Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Review Teknologi

Aplikasi Clubhouse, Apa Bagusnya Sampai Mark Zuckerberg Dan Elon Musk Pun Guna

by Mas Idayu
March 1, 2021
Foto - SCMP/Considering Apple

Foto - SCMP/Considering Apple

22
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Aplikasi Clubhouse kian mendapat tempat dikalangan pengguna iPhone, aplikasi terbaru ini dikatakan membuka pintu komunikasi dengan cara yang lebih efektif dan menyeronokkan.

Nak tahu lebih lanjut mengenai aplikasi Clubhouse ini, jom selongkar serba-serbi mengenai aplikasi menarik ini bersama Wanista di bawah.

#1 Dengar Perbualan Orang Lain Menerusi Audio Chat

Foto – The Nation Press

Aplikasi yang dihasilkan pada tahun 2020 ini mula mendapat perhatian ramai pada tahun ini, fungsi aplikasi yang unik di mana pengguna boleh mendengar, berkongsi idea dan berbual menerusi audio chat ini.

Platform yang sangat bagus bagi menimba ilmu pengetahuan, meluaskan jaringan sosial dan dalam masa yang sama dapat bertemu dengan kumpulan yang mempunyai perspektif yang sama dengan kamu.

#2 Nak Sign Up, Hanya Yang Dijemput Masuk Saja Boleh Akses

Foto – The Conversation

Mungkin ramai yang menyangka dengan memuat turun aplikasi ini boleh terus sign up dan menggunakan aplikasi Clubhouse ini.

Hakikatnya hanya individu yang mendapat jemputan dari pengguna lain sahaja, boleh akses masuk untuk mendengar perbualan dan berkongsi maklumat menerusi audio chat Clubhouse ini.

#3 Chat Rooms Clubhouse

Foto – PcMag

Apabila memuat turun aplikasi ini, pengguna baru hanya dapat melihat gambar profil yang merupakan chat rooms yang sedia ada oleh pengguna lain.

Dan untuk memasuki mana-mana chat rooms, pengguna baru perlu mendapat jemputan dari pemilik chat rooms Clubhouse tersebut untuk akses.

Selain itu, pengguna baru juga boleh hasilkan chat rooms sendiri dan jemput sesiapa yang diingini untuk menyertai perbualan.

#4 Hanya Ada Di Apple Store

Foto – Campus Pedia

Buat masa ini difahamkan aplikasi ini hanya ada dalam Apple App Store sahaja, dan pihak Clubhouse masih dalam proses menghasilkan aplikasi ini untuk pengguna android di masa akan datang.

BACA:  6 Trik Menarik Yang Ramai Tak Tahu Tentang Iphone

#5 Elon Musk Dan Mark Zuckerberg Guna Clubhouse

Foto – Insider/MRT

Dua nama besar dalam industri teknologi, iaitu Elon Musk dan Mark Zuckerberg juga dikatakan menggunakan aplikasi audio chat menerusi Clubhouse ini.

Masing-masing menghantar jemputan kepada pengguna lain, untuk meluaskan jaringan komuniti bagi pengguna Clubhouse ini.

#6 Pentas Komunikasi Audio

Foto – Al-Jazeera

Dengan adanya platform sebegini, memberikan gambaran bahawa pengguna seolah-olah sedang berbual secara bersemuka.

Segalanya jadi lebih menarik dan menyeronokan, apatah lagi dapat mendengar intonasi perbualan membuatkan pendengar dapat berimaginasi riak wajah pengguna dan sekaligus merasakan konteks perbincangan jadi lebih rancak.

#7 Sembang Tanpa Sekatan

Foto – BeeBom

Meski aplikasi ini baru berusia setahun, ia semakin mendapat tempat dalam masyarakat secara global kerana berfungsi sebagai pentas komunikasi perbualan tanpa sebarang sekatan dan tapisan oleh mana-mana pihak.

Jadi pengguna chat rooms dapat berbual apa saja topik dan isu, di dalam aplikasi tersebut tanpa perlu risau tentang isu-isu sensitiviti.

Bagi yang menggunakan telefon pintar iPhone, kamu boleh teroka dan mendengar sendiri pelbagai pelbualan menarik dan kongsikan bersama kenalan baru dan lama menerusi aplikasi ini.

Rujukan: 1, 2, 3,

FILED UNDER aplikasi clubhouseaudio chatclubhousehanya untuk pengguna iphoneiosiphone
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.