Selalu alami rasa tekanan, kemurungan dan masalah mental serta psikologi yang lain sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Apa kata kamu cuba tenangkan jiwa, dengan bau aroma-aroma yang boleh memberi ketenang pada diri seperti koleksi lilin OSYNLIG dari IKEA ini.
Lilin Halimunan IKEA
- Foto – IKEA
Lilin OSYNLIG yang dikeluarkan ini merupakan kolaborasi IKEA bersama Ben Gorham, dan OSYNLIG dalam bahasa Sweden bermaksud halimunan.
Lilin halimunan ini akan bukan saja memberikan bau aromaterapi yang menenangkan, tetapi ia juga merupakan item dekorasi yang menarik untuk rumah.
13 Koleksi Lilin OSYNLIG Untuk Tenangkan Jiwa Raga
IKEA menampilkan 13 koleksi lilin aromaterapi yang berbeza bau, bagi setiap emosi yang berlainan kepada penghuni rumah.
Llilin aromaterapi yang dihasilkan ini, menggunakan bahan semulajadi dan koleksi lilin ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bunga-bungaan, kesegaran dan juga kayu-kayuan.
Lilin Halimunan Buat Mental Sihat Dan Jiwa Tenang
- Foto – IKEA
Dalam keadaan yang menekan mental dan jiwa pada ketika ini, lilin aromaterapi OSYNLIG ini akan bebaskan belenggu diri dengan bau-bauan mengikut emosi yang dilalui.
Bagi yang ingin mencari ketenangan diri, lilin OSYNLIG ini bisa jadi peneman setia di sisi tatkala sedang berdepan dengan masalah emosi.
Rekaan Yang Ringkas Dan Serbaguna
- Foto – IKEA
Lilin OSYNLIG ini diletakkan dalam bekas seramik berpenutup yang cukup ringkas tetapi elegan, bukan itu saja lilin ini juga sesuai dijadikan sebagai dekorasi dalaman rumah.
Selain itu, selepas lilin aromaterapi dah habis guna bekas tersebut boleh digunakan untuk letak alat tulis ataupun bunga.
Harga Berpatutan Dan Berbaloi
- Foto – IKEA
Harga lilin OSYNLIG ini dijual pada harga RM24.90 hingga RM129 setiap unit dan ia mempunyai tiga jenis saiz yang berlainan.
bagi yang berminat untuk dapatkan lilin halimunan untuk menenangkan jiwa dan fikiran, kamu boleh layari laman sesawang IKEA di sini dan pilih sendiri lilin yang kamu inginkan.
Selamat beramal♥