Setiap kali kita membeli baju, beg, kasut atau pelbagai lagi, pasti akan diletaknya silica gel. Tanpa berfikir panjang, kita terus membuangnya kerana merasakan ia bahan beracun.
Tapi tahukah anda, paket kecil ini ada kegunaannya dan kenapa kita tidak digalakkan membuangnya?
Ada Sebenarnya Silica Gel?
Secara saintifik, silica gel mengandungi silikon dioksida, ianya berfungsi untuk menyerap kelembapan dan memastikan keadaan kekal kering.
- Foto – Science
Paket ini diletak dalam produk baru, terutama kasut dan beg tangan untuk melindungi produk daripada kelembapan.
Adakah Ia Beracun?
Walaupun paket tersebut mempunyai tanda ‘do not eat’ yang besar, silica gel sebenarnya tidak beracun.
Walau bagaimanapun, anda mesti berhati-hati agar tidak dapat diakses oleh haiwan dan anak kecil yang dapat memakannya, kerana ia berpotensi mempunyai kesan kimia buruk yang lain.
Selamatkan Telefon Bimbit Yang Basah
Silica adalah keadah terbaik untuk menyedut kelembapan dari telefon yang basah.
- Foto – Arkib Wanista
Asingkan telefon dan bateri, masukkan dalam pek zip-lock dan letak sekali paket silica gel ke dalamnya. Biarkan semalaman dan hidupkan pada keesokan hari.
Mengekalkan Pisau Cukur
Simpan pisau cukur ke dalam balang dan masukkan paket silica gel ke dalamnya. Anda akan terkejut apabila mengetahui bahawa bilahnya tidak akan tercemar dan dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.
Cegah Barang Perhiasan Tercemar
- Foto – Arkib Wanista
Oleh kerana kelembapan pada persekitaran, barang perhiasan seperti perak dan emas akan mudah tercemar. Anda boleh mencegahnya dengan meletakkan paket silica gel dalam tempat penyimpanan.
Lindungi Kasut Kulit Dari Kelembapan
Kelembapan merosakkan kasut dengan teruk malah menyebabkan ia berbau. Jadi, silica gel memastikan kelembapan tetap terjaga untuk masa yang lama.
Penting Untuk Beg Gym
- Foto – Arkib Wanista
Beg gym diletaknya tuala, kasut, stokin, jadi bau itu meresap lama dalam beg. Nak atasi masalah ini, letak beberapa paket silica gel di dalam beg yang akan menyedut semua kelembapan yang dihasilkan oleh peluh dan bau.
Untuk Keringkan Gula Dan Garam
Bila gula dan garam ‘masuk angin’ dan menjadi lembap. Ianya akan membuatkan garam dan gula berketul ketul. Jadi, masukkan silica gel untuk mengeringkannya semula dan ianya menyerap kesemua air tadi.
Ingat, tak perlu dibuang, cuma simpan di tempat yang selamat untuk kegunaan akan datang dan jauhkan dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Here's why you should never throw away silica gel bags pic.twitter.com/RtQdJvp11I
— Business Insider (@BusinessInsider) September 25, 2020
Selamat Beramal!