Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kecantikan

Sebelum Beli Produk Penjagaan Wajah, Kenali Jenis Kulit Terlebih Dahulu

by IamLisa
March 1, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bukan wanita saja, lelaki juga mementingkan rutin penjagaan wajah bagi mendapatkan kulit yang bersih berseri. Bila kulit bersih berseri, kita akan merasa lebih yakin dengan diri.

Bermula daripada cleanser hinggalah ke primer, penting untuk kita mendapatkan produk yang betul-betul sesuai dengan wajah. Hal ini bagi mengelakkan kulit terkena reaksi kemerahan, tidak sekata, sehingga timbulnya jerawat.

Tidak ada yang tahu tentang kulit kita sendiri melainkan diri sendiri. Terdapat banyak produk penjagaan wajah di pasaran dan senang untuk kita membuang masa serta wang ringgit demi mencari produk terbaik.

Jadi, didik diri anda dengan pengetahuan jenis kulit sebelum membeli skincare.

Jenis Kulit Anda

Langkah pertama untuk mengetahui cara merawat kulit anda dan produk mana yang digunakan adalah mengenal pasti jenis kulit anda dengan betul.

Foto – Pinterest

Sama ada berminyak, kering, sensitif atau kombinasi dari jenis-jenis ini. Apa perbezaannya? Jens kulit anda bergantung pada perkara seperti, berapa banyak air di kulit anda yang mempengaruhi keselesaan dan keanjalannya, betapa berminyak yang mempengaruhi kelembutan, dan tahap sensitif bila berada di bawah sinar mentari.

Nak kenal pasti, lihat pada area T-Zone – dahi, hidung dan dagu. Kawasan biasanya mempunyai akses minyak, jerawat dan bintik-bintik hitam/putih yang berlebihan.

Masalah Kulit

Bila dah tahu jenis kulit, kenal pasti pula masalah kulit untuk penjagaan tambahan.

Foto – The Hust

Adakah anda mahukan produk pencegahan untuk anti-penuaan. Adakah anda mempunyai masalah kulit tertentu, seperti jerawat, age spot, atau pigmentasi?

Anda juga mungkin mempunyai liang pori yang besar, kerosakan akibat sinar matahari, kerutan wajah atau garis halus yang memerlukan perhatian khusus. Adakah anda mempunyai bengkak mata atau lingkaran gelap bawah mata yang memerlukan penjagaan khas?

Tabiat Peribadi

Tabiat peribadi seseorang juga mempengaruhi jika anda ingin mendapatkan produk yang betul.

Adakah anda seorang perokok? Adakah anda menghabiskan banyak masa di bawah sinar matahari? Adakah anda mengambil vitamin setiap hari?

Foto – Pinterest

Adakah anda mengambil makanan yang seimbang? Atau jenis yang mengenakan mekap hampir setiap hari demi tugasan. Semua faktor ini akan mempengaruhi bagaimana anda menjaga kulit anda.

Bila anda tahu tenis kulit dan masalah yang dihadapi, barulah anda yakin untuk mendapatkan produk yang betul sesuai agar tidak menyesal dan membuang masa dan wang.

Jangan segan untuk bertanya pada pakar dermatologi atau konsultan kecantikan. Sentiasa ingat untuk mendapatkan tidur yang cukup, minum banyak air, makan sayur dan buah-buahan. Bila anda amalkan gaya hidup sihat, nescaya anda rasa lebih bahagia dan gembira.

Selamat Beramal!

Tags: beli produk ikut jenis kulitbeli skincarejenis kulitkenali jenis kulitproduk penjagaan wajahrutin skincareskincare routine
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Showbiz
Tips - Kecantikan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak

by IamLisa
January 3, 2022
0

"Saya muka berminyak dan berambut bangs di depan. Selalu tak sampai tengahari, dahi dah makin berminyak. Ada cara tak, nak...

Baca Lagi
Tips - Kecantikan

Patutlah Cantik, Rutin Fan Bingbing Bersihkan Muka Sampai 28 Step

by IamLisa
November 13, 2021
0

Fan Bingbing lakukan 28 step untuk rutin kecantikan? Mungkin sebab itu dia diangkat sebagai wanita tercantik di China. Miliki kulit...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Tips - Kecantikan

Lipstick Patah Atau Rosak? Baikinya Dengan Cara Ini

by Sofie Azizlan
October 31, 2021
0

Boleh frust menonggeng kalau lipstick kegemaran patah dan rosak! Lipstick boleh dikatakan sebagai top product yang setiap wanita perlu ada....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Tips - Kecantikan

Tips Kecantikan Orang Dulu-Dulu, No.4 Paling Ramai Yang Amal

by Sofie Azizlan
October 28, 2021
0

Pernah terfikir tak orang-orang dulu tak ada pun pergi drugstore, Sephora, SASA dan sebagainya untuk jaga kecantikan. Tetapi bagaimana mereka...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.