Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Jangan Ingat Suntik Vitamin C Selamat, Doktor Beri Amaran!

by Mas Idayu
March 3, 2021
Foto - iStock/Pinterest

Foto - iStock/Pinterest

48
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kini suntikan vitamin C mula menjadi perhatian ramai wanita tempatan yang inginkan kulit putih, gebu, menawan, dan sanggup berhabisan duit untuk melakukan kaedah suntikan vitamin C tersebut.

Walhal apa yang kebanyakan wanita tidak tahu atau hiraukan adalah, kesan sampingan menyuntik vitamin C ke dalam diri untuk jangka masa panjang nanti.

Wanita Lebih Pilih Kulit Putih Dari Kesihatan

drip dalam kereta je utk putih. tak sayang buah pinggang ke sis? pic.twitter.com/PLjNqYXzCA

— bimbim (@bimbimmmmmmmmm) February 27, 2021

Rata-rata kebanyakan wanita yang mengambil suntikan vitamin C ini memilih kecantikan diri, daripada kesihatan kerana bagi mereka tiada apa yang dapat puaskan rasa hati melainkan keinginan kulit putih gebu.

Apatah lagi wanita boleh lakukan suntikan vitamin C ini di mana-mana saja, sama ada di dalam rumah, kereta atau tempat-tempat lain.

Dengan kemudahan yang fleksibel seperti ini, membuatkan ramai wanita berlumba-lumba mendapatkan suntikan vitamin C dari pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan suntikan vitamin C.

Buah Pinggang Jadi Taruhan

Foto – Healthy Grades

Ramai wanita di Malaysia taksub dengan kecantikan dan ingin mendapatkan kulit wajah dan tubuh yang putih dan berseri, tetapi apa yang mereka tidak tahu adalah suntikan seperti vitamin C ini boleh menjejaskan kesihatan diri.

Apatah lagi buah pinggang bakal jadi taruhannya jika berterusan melakukan suntikan vitamin C, jangan hanya kerana inginkan kecantikan yang bersifat sementara tubuh badan merasa selamanya.

Cucuk Vitamin C Haram

View this post on Instagram

A post shared by Dr Lim Ing Kien | Dermatology (@dr_ingky)

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Doktor Lim Ing Kien di akaun Instagramnya @dr_ingky, suntikan vitamin C adalah haram dari segi undang-undang dan mereka yang menawarkan perkhidmatan suntikan vitamin C boleh di penjara bertahun-tahun.

Bukan itu saja, doktor Lim juga menyatakan bahawa tiada kajian keselamatan mengenai kesan suntikan vitamin C. Oleh itu, doktor Lim tidak menggalakkan sesiapa sahaja untuk mengambil suntikan vitamin C.

Foto – iStock

Tambahan lagi, doktor Lim juga menyatakan suntikan vitamin C ini sebenarnya haram di seluruh dunia kerana sumber vitamin C itu sendiri meragukan dan tiada kilang yang mengeluarkan vitamin C demi kecantikan.

Jangan kerana taksub dengan kecantikan diri merasa bahananya di kemudian hari, dan apabila itu terjadi tiada ubat bagi penyesalan yang dialami.

Rujukan

BACA:  Masa Pakai Skincare, Jangan Pula Padankan 2 Produk Ini Sekali
FILED UNDER amaran doktorkesan kesihatan suntik vitamin cKesihatan Terjejaskulit putihsuntikan vitamin cvitamin c
Share19SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.