuan pasangan.

Foto – Very Well Mind

Bukan apa jika tahu kemampuan pasangan tidak boleh mencapai apa yang kamu jangkakan, kamu boleh berasa tidak puas hati. Dan berkemungkinan kamu boleh memaksa pasangan bagi melakukan perkara yang mencapai jangkaan kamu.

Mempunyai high expectations boleh membuatkan hubungan kamu menjadi retak dan renggang dengan teruk. Selain itu, rasa tidak puas hati akan menebal dan membuatkan kamu menjadi alpha dalam perhubungan tersebut.

Wajib Ikut Seperti Yang Kamu Mahu

Jika kamu seorang yang cepat dan asyik mahu marah disebabkan oleh rancangan tidak menjadi seperti yang dirancangkan, kamu mungkin telah menjadi seorang ‘kaki control‘.

Foto – Bumppy

Kalau diikutkan hati, semua perkara yang dirancangkan oleh kamu perlu ikut sama seperti apa yang dibayangkan. Jika tidak, mulalah tiada mood sepanjang hari kerana geram tiada apa yang berjalan seperti yang kamu mahu.

Sentiasa Kawal Pergerakan Pasangan

Tidak kiralah ke mana sahaja pasangan kamu pergi atau dengan siapa mereka berkawan dan melepak, pasti perasaan ingin tahu membuak-buak dalam diri.

Jika boleh mahu sahaja membuat panggilan video atau menelefon untuk tahu dan check adakah pasangan kamu bercakap benar atau tidak.

Foto – The Daily Mash

Tetapi ada juga individu yang mengawal dengan siapa pasangan boleh berkawan, tempat yang boleh pasangan pergi, siapa yang boleh bercakap dengan pasangan dan sebagainya.

Sepatutnya hal sebegini tidak perlu terjadi kerana jika kamu percayakan pasangan dan tidak mengawal mereka, pasangan tidak akan berubah hati dan cuba untuk mencurangi kamu dalam diam.

Tak Berhenti Kritik Dan Ubah Pasangan 

Tidak berhenti mengkritik juga merupakan salah satu cara mengawal pasangan dalam keadaan tidak sedar. Sama ada cara berkawan, pakaian, tingkah laku dan pilihan pasangan.

Apabila mengkritik secara tidak langsung kamu akan cuba mengubah pasangan untuk menjadi seperti apa yang kamu. Taste dan bayangan pasangan idaman kamu akan cuba apply kepada pasangan.

Foto – Stocksy United

Tidak semuanya boleh berlaku dalam cara dan taste kamu. Selalunya pasangan yang berbeza daripada kita itu yang membuatkan hubungan menjadi saling melengkapi dan bahagia dalam cara tersendiri.

Jika kamu mempunyai tanda-tanda begini, lebih baik cuba untuk ubah perangai ‘kaki contol‘ dalam perhubungan kamu. Cuba tanya pasangan apa yang dia rasa terhadap kamu dari segi tingkah laku dan sebagainya dalam perhubungan.

Saling membantu dan sokong di antara satu sama lain dapat membantu kamu mengubah sikap ‘kaki control‘ ini.

FILED UNDER hubungan 'kaki control'hubungan terkawalkaki controlpasangan kaki kontrolpasangan kontrol
Share44SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.