Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Dah Kenapa Generasi Z ‘Benci’ Skinny Jeans?

by Soph.Azz
February 17, 2021
Foto - Preview.ph

Foto - Preview.ph

34
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Baru-baru ini menjadi tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang gadis yang mencetuskan perbalahan di antara generasi milenial dan generasi Z.

Perbalahan tersebut berlaku disebabkan gadis tersebut mengajak orang ramai untuk mengakhiri era skinny jeans yang pernah menjadi trend dan popular selama beberapa tahun sebelum ini.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, gadis tersebut telah meminta orang ramai untuk membuang mahu pun membakar skinny jeans yang mereka ada, atau menggunting dan jadikan sesuatu yang berguna.

Melihatkan perbuatan tersebut, ia telah mencetuskan ‘kemarahan’ dalam golongan milenial kerana skinny jeans dikatakan menjadi lambang dan identiti mereka.

Kenapa Generasi Z ‘Benci’ Skinny Jeans?

“Skinny jeans bukan untuk Generasi Z!”

Para pengguna generasi Z di TikTok telah berbalah dengan generasi milenial disebabkan oleh skinny jeans. Bagi mereka, skinny jeans sudah tidak sesuai dan tidak mendapat tempat dalam dunia fesyen kini.

@momohkd

Skinny jeans just aren’t for me but to each their own. #momostyleme #fashion #TodayILearned #skinnyjeans #diy

♬ Brace Yourself – zenorachi

Generasi z mengatakan kini skinny jeans dan bahagian sisinya merupakan duo yang tidak sesuai dan lapuk untuk digayakan. Dan sekiranya kamu memakainya, mereka akan label kamu sebagai ‘tua’.

Dalam pada masa yang sama, menurut pendapat mereka skinny jeans sebenarnya tidak membantu golongan milenial nampak lebih muda daripada usia sebenar malah membuatkan penampilan mereka kelihatan tidak sesuai.

@cam_greaves

Take the jump. It will change your life. #skinnyjeans #baggyjeans #fyp #foryoupage

♬ biggie pamper – DJ AyJayy🤘🏽

Manakala bagi trend terkini, generasi Z mengatakan fesyen yang terbaru adalah baggy jeans, seluar yoga serta chinos. Fesyen tersebut merupakan yang terkini dan memberikan gaya yang segar serta membuatkan setiap pakaian mereka kelihatan up to date.

IKLAN

Trend Skinny Jeans Tak Akan Lapuk 

Sesetengah pengguna TikTok daripada generasi milenial mengatakan trend skinny jeans tidak akan pernah lapuk. Manakala trend baggy jeans pula bukanlah sesuatu yang baru kerana mereka memakainya terlebih dahulu pada tahun 90-an.

@takingmylifebackat42

#millenials #genz #no #oldtiktok #over40 #2021 #middlepart #sidepart #skinnyjeans #guessimoldnow #momsoftiktok #momlife #fyp #grandma #1977 #humor

♬ Buss It – Erica Banks

Melihatkan perbalahan yang terjadi di antara dua generasi itu, Lindsay Albanese iaitu seorang pakar fesyen mengatakan era skinny jeans tidak akan pernah pupus. Ini kerana skinny jeans mempunyai fungsi dan kepelbagaiannya tersendiri.

“Skinny jeans sangat mudah dipakai. Tidak kira apa jenamanya, skinny jeans memberikan keselesaan dan sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian”, ujar Lindsay.

Malah ada beberapa individu generasi milenial telah muat naik pelbagai jenis video untuk menunjukkan bagaimana mereka menggayakan skinny jeans serta apakah kebolehgunaannya.

@georgie.morley

How to Style Skinny jeans because wearing what you love > trends #mystyle #ootd #howtostyle #winterstyle #skinnyjeans #winterfashion

♬ Wildest Dreams – Duomo

@georgie.morley

tell me: do you think skinny jeans are dead 💀 👖 #mystyle #ootd #style #fashion #skinnyjeans #howtostyle

♬ original sound – carneyval

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: generasi milenialgenerasi z vs generasi milenialisu skinny jeansskinny jeans viralvideo skinny jeans viral tiktokvideo tiktok skinny jeans
Share14SendShare

Artikel Berkaitan

Bergaya Ala Wanita Perancis Dengan ‘Maje’, Sekarang Ada Di ZALORA
Fesyen

Bergaya Ala Wanita Perancis Dengan ‘Maje’, Sekarang Ada Di ZALORA

by Lisa AG
July 6, 2022
0

Free, Fun, Flirty - Itu yang menarik pada jenama fesyen jalanan kelahiran Perancis, Maje. Label fesyen yang diasaskan di Paris,...

Baca Lagi
Intai 3 Koleksi Kaca Mata Baru Valentino Yang Bakal Keluar Julai Ini!
Fesyen

Intai 3 Koleksi Kaca Mata Baru Valentino Yang Bakal Keluar Julai Ini!

by Soph.Azz
July 6, 2022
0

Jenama mewah Itali kini sedang menjangkau batas pembuatan pakaian; di mana Valentino kini memperkenalkan tiga gaya kaca mata baru pada...

Baca Lagi
Emma Watson Muncul Di Minggu Fesyen Paris Dalam Ensemble Yang Dramatik
Fesyen

Emma Watson Muncul Di Minggu Fesyen Paris Dalam Ensemble Yang Dramatik

by Lisa AG
July 6, 2022
0

Jarang sekali Emma Watson membuat kemunculan di mana-mana minggu fesyen. Tapi bila dia tiba, semua lensa kamera tertumpu padanya, seakan-akan...

Baca Lagi
5 Trend Fesyen Inspirasi Period Drama Menarik Untuk Kamu Cuba
Fesyen

5 Trend Fesyen Inspirasi Period Drama Menarik Untuk Kamu Cuba

by Lisa AG
July 5, 2022
0

Menonton siri drama dengan latar masa zaman dahulu kala, membawa kita kepada satu pengembaraan yang unik dan mengkhayalkan, lari dari...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Suami Lemah Tenaga Batin, Ini Ubat Kuat Doktor Saran Boleh Guna

  2. 2

    Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

  3. 3

    [FOTO] Fesyen Hijau Marion Caunter, Mana Satu Paling Tarik Perhatian?

  4. 4

    “Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.