Isteri mana yang tak terkejut kalau suaminya mahu berubah menjadi wanita? Silap hari dan bulan, si isteri minta untuk ‘dilepaskan’.
Berbeza pula dengan pasangan suami isteri dari Kelantan ini, di mana baru-baru ini, mereka telah mengejutkan orang ramai apabila memuat naik sebuah video di TikTok.
Video tersebut menjadi viral apabila seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai Abe Pink telah menjadi wanita. Dan paling mengejutkan, isterinya iaitu Yana masih menerima dan setia walaupun suaminya mempunyai keinginan untuk berubah fitrah.
Abe Pink Tetap Mahu Menjadi Wanita
Menerusi video tersebut, dia telah menunjukkan transformasi dirinya daripada menjadi seorang lelaki sehingga menjadi seorang ‘wanita’.
@abepink1
@abepink1
Walaupun sudah menjadi dan memegang status sebagai seorang suami, tetapi Abe Pink tetap mahu menukar penampilannya.
Dia juga mengaku penampilannya itu telah pun berubah sejak beberapa tahun yang lalu dan perkara itu tidak sama sekali menjejaskan hubungannya dengan isteri. Malah mereka hidup dalam keadaan bahagia.
“Yana Isteri Yang Baik”
“Saya dan isteri tidak pernah berfikir untuk berpisah.”
Menurut Abe Pink, dia dan isteri langsung tidak pernah memikirkan mengenai perceraian. Ini kerana isterinya tetap setia menerima kekurangan dirinya walaupun selepas menjadi wanita.
https://www.tiktok.com/@abe_pink86/video/6921744995863055618
@abepink1 biey sayang kamu
Dalam pada masa yang sama, Abe Pink turut menganggap perubahan ini sebagai satu ujian terbesar yang pernah dilaluinya. Dia juga tidak meminta untuk perkara sebegini terjadi ke atas dirinya.
Ramai Yang Mendoakan Abe Pink
Melihatkan video perkongsian yang dibuat oleh Abe Pink, rata-rata pengguna TikTok memberikan kata-kata semangat kepadanya. Dan ada juga yang mendoakan dirinya supaya berubah dan diberikan hidayah untuk kembali kepada fitrah yang asal.
Pada masa yang sama, Yana juga telah diklasifikan sebagai seorang isteri dan wanita yang tabah menerima ujian yang diberikan dan setia untuk menunggu suami berubah.
Apa-apa pun, Wanista harap pasangan ini bahagia sehingga akhir hayat dan suaminya berubah kepada fitrah yang asal. Amin.