Perasan tak kebelakangan ini, cuaca makin hari makin panas terik. Hujan pun sekadar sekejap-sekejap saja. Malam pula terasa bahang, sampaikan sebelum tidur rasa nak mandi dan sejukkan badan.
Bila cuaca panas, penting untuk kit mengikuti rutin penjagaan wajah. Sunscreen sahaja tidak mencukupi untuk melindungi kulit dari noda hitam, gelap dan kusam.
Agar keadaan kulit tidak semakin memburuk dan menimbulkan masalah lain, langkah-langkah di bawah ini perlu dipraktikkan. Yang penting, disiplin dan jangan sesekali malas!
Cleansing Siang Dan Malam
Tidak hanya di pagi hari selepas anda bangun tidur, ritual yang satu inj juga penting dilakukan di malam hari.
- Foto – Cleveland
Debu, keringat, pencemaran alam sekitar dan mekap yang kita gunakan seharian adalah sebab-sebab utama wajah harus dibersihkan dengan segera.
Buatlah rutin membersihkan wajah setiap malam walau anda malas sekalipun. Ingat, jika wajah tidak dibersihkan, ianya boleh menyebabkan pori-pori tersumbat, jerawat, bintik hitam dan kulit kelihatan kusam.
Jangan Skip Toner
Ramai wanita hanya bergantung kepda pencuci untuk membersihkan sisa mekap dan kotoran. Tetapi itu sahaja tidak mencukupi.
- Foto – Fun
Toner berfungsi untuk memaksimumkan proses membersihkan wajah setelah menggunakan sabun.
Serum Memberi Penjagaan Tambahan
Penggunaan serum di pagi dan malam hari membuatkan kulit wajah terus bernafas. Aplikasikan serum di seluruh kulit wajah, di pagi hari kulit akan terasa lebih lembut dan bercahaya.
- Foto – Pinterest
Di malam hari, serum akan kembali bekerja untuk memaksimumkan keanjalan kulit sampai ke lapisan terdalam.
Pelembap Mencegah Penuaan
Pelembap, satu lagi rutin yang tidak boleh diabaikan. Selalunya ramai yang menggunakannya di pagi hari tapi tak salah jika anda ingin gunakan juga di malam hari.
- Foto – Spy
Rutin menggunakan pelembap pagi dan malam bermanfaat untuk mencegah penuaan dan mengembalikan kecerahan semula jadi wajah.
Krim Pelindung Matahari
Keluar rumah jangan sesekali lupa memakai krim pelindung matahari. Krim ini sebagai pelindung daripada kulit terkena kotoran dan pencemaran yang hanya menyebabkan kulit terus rosak.
Walaupun dari jam 6 pagi hingga 9 pagi, adalah masa yang baik untuk kulit untuk mendapatkan vitamin D percuma secara langsung dari sinar matahari. Tapi krim pelindung matahari tetap kena pakai sebagai pencegahan.
- Foto – Pinterest
Nota : Sekali-sekala anda boleh gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.
Lagi satu banyakkan minum air. Selamat Beramal!