Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Resepi

Resepi Sandwich Orang Korea Selalu Makan, Dari BTS JHope Hingga Youtuber

by Lisa AG
March 3, 2021
Foto - Daniel Food Diary

Foto - Daniel Food Diary

98
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sandwich telur bersama jem strawberi, sandwich telur dan kobis, sandwich telur dan ubi kentang dan macam-macam lagi ciptaan orang Korea yang nampak menyelerakan.

Bila menonton vlog Korea di Youtube, kita tak dapat lari dari ingin mengikuti lifestyle mereka. Bermula deko bilik tidur ke rumah, rutin kecantikan, berkunjung ke kafe penuh aesthetic, belajar resepi makanan mereka yang sedap-sedap.

Entry kali ini, Wanista nak ajar beberapa resepi sandwich yang lazim orang Korea makan. Sandwich dijadikan sarapan, snek petang atau makan malam. Sandwich mereka cukup zat dan mengenyangkan.

Sandwich Telur + Mayonis

Kamu hanya perlukan telur, mayonis dan roti. Rebus telur sampai masak. Bila dah masak, angkat dan kupas. Potong telur kecil-kecil dan masukkan mayonis. Lenyek campuran itu dengan sebati. Jangan terlampau lembik, letak garam dan gula (optional).

YouTube video

Adunan telur dan mayonis letak atas roti. Sandwich roti bersama mayonis dah siap untuk dimakan.

Sandwich Telur + Butter + Jem Strawberi + Beef Bacon

Ini resepi BTS J-hope dan rasanya ramai orang dah mencuba. Kamu perlu sediakan telur, butter, roti, jem strawberi dan beef bacon.

YouTube video

Mula-mula, telur digoreng hancur dan beef bacon juga digoreng. Pada masa yang sama, bakar roti. Roti bakar disapu butter, jem strawberi. Dan atas sapuan, letak telur hancur dan beef bacon. Makan masa panas, memang nikmat.

Sandwich Ubi Kentang + Timun + Lobak Merah + Mayonis

Sama saja step seperti sandwich telur mayonis. Cuma ini tukar kepada ubi kentang dan sedikit campuran sayur timun dan lobak merah.

YouTube video

Sediakan roti, ubi kentang, timun, lobak merah, mayonis dan gula atau garam (optional). Timun dan lobak merah dicincang halus, ubi kentang direbus sampai masak. Bila dah masak, lenyekkan dia, letak timun dan lobak merah. Masukkan mayonis, nak banyak sedikit ikut selera masing-masing. Kacau semuanya sampai sebati.

Sediakan roti, atas roti boleh letak kepingan keju (optional), salad ubi kentang dan siap untuk dimakan.

Sandwich Telur + Kobis 

Biasa dijual di kedai-kedai jalanan di Korea. Sangat ringkas tapi memang menyelerakan. Seperti biasa kamu perlu sediakan roti, telur, kobis, sos, dan honey mustard

YouTube video

Kobis dipotong halus, boleh guna vegetable grater. Berapa banyak, ikut kamulah. Pada masa yang sama, pukul telur, masukkan kobis. Kacau bagi sama rata. Sekarang masa untuk goreng telur sampai masak.

Roti dibakar supaya lagi sedap dan rangup. Atasnya diletak telur kobis, sos dan honey mustard. Tutup roti dan sedia untuk dimakan.

Bolehlah cuba resepi ini untuk picnic bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selamat Mencuba Dan Menjamu Selera!

FILED UNDER resepi sandwich koreasandwich bts jhopesandwich koreasandwich mudahsandwich orang korea
Share39SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.