Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

6 Buah Baik Untuk Melancarkan Buang Air Besar

by IamLisa
March 4, 2021
6 Buah Baik Untuk Melancarkan Buang Air Besar

Foto - The Mirror

840
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Wanista pasti semua pernah mengalami susah untuk membuang air besar.

Meski ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan senaman dengan kerap, mengambil makanan berserta minum air yang banyak, masalah sembelit tetap tidak dapat dipulihkan.

Tapi dengan mengamalkan buah-buahan ini, anda kemungkinan dapat melancarkan masalah buang air besar.

Buah adalah pengambilan yang dipercayai baik untuk menjaga sistem pencernaan yang sihat. Sebabnya, buah mengandungi serat yang baik untuk pencernaan. Ada sebilangan buah berpotensi untuk memudahkan buang air besar.

Epal

Sebiji epal mengandungi 2.8 gram serat tidak larut dan 1.2 gram serat larut. Epal juga mengandungi pektin. Ketika berada di dalam usus, pektin akan difermentasi oleh bakteria dan menghasilkan asid lemak.

Foto – Nola

Asid lemak seterusnya menarik lebih banyak air ke dalam usus, membantu melembutkan najis. Ini bermakna pengambilan epal dapat membantu melegakan simptom sembelit.

Betik

Kandungan serta, folat, vitamin A, C, dan E dalam betik membantu melancarkan proses pembuangan air besar.

Foto – Organic

Ini juga dibuktikan dalam kajian, yang melaporkan betik menyumbang untuk menjaga kesihatan saluran pencernaan. Betik juga membantu dengan gangguan pencernaan, seperti gejala sindrom iritasi usus (IBS).

Pisang

Walaupun bukan buah yang menjadi pilihan untuk pergerakan usus yang lancar, pisang sebenarnya menawarkan faedah lain untuk kesihatan pencernaan.

IKLAN

Foto – MediHealth

Pisang baik untuk orang yang mengalami cirit-birit. Bukan saja mudah dicerna, pisang juga membantu memenuhi keperluan elektrolit yang hilang akibat cirit-birit atau muntah.

Kiwi

Kandungan serat yang tinggi dalam buah kiwi membantu memudahkan pergerakan usus dan merawat masalah sembelit. Sebiji buah kiwi umumnya mengandungi 2.3 gram serat dan ini dapat memenuhi pengambilan serat harian sebanyak 9%.

Foto – Liebherr

Kiwi juga mengandungi enzim actinidin yang dapat merangsang pergerakan usus. Dengan cara itu, anda anda mungkin kerap membuang air besar.

Oren

Serat dari buah ini bukan saja melambatkan rasa lapar, tetapi juga baik untuk pencernaan.

Foto – Trees

Buah oren juga kaya dengan pektin dan mengandungi antioksidan naringenin. Antioksidan ini dapat meningkatkan rembesan cecair ke dalam usus, sehingga najis menjadi lebih lembut.

Pir

Satu pir mengandungi kira-kira 5.5 gram serat yang baik untuk melancarkan pergerakan usus semasa sembelit.

Foto – Nova

Selain daripada serat, pir juga mengandungi lebih banyak gula fruktosa dan sorbitol daripada buah lain. Kedua-dua jenis gula tidak dapat dicerna oleh tubuh, jadi ia dialirkan ke usus besar.

Fruktosa dan sorbitol seterusnya akan menarik lebih banyak air dan menjadikan najis menjadi lembut. Gula jenis ini juga merangsang pergerakan usus yang lebih cepat untuk membuang air besar.

Buah-buahan di atas diakui baik untuk sistem pencernaan. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh makan secara sembarangan. Sebaliknya pilih buah yang segar dan tidak consume terlalu banyak untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lain.

Tags: banyak makan buahbuah untuk lancar buang air besarmakan buahmakan buah untuk buang air besarmakanan buang air besarsusah buang air besar
Share336SendShare

Artikel Berkaitan

Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

by Sofie Azizlan
January 4, 2022
0

Ada pakai panty liner? Pakai setiap hari tak? Kalau masih pakai panty liner dan pakai setiap hari, lebih baik hentikannya...

Baca Lagi
Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Kenapa saya minum suplemen Berocca, air kencing jadi kuning?" Jika air kencing kamu bertukar menjadi kuning terang beberapa jam selepas...

Baca Lagi
“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

by Sofie Azizlan
January 3, 2022
0

Dengan cuaca yang panas-panas rembang di negara kita ini, paling best kalau boleh minum air sejuk. Hilang rasa haus dan...

Baca Lagi
Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

by IamLisa
January 3, 2022
0

Mesti kamu pernah nampak ada orang amalkan minum susu sebelum tidur. Bukan kanak-kanak sahaja, yang dewasa pun mengamalkan cara ini....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    7 Tanda Toksin Penuh Dalam Badan

  2. 2

    Selain Prada & Fendi, Phone Bag Juga Jadi Ikutan Label Mewah

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.