Rasa macam bukan diri sendiri selepas melihat cermin dan nampak dark circle di bawah mata. Rasa stress melihatnya!
Untuk kesan yang cepat dan mudah, ramai yang menggunakan foundation, concealer dan beberapa produk kecantikan yang lain bagi menutup dark circle tersebut.
Tetapi pernahkan kamu berfikir bahawa teknik itu hanyalah sementara? Rasa seperti membuang masa juga apabila perlu apply setiap kali mahu keluar kerana tidak mahu menujukkan ‘kekurangan’ tersebut.
Dan sudah tiba masanya kamu beralih kepada produk yang memberikan kesan yang berpanjangan dan tak perlu lagi bersembunyi di sebalik produk kecantikan.
Penting Ke Krim Mata?
Krim mata ini sebenarnya penting untuk digunakan oleh sesiapa sahaja yang menghadapi masalah di sekitar mata.
Untuk pengetahuan kamu, kulit di sekitar mata kita sebenarnya cepat terdedah kepada kerosakan. Selain itu, ia juga mudah mengalami kekeringan dan sangat cepat mengalami proses penuaan.
Tambah-tambah lagi apabila kamu sering squinting kerana ia mempercepatkan penampilan garis dan kedutan selain menjadikan cecair terkumpul di bawah mata. Kesannya ia menyebabkan bengkak dan dark circle terbentuk.
Tips Menggunakan Krim Mata
Selain menggunakan krim mata seperti biasa iaitu apply sahaja dalam rutin penjagaan wajah, kamu boleh menggunakan dua tips ini untuk menjadikannya lebih berkesan dan efektif.
-
Tip 1: Simpan Dalam Peti Sejuk
Ambil produk krim mata kegemaran kamu dan simpannya di dalam peti sejuk. Apabila kamu mahu menggunakannya, ambil dan letakkan di bawah mata seperti biasa.
Rasa kesejukan tambahan ini akan membuatkan mata kamu yang letih dan bengkak menjadi lebih tenang dan nyaman saja. Best!
-
Tip 2: Guna Sebelum Concealer
Pernahkah kamu dengar mengenai tip ini? Untuk kesan yang lebih efektif, apa kata kamu cuba apply krim mata sebelum menggunakan concealer.
Ini kerana krim mata tersebut boleh membuatkan penggunaan concealer menjadi lebih smooth. Dan paling penting, krim mata ini menghalang daripada mata kamu membentuk garisan halus.
Produk Krim Mata Yang Best
Setiap orang ada ‘hari malas’ untuk bersiap dan bersolek. Tetapi fikir balik, tidak boleh keluar tanpa solekan di wajah kerana mahu sembunyikan penampakan dark circle yang ketara. Jadi mahu atau tidak, terpaksalah kamu bersolek juga.
Tetapi jangan risau. Kamu boleh atasinya dengan menggunakan beberapa produk krim mata ini. Bukan sahaja ia membantu merawat dark circle, malah eye bags dan kedutan juga boleh dikurangkan.
SAFI RANIA GOLD Krim Kontur Mata [RM 18]
SIMPLE Kind To Eyes Revitalising [RM 25.16]
COSMODERM Eye Treatment Gel [RM 28.82]
NUTOX Eye Refiner [RM 44.16]
L’OREAL PARIS Revitalift Triple Action Eye Cream [RM 53.63]
AVÉNE Soothing Eye Contour Cream [RM 58.65]
ORIGINS Ginzing [RM 102.40]
INNISFREE Jeju Orchid Eye Cream [RM 119]
SUPERGOOP! Bright-Eyed 100% Mineral [RM 160]
SK-II RNA Power Eye Cream [RM 429]
Sebelum memakai krim mata, pastikan wajah kamu bersih dan pakai mengikut turutan dalam rutin penjagaan wajah kamu. Jangan malas kalau nak cantik.
Selamat beramal ♥