Dari zaman sekolah hingga ke universiti kamu pernah dilabelkan sebagai seorang playgirl, dan apabila usia makin dewasa dan matang kamu ingin serius dalam hubungan apatah lagi kini kamu mempunyai insan yang dicintai.
Tetapi malangnya pasangan kamu pula rasa tidak yakin dan kurang mempercayai kamu, dek kerana sejarah silam kamu sebagai playgirl membuatkan si dia tidak berani untuk serius bersama kamu.
Jadi apa yang perlu kamu lakukan, untuk tunjukkan bahawa kamu benar-benar serius ingin bersama dengan si dia? Jangan panik, ini beberapa idea yang boleh kamu guna untuk yakinkan si dia.
#1 Mahu Bertemu Dengan Keluarga Si Dia
- Foto – Daily Mail
Untuk tunjukkan bahawa kamu benar-benar serius dalam hubungan, katakan kepada si dia bahawa kamu ingin bertemu dengan ahli keluarganya untuk mengenali lebih rapat.
Dengan cara ini si dia yakin bahawa kamu sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh dalam perhubungan ini, dan pastinya berharap hingga ke alam perkahwinan.
#2 Ajak Si Dia Berjumpa Dengan Keluarga Kamu
- Foto – Marriage
Selain itu, kamu juga perlu mengajak si dia untuk bertemu dengan ahli keluarga kamu sebagai tanda hubungan kamu dan dia telah matang.
Dengan memperkenalkan si dia pada ibu bapa kamu, si dia boleh tarik nafas lega bahawa kamu benar-benar ingin bersamanya.
#3 Sering Berbicara Tentang Masa Depan
- Foto – Medium
Wanita yang serius dalam hubungan pastinya tidak akan lari berbicara soal masa depan bersama pasangan, dari situ pasangan kamu pasti dapat lihat dan rasakan bahawa kamu benar-benar serius menjalin hubungan dengannya.
#4 Jujur Dan Berterus-terang Dengan Si Dia Dalam Perhubungan
- Foto – Pinterest
Untuk menunjukkan yang kamu bukan lagi playgirl, kejujuran dan berterus-terang dalam hubungan adalah penting.
Dengan cara ini si dia dapat mengenali kamu dengan lebih mendalam, dan dapat melihat sendiri bahawa kamu membuka pintu hati kepadanya.
#5 Meluangkan Masa Bersama-sama
- Foto – Everlasting Love
Sesibuk manapun kamu, kamu pasti mencari masa untuk sentiasa meluangkan masa bersama si dia dengan komitmen yang kamu tunjukkan ini tidak mustahil si dia tidak dapat melihat betapa seriusnya kamu terhadap dirinya.
Dengan cara ini, si dia pasti dapat nilai bahawa kamu benar-benar serius ingin menjalin hubungan dengan matlamat hingga ke jinjang pelamin.
Semoga dengan tips yang diberikan dapat membantu kamu, selamat beramal♥