Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Review Teknologi

6 Trik Menarik Yang Ramai Tak Tahu Tentang Iphone

by Soph.Azz
February 23, 2021
Foto - Forbes

Foto - Forbes

63
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau bertanya kepada orang ramai apakah telefon pintar yang digunakan oleh mereka, pasti Iphone keluaran Apple menjadi pilihan.

Direka sebagai produk mesra pengguna, Iphone dilengkapi dengan pelbagai jenis teknologi dan juga ciri menarik.

Tetapi sayangnya, tidak ramai yang tahu beberapa ciri-ciri mengenai Iphone dan juga trik di sebalik telefon pintar itu.

Kalau kamu mahu tahu apakah trik di sebalik telefon pintar itu, Wanista akan kongsikan bersama kamu.

Set Timer Pada Lagu

Tak dinafikan ramai yang suka mendengar lagu sebelum tidur. Tetapi mesti menjadi leceh apabila kamu sudah hampir mahu tidur dan terpaksa bangun untuk menutup lagu.

Foto – Arkib Wanista

Tetapi kini kamu boleh lakukannya dengan hanya set timer sahaja di telefon pintar. Tujuannya adalah untuk bermain lagu dalam jangka masa yang kamu perlukan tanpa perlu bangun semula untuk menutupnya.

Cara-caranya:

  1. Buka ‘Clock‘
  2. Tekan ‘Timer‘
  3. Set berapa lama kamu mahu lagu bermain.
  4. Tekan ‘When Timer Ends‘
  5. Pilih ‘Stop Playing‘ dan tekan “Start“.

Cara Padam Di Kalkulator

Kadang kala boleh rasa tertekan juga apabila menekan nombor di kalkulator tetapi tidak boleh padam secara satu-satu melainkan kamu terpaksa padam semua dan mula dari awal.

Foto – Arkib Wanista

Tetapi sebenarnya boleh kamu memadam satu-satu nombor dengan cara menolak ke tepi sahaja nombor itu dan ia akan memadam nombor belakang satu per satu.

Cara-caranya:

  1. Untuk kesalahan nombor seperti “58” dan mahu gantikannya dengan nombor “20” tanpa mengganggu jalan kira lain, kamu perlu pergi ke nombor “58”.
  2. Tolak ke kiri nombor tersebut dan ia akan padam nombor “8”.
  3. Kemudian tolak ke kiri lagi sekali ia akan padam nombor “5” dan tinggal “0”.
  4. Sekarang kamu boleh masukkan nombor “20” seperti biasa.

Cepatkan Pengecasan Bateri

Memang boleh untuk kamu mengecas bateri seperti biasa, tetapi kalau dalam situasi mahu cepat bagaimana kamu nak pastikan bateri telefon penuh?

Foto – The Sun / iMore
BACA:  Aplikasi Clubhouse, Apa Bagusnya Sampai Mark Zuckerberg Dan Elon Musk Pun Guna

Senang sahaja, kamu hanya perlu tukarkan kepada ‘Airplane Mode‘ dan cas seperti biasa. Kadar pengecasannya boleh menjadi cepat dua kali ganda.

Spacebar Boleh Jadi Trackpad 

Susah juga kalau tersalah tulis dan terpaksa memadam satu-satu perkataan dari awal sampailah akhir. Tetapi sebenarnya kamu boleh padamkan sesetengah perkataan atau huruf dengan menggunakan spacebar sahaja.

Foto – Mashable

Fungsi spacebar ini ia boleh menjadi trackpad di mana memudahkan lagi individu memadam bahagian yang diperlukan sahaja tanpa perlu mengacau bahagian lain.

Cara-caranya:

  1. Kenal pasti perkataan atau huruf yang mahu dipadam.
  2. Tekan spacebar lama-lama dan ia akan menjadi seolah-olah bergerak.
  3. Gerakkan ke kiri atau ke kanan bergantung kepada tempat yang ingin dipadam.

Nak Undo? Goncangkan Saja Telefon

Bagi sesetengah orang, daripada memadamkan teks yang ditulis, ada yang lebih gemar untuk menggunakan butang undo. Tetapi lagi mudah kalau kamu goncangkan telefon.

Foto – Tap Smart

Ketika kamu goncangkan telefon, notification undo akan muncul di skrin telefon. Jadi kamu boleh tekan undo untuk betulkan teks kamu.

Ubah Suai Getaran Ikut Citarasa Sendiri 

Memiliki telefon pintar Iphone ini bermaksud kamu boleh menjadi kreatif dalam cara tersendiri.

Foto – iMore

Salah satunya adalah kamu boleh membuat ciri corak getaran mengikut kesukaan kamu. Sama ada untuk penggera atau notifications, best bukan?

Cara-caranya:

  1. Tekan “Settings“
  2. Tekan “Sounds“
  3. Tekan “Ringtone“
  4. Tekan “Vibration“
  5. Tekan “Create New Vibration“
  6. Kemudian tap di skrin untuk hasilkan getaran dan siap!

Antara trik-trik yang dikongsi di atas, yang mana satu menarik perhatian kamu? Lepas membaca entri ini, kamu boleh mencuba kesemua trik tersebut di telefon pintar kamu.

RUJUKAN: 1, 2

FILED UNDER iphoneiphone appletip dan trik iphonetrik appletrik iphonetrik iphone appletrik telefon pintar apple
Share25SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.