Selalu tertanya-tanya kenapa berat badan tak turun-turun, padahal diri sendiri selalu makan mengikut rasa tanpa mempedulikan jumlah kalori yang diambil.
Macam manalah badan nak kurus kalau macam itu gayanya, kalau nak tahu pentingnya untuk kamu ambil tahu jumlah kalori yang kamu makan dalam sehari bagi mendapatkan diet pemakanan yang seimbang.
Ini antara faktor-faktor lain, mengapa pengambilan makanan dengan jumlah kalori yang betul perlu diamalkan jika kamu hendak kurus.
Kenal Pasti Berapa Jumlah Kalori Yang Diperlukan
- Foto – Feel Healthy
Untuk berjaya menurunkan berat badan, kamu perlu tahu berapa jumlah kalori yang perlu atau sesuai untuk kamu ambil.
Bukan itu saja, kamu juga perlu makan makanan mengikut keperluan tenaga kerja yang kamu lakukan. Jika kamu melakukan kerja yang berat, kamu perlu lebihkan pengambilan kalori.
Manakala jika kamu tidak banyak melakukan kerja, maka kamu hanya perlu ambil kalori mengikut jumlah yang telah dikira.
Guna Aplikasi Ini Untuk Kira Kalori
- Foto – Women’s Health
Untuk mengetahui berapakah jumlah kalori yang diperlukan, ini beberapa aplikasi yang boleh kamu guna bagi mengira kalori yang perlu kamu ambil sehari.
Labelkan Makanan Ikut Kalori Untuk Jaga Diet Pemakanan
- Foto – Weight Loss
Dengan aplikasi diet yang terdapat dalam Google App Store dan Apple App Store, pasti lebih mudah untuk kamu mengenalpasti kandungan kalori yang terdapat dalam makanan.
Kemudian kamu labelkan makanan tersebut, agar mudah untuk kamu mengira berapa banyak jumlah kalori yang kamu dah makan.
Cepat Kurus Jika Makan Ikut Ratio
- Foto – The Meadowglade
Jika kamu benar-benar ingin turunkan berat badan dengan berjayanya, makan ikut ratio dan jumlah kalori yang sesuai dengan keperluan tenaga kamu.
Dengan amalan gaya seperti ini kamu dapat turunkan berat badan dalam tempoh masa yang singkat, apa yang penting kamu konsisten.
Amalkan Diet Sihat Dan Kesihatan Terjaga
- Foto – Pinterest
Dengan amalan diet yang sihat, seimbang, dan mengikut sukatan kalori yang diperlukan oleh badan kamu, pastinya berat badan kamu diturunkan dan kesihatan diri juga terjaga.
Jika kamu bersenam dan dalam masa yang sama mengamalkan diet pemakanan mengikut jumlah kalori yang diperlukan, percayalah berat badan kamu boleh turun dengan cepat dan bentuk badan juga menampakkan hasilnya.
Selamat beramal♥