Lucid dream atau juga dikenali sebagai mimpi waras, di mana individu tersebut sedar bahawa dirinya sedang bermimpi.
Kedengaran aneh tetapi ianya benar-benar berlaku dan boleh terjadi pada sesiapa sahaja, mimpi dalam sedar ini membolehkan individu yang bermimpi mengawal mimpi sendiri.
Sedar Apa Yang Di Mimpikan
- Foto – Bramham Therapy
Untuk pengetahuan semua, bukan semua individu yang sedang bermimpi sedar mereka di alam mimpi. Hanya segelintir individu yang sedar, bahawa diri mereka sebenarnya sedang bermimpi.
Kemampuan Kawal Mimpi
- Foto – Pinterest
Selain itu, individu yang mengalami lucid dream ini juga mempunyai kemampuan untuk mengawal apa yang sedang di mimpikan.
Senang cerita individu jika individu tersebut dalam mimpi buruk dan sedar dirinya sedang bermimpi, individu tersebut boleh mengawal dari terus mengalami perkara buruk dalam mimpi.
Dan kebolehanlah ini yang dikatakan boleh mengawal mimpi, dari terus di belenggu mimpi ngeri atau apa jua mimpi yang dialami.
Manfaat Alami Lucid Dream
- Foto – Pinterest
Sebenarnya banyak juga manfaat bagi individu yang berjaya mengalami lucid dream ini, antara manfaat dan kebaikan mengalami mimpi dalam sedar ini adalah:
- Dapat menangani mimpi buruk
- Dapat mengatasi trauma, anxiety, tekanan, dan masalah insomnia
- Dapat meningkatkan kemahiran saraf motor minda dan badan
- Dapat meningkatkan kreativiti minda
Bagaimana Nak Alami Lucid Dream?
- Foto- Francis Tapon
Untuk mengalami lucid dream ini kamu boleh cuba beberapa cara, dan sama ada ianya berjaya atau tidak bergantung pada diri masing-masing. Ini antara cara untuk mengalami mimpi bawah sedar:
Jurnal Mimpi
Setiap kali kamu terjaga dari mimpi, tulis apa yang kamu mimpikan dalam buku jurnal. Dengan menulis apa yang kamu mimpikan dalam jurnal akan membuatkan minda kamu ingat dan membawa kamu kembali ke alam mimpi tersebut.
Ujian Realiti
Apabila kamu di alam mimpi cuba capai atau sentuh objek yang terdapat dalam mimpi untuk mengenalpasti sama ada ianya objek sebenar atau tidak.
Dan lihat tangan kamu sama ada ianya normal atau tidak, jika kamu dapat lakukan ujian ini bererti kamu sedang dalam mimpi bawah sedar.
- Foto – The Talon
Apa-apapun jangan terlalu kerap memaksa minda untuk masuk ke dalam dunia mimpi, khuatir diri kamu susah nak bangkit ke alam realiti pula.
Selamat beramal♥