Serangan pandemik sangat berbisa buat industri perhotelan, sejak 2019 sehingga 2021 telah banyak hotel-hotel tempatan terpaksa menamatkan perkhidmatan.
Dalam tidak sedar, telah banyak perusahaan perhotelan mewah dan kecil membuat keputusan untuk menutup hotel mereka buat selamanya.
Ini antara hotel-hotel tempatan yang menamatkan perkhidmatan sepanjang tahun 2019 hingga 2021.
#1 Hotel Silka Maytower Kuala Lumpur
- Foto – Trip
Sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Kuala Lumpur ini juga tidak mampu menanggu beban dan kesan pandemik, dan membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya pada bulan Januari lalu.
Tarikh tamat perkhidmatan: 29 Januari 2021
#2 Hotel Royale Chulan Bukit Bintang
- Foto – Instagram Royale Chulan Bukit Bintang
Menurut New Staits Times, hotel Royale Chulan Bukit Bintang bertaraf empat bintang ini membuat keputusan untuk menghentikan perkhidmatan dalam industri perhotelan buat selamanya.
Tarikh tamat perkhidmatan: Bermula 11 Februari 2021 (semalam)
#3 Hotel Equatorial Penang
- Foto – Facebook Hotel Equatotial Penang
Menurut CNA, hotel gergasi dan popular yang telah beroperasi sejak 1989 di Penang ini juga akan menamatkan perkhidmatannya dalam industri perhotelan kerana perniagaan tidak lagi mampu menanggung kos kerugian sepanjang serangan pandemik ini.
Tarikh tamat perkhidmatan: Sebelum 31 Mac 2021
#4 Hotel The Puteri Pacific Johor Bahru
- Foto – Facebook The Puteri Pacific Johor Bahru
Dipetik dari New Straits Times, satu lagi hotel gergasi di Johor Baru iaitu The Puteri Pacific yang telah beroperasi sejak tahun 1991, juga menamatkan perkhidmatannya pada tahun lalu.
Tarikh tamat perkhidmatan: 30 Ogos 2020
#5 Hotel Ramada Plaza Melaka
- Foto – Facebook Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel popular berusia 35 tahun ini juga menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 2020 kerana tidak mampu menampung kerugian sepanjang pandemik.
Tarikh tamat perkhidmatan: 30 Jun 2020
#6 Berjaya Tioman Resort Pahang
- Foto – Instagram Berjaya Tioman Resort/Malay Mail
Salah satu resort yang popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara ini juga, memberhentikan perkhidmatan setelah 50 tahun beroperasi pada tahun lepas.
Tarikh tamat perkhidmatan: 15 Jun 2020
#7 Swiss Inn Chinatown Kuala Lumpur
- Foto – TripAdvisor
Hotel yang terletak di kawasan paling strategik kerana merupakan hotspot tumpuan pelancong, iaitu di Chinatown Kuala Lumpur ini juga menamatkan perkhidmatannya.
Tarikh tamat perkhidmatan: 1 Jun 2020
#8 Hotel Syeun Ipoh Perak
- Foto – The Star
Satu lagi hotel tertua di Malaysia, juga menerima nasib yang sama seperti hotel-hotel lain dan membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pada bulan Mei 2020 lalu.
Tarikh tamat perkhidmatan: 30 Mei 2020
#9 Hotel Four Points by Sheraton Sandakan Sabah
- Foto – Trivago/HRS
Hotel dari cawangan Sandakan, Sabah ini juga terpaksa ditutup, gara-gara masalah kewangan yang dialami sepanjang serangan pandemik berleluasa di Malaysia.
Tarikh tamat perkhidmatan: 31 Mei 2020
#10 Hotel GTower Kuala Lumpur
- Foto – HR News/ KL Office Space
Hotel terkenal GTower Kuala Lumpur ini juga tumpas semasa pandemik ini, dan membuat keputusan untuk menutup perusahaan pada bulan April tahun lalu.
Tarikh tamat perkhidmatan: 30 April 2020
Penutupan sebuah hotel bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat, tetapi apakan daya sepanjang perusahaan yang dibangunkan tidak dapat menepis kesan serangan pandemik.
Sama-samalah kita berdoa dan berharap suatu hari nanti, hotel-hotel ini mampu bangkit semula dan dapat kembali dalam industri perhotelan semula.