Siapa sangka Miss India 2020 Runner-Up Manya Singh, melalui perjalanan yang sukar di usia yang muda dan demi mengejar impian untuk bergelar ratu cantik banyak pengorbanan perlu dilakukan.
Bukan mudah untuk berjaya melepasi persaingan yang sengit dalam pertandingan Ratu Cantik India 2020, banyak cabaran dan pengorbanan harus dilakukan untuk berjaya sebelum berjaya menempatkan diri sebagai Miss India 2020 Runner-Up.
Lahir Dari Keluarga Susah
Manya Singh lahir dari keluarga serba susah, kehidupan Manya dan ibu bapanya yang tinggal di sebuah perkampungan yang kecil di Uttar Pradesh boleh dikatakan serba serbi kekurangan.
Tetapi semuanya berubah apabila Manya terpanggil untuk menjejakkan kaki ke kota Mumbai, apatah lagi Manya berasa tidak banyak peluang yang ada di kampung berbanding di kota.
Pernah Lari Dari Rumah, Buka Pintu Peluang Manya
- Foto – Instagram Manya Singh
Semasa Manya berusia 14 tahun, dirinya membuat keputusan untuk lari dari rumah dan berhijrah ke kota Mumbai sendirian.
Bagi Manya yang masih muda berasa, berada di kota Mumbai mampu membuka peluang dan pintu impian yang dicarinya selama ini.
Buat Kerja Sambilan Di Pizza Hut
- Foto – Instagram Manya Singh
Dan ternyata langkah yang diambil, membuka peluang pada diri Manya dan berjaya bekerja sebagai pekerja sambilan di restoran Pizza Hut di Mumbai.
Manya yang agak stabil di kota Mumbai, mula menelefon ibu bapanya dan mengajak kedua ibu bapanya berpindah bersamanya ke kota Mumbai.
Mop Lantai Dan Tidur Di Stor, Sambung Belajar
https://www.instagram.com/p/CI_JhhDJRgX/?utm_source=ig_embed
Disamping bekerja sambilan, Manya juga telah mendaftar diri untuk belajar di kolej Sains dan Perdagangan Thakur dengan mengambil jurusan perbankan dan insuran.
Berbekalkan wang gaji sebanyak 15,000 rupees atau RM 837 sebulan, belajar berjimat untuk membayar duit pelajaran dan kos kehidupan harian.
Bapa Bawa Rickshaw, Ibu Jual Gelang Kaki Sekolahkan Manya
- Foto – Instagram Manya Singh
Ibu bapa Manya yang kemudian bersetuju untuk berpindah ke Mumbai, akhirnya membuat keputusan untuk mencari sumber pendapatan yang lain bagi membantu menampung kos pelajaran anak perempuan mereka.
Bapa Manya membuat keputusan untuk membawa rickshaw iaitu teksi motosikal di kota Mumbai, manakala ibu Manya pula menjual gelang kaki dan hasil wang yang ibu bapa Manya perolehi semuanya digunakan bagi pendidikan Manya.
Tidak Segan Dengan Latar Belakang Diri
Manya yang lahir dari latar belakang yang serba susah tidak membuatkan dirinya berasa asing atau rendah diri, tatkala memilih untuk menyertai pertandingan ratu cantik.
Baginya semua pengalaman yang dilalui membentuk persona dirinya yang tersendiri, dan Manya akui dirinya tidak pernah berasa malu dengan latar belakang diri yang berasal dari keluarga yang susah.
Berharap Lebih Ramai Ibu Bapa Sokong Impian Anak Mereka
- Foto – Instagram Manya Singh
Manya yang kini bergelar Miss India 2020 Runner-Up berharap kisahnya dapat membuka pintu kepada gadis di luar sana untuk berani mengambil langkah kehadapan.
Dan berharap agar lebih ramai ibu bapa memberi sokongan kepada anak mereka untuk mengejar impian diri, meskipun datang dari keluarga yang serba kekurangan.