Dengar sahaja khabar angin mengenai vaksin COVID-19 boleh dikatakan ia sememangnya memberi ‘ketakutan’ kepada orang ramai.
Ada yang sudah berkira-kira sama ada mahu mendaftarkan diri atau tidak untuk pengambilan vaksin ini. Tambahan pula, vaksin ini akan disuntik sebanyak 2 dos iaitu dua kali.
Mendengarkan sahaja setiap orang perlu disuntik sebanyak 2 dos itulah yang membuatkan ramai orang ragu-ragu. Bagi kamu perlukah dos kedua ini disuntik?
Kenapa Perlu 2 Dos Vaksin COVID-19?
Di Malaysia, vaksin Pfizer sebanyak dua dos sangat diperlukan bagi membekalkan imuniti yang mencukupi kepada setiap penerima.
Ini kerana vaksin yang disuntik buat pertama kalinya telah menemui reaksi imun yang lemah selepas beberapa mingu kumpulan penerima mengambil dos yang pertama.
Kemudian dos kedua diberikan kepada kumpulan penerima yang sama selepas 3 minggu. Dos kedua yang diberikan ini bertujuan untuk melihat keupayaannya dalam mencegah penularan wabak ini.
Dos kedua sangat diperlukan kerana ia memberikan kitaran yang lengkap dalam membekalkan imuniti yang mencukupi bagi badan menahan daripada pelbagai jenis varian wabak COVID-19.
Bagaimana Vaksin Pfizer Berfungsi?
mRNA iaitu singkatan kepada Messenger RNA merupakan satu molekul yang tidak stabil telah digunakan untuk membentuk kepingan protein dalam sel badan.
Ketika mRNA ini disintesis di dalam makmal dan kemudiannya disuntik ke dalam sel, ia boleh membentuk kepingan protein dalam badan.
Apabila kepingan-kepingan protein kecil iaitu peptide dibentuk, ia akan meninggalkan sel. Fungsinya adalah untuk mengembangkan reaksi kekebalan dan ‘mengajar’ badan penerima untuk tahan dalam menghadapi virus.
Bila Kamu Perlukan Dos Kedua?
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), pihaknya sangat mengesyorkan untuk penerima menerima dos kedua dalam masa 42 hari selepas dos pertama.
Sekiranya penerima terlepas daripada menerima dos kedua selepas 42 hari, mereka perlu memulakan siri ini dengan mengambil semula dos pertama. Ini kerana selangan yang terlalu panjang boleh membuatkan vaksin ini tidak dapat bertindak dalam reaksi yang sepatutnya.
Sememangnya vaksin COVID-19 ini amat diperlukan oleh setiap orang terutamanya golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan individu yang mempunyai penyakit kronik.
Jadi, jangan lupa untuk daftar bagi menerima vaksin di tempat kamu!
RUJUKAN: 1, 2, 3