Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips

3 Bulan Sebelum Kahwin, Sempat Kurus Kalau Buat Macam Ini

by Sofie Azizlan
February 23, 2021
Foto - Very Well Fit

Foto - Very Well Fit

11
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Cuba bayangkan kamu belum lagi mendapat bentuk badan idaman ketika hari perkahwinan. Nightmare sangat!

Bagi kebanyakan bakal pengantin terutamanya wanita pasti risau untuk tidak tampil seperti apa yang dibayangkan semasa hari perkahwinan.

Bukan apa, sudah semestinya mereka mahu memberikan penampilan cantik pada hari bahagia itu kerana perkahwinan hanya berlaku pada sekali sahaja dalam seumur hidup.

Jangan runsing tetapi lakukan perkara ini. Dalam masa tiga bulan sebelum hari perkahwinan kamu pasti boleh merealisasikan impian itu!

Tahu Sasaran Realistik

Sebelum memulakan diet, penting untuk kamu tahu apakah sasaran realistik atau target berat badan ideal yang kamu mahukan ketika hari perkahwinan.

Foto – Family Education

Sasaran jangka masa yang pendek ini relevan dan boleh dilakukan bagi mereka yang ingin menghilangkan lemak kerana ia tidak berkait rapat dengan tisu mahupun otot badan.

Kadar penyusutan berat badan yang ideal adalah sebanyak 3kg untuk sebulan. Jadi kalau kamu mahu kurangkan 6kg tidak mustahil untuk kamu boleh mencapainya sebelum tiba hari perkahwinan.

Ambil Makanan Berserat Dan Protein 

Adakah kamu tahu, makan makanan lebih serat dan protein boleh membantu mengempiskan perut dan membentuk badan?

Foto – The Economic Times

Bukan sahaja membantu hilangkan berat badan berlebihan, malah makanan berserat dan protein boleh meningkatkan kesihatan badan. Bagi bakal pengantin, kamu boleh mula amalkan pemakanan sebegini untuk menurunkan berat badan.

Ambil beberapa makanan seperti kekacang, alpukat, ikan, ayam, telur dan daging sebagai sumber serat dan protein. Tetapi kamu perlu ingat, ambil dalam kuantiti sepatutnya dan bukan secara berlebihan.

Jangan Ikat Perut 

Bagi sesetengah individu, mereka menganggap ikat perut sebagai salah satu penyelesaian yang berjaya bagi menurunkan berat badan. Tetapi sebenarnya salah!

Foto – Eat This, Not That

Kalau kamu skip makan, badan akan menukarkan makanan kepada lemak sebagai sumber tenaga. Manakala kalau kamu kurangkan kuantiti, makanan akan dibakar secara berkesan dan lemak menjadi sumber tenaga.

Tidak makan atau ikat perut bukan cara terbaik untuk kamu diet. Tetapi kamu perlu tahu seelok-eloknya kurangkan kuantiti makanan bagi setiap sesi.

Air Kosong Sangat Penting!

Kalau kamu mahu tahu, berat badan susah untuk turun selalunya disebabkan oleh pengambilan air manis. Kandungan gula yang tinggi akan melambatkan proses pembakaran lemak dan membuatkan badan menjadi lemah.

Foto – Allure

Sebab itulah ramai yang akan mengesyorkan untuk minum air kosong sahaja. Selain membuang toksin dalam badan, air kosong juga dapat mengurangkan kalori. Jadi kalau kamu nak kurus, minum air kosong dengan secukupnya.

Jangan Lupa Bersenam

Sekiranya kamu bukanlah seorang yang rajin bersenam atau tidak suka bersenam, kamu boleh lakukan senaman yang ringan atau pada tahap yang kamu mampu.

Foto – Melos GmbH

Ada sesetengah bakal pengantin, mereka gemar untuk lakukan senaman berat bagi menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Tetapi kamu perlu tahu cara ini dapat memudaratkan diri sendiri.

Malah, lakukan senaman ringkas seperti berjalan kaki, jogging atau lompat tali pun sudah mencukupi. Tapi kamu perlu ingat, lakukan setiap hari atau sekerap mungkin.

Penting Jaga Emosi

Ketika menunggu hari perkahwinan, sudah semestinya para bakal pengantin akan menjadi beremosi dan stress disebabkan mengurus persiapan.

Foto – You Work For Them

Untuk pengetahuan kamu, ketika waktu ini ia sangat kritikal bagi kamu mengekalkan emosi yang stabil. Bukan apa, jika emosi tidak stabil ia boleh menyebabkan diet kamu tidak berjaya.

Perasan tak sekiranya individu mengalami tekanan dia akan mula makan dengan banyak? Kalau kamu tidak mahu jadi seperti itu, jaga emosi.

Bagi bakal pengantin, take note tentang beberapa perkara ini untuk membantu kamu mencapai berat badan ideal ketika hari perkahwinan.

RUJUKAN : 1, 2

Tags: bakal pengantinpengantin kurustips kurustips kurus bakal pengantintips pengantin kurus
Share4SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Showbiz
Tips - Kecantikan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak

by IamLisa
January 3, 2022
0

"Saya muka berminyak dan berambut bangs di depan. Selalu tak sampai tengahari, dahi dah makin berminyak. Ada cara tak, nak...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Tips

5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!

by Sofie Azizlan
December 24, 2021
0

Tak dinafikan proses menyusukan anak tidak mudah. Ada yang luka, sakit hinggalah melecet puting susunya gara-gara anak. Nak elakkan daripada...

Baca Lagi
Foto - Terengganu 11
Tips

Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak

by IamLisa
December 23, 2021
0

"Duit dah habis banyak, tapi satu pun tak kena." Bukan kanak-kanak saja, yang dewasa pun turut sama stress setiap kali...

Baca Lagi
Foto - Radzi Ghani (FB)
Tips

Lelaki Kongsi ‘Benteng’ Elak Banjir, Buat Macam Ini Barulah Air Tak Masuk Dalam Rumah

by Sofie Azizlan
December 21, 2021
0

Tak dinafikan ramai yang terkejut dan tidak bersedia menghadapi banjir baru-baru ini terutamanya mereka di Selangor dan Kuala Lumpur. Melihatkan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.