Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Giliran Halsey Keluar Mekap Sendiri, ‘About Face’ Beri Identiti Yang Unik

by Sofie Azizlan
February 6, 2021
Foto - Vanyaland

Foto - Vanyaland

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bagi mereka yang tidak tahu, Halsey tidak  pernah mengambil sesiapa untuk melakukan solekannya sama ada ketika menghadiri acara karpet merah, video musik, tour, hari biasa dan sebagainya.

Jangan terkejut, di sebalik mekapnya yang on point itu dia sendiri lakukannya. Berkat dengan minat dan usahanya itu, siapa sangka Halsey boleh hasilkan mekap yang unik dan lain daripada orang lain.

Disebabkan oleh bakatnya sebagai seorang pelajar seni, kini Halsey mengeluarkan koleksi mekapnya sendiri iaitu “About Face“. Memfokuskan muka sebagai sebuah kanvas, pasti kamu teruja untuk menggunakannya.

Jika dilihat dari segi packaging, jenis-jenis dan sebagainya, sangat rugilah kalau tak masukkan koleksi yang unik ini dalam senarai yang wajib dibeli. Kalau kamu mahu tahu kenapa, teruskan membaca.

Apa Yang Best Tentang “About Face”?

Dikenali dengan wanita yang mementingkan self-love, identiti dan juga refleksi, “About Face” adalah koleksi mekap Halsey yang menjadikan jenama ini sebagai cerminan dirinya.

Foto – About Face

“Dalam pada masa yang sama, jenama ini berfokuskan kepada koleksi mekap yang boleh digunakan oleh semua orang dengan tujuan mendedikasikan diri untuk kelihatan cantik tanpa menghiraukan apa yang dikatakan oleh orang dalam cara masing-masing.”

Untuk pengetahuan kamu, koleksi “About Face” ini dikeluarkan dengan tiga jenis francais yang berbeza iaitu

Foto – About Face
  • Light Lock terdiri daripada highlighter yang mempunyai kilauan yang menakjubkan, kamu boleh mendapatinya dalam bentuk stick, powder, cecair dan juga lip gloss.
  • Matte merangkumi kemasan baldu dengan produk seperti Paint-It Matte Lip Colors, Matte Fix Lip Pencils dan Fluid Eye Paint.
  • Shadowstick pula, ia merangkumi cream shadow crayon dalam kod-kod warna lembut pastel.

Dari segi packaging pula, setiap produk ini ‘dibungkus’ dalam warna pink-and-chrome atau bold, tiub solid-colored dan compacts.

Setiap produk kecantikan ini diyakini bebas kekejaman, vegan serta diformulasikan tanpa menggunakan pewangi gluten, phthalates, parabens atau sintetik.

Penting Solekan Wajah

Setiap orang mementingkan solekan wajah yang cantik dan unik untuk tampil menyerlah dalam cara mereka tersendiri. Koleksi “About Face” ini dapat membantu dengan memberikan beberapa warna kilauan dan berpigmen bagi memberikan hasil akhir yang menakjubkan!

Foto – About Face

Untuk bahagian wajah, Halsey telah menampilkan produk seperti Matte Fix Spray, Light Lock Highlighting Fluid, Light Lock Powder dan Light Lock Stick. Setiap produk Light Lock ini merangkumi tiga warna yang berbeza dari light sheer sehingga deeper bronze.

Beli:

  • Matte Fix Spray [RM 113.97]
Foto – About Face
  • Light Lock Highlighting Fluid [RM 130.26]
Foto – About Face
  • Light Lock Powder [RM 122.11]
Foto – About Face
  • Light Lock Stick [RM 101.76]
Foto – About Face

Warnakan Bibir Kamu 

Kalau kamu lihat warna-warna bibir Halsey, pasti kesemuanya kelihatan warna yang bold. Menerusi koleksi ini, kamu boleh dapatkan warna-warna seperti deep wine red, matte burnt beige, light pale pink dan pelbagai lagi.

Foto – About Face

Untuk koleksi bagi bibir pula, kamu boleh dapatkan produk seperi Light Lock Lip Gloss, Paint-It Matte Lip Color dan Matte Fix Lip Pencil. 

Selain warna-warna matte yang gelap, Light Lock Lip Gloss mengandungi kilauan yang dilapisi dengan mutiara yang menjadikan bibir kamu berkilau dan cerah.

Beli:

  • Light Lock Lip Gloss Light [RM 81.41]
Foto – About Face
  • Paint-It Matte Lip Color [RM 81.41]
Foto – About Face
  • Matte Fix Lip Pencil [RM 69.20]
Foto – About Face

Serlahkan Bahagian Mata 

Untuk bahagian solekan mata pula, kamu boleh dapatkan dua jenis produk daripada “About Face” yang memberikan hasil bold matte finish, saturated matte, atau pearlescent shimmer. 

Foto – About Face

Untuk hasil solekan itu, kamu boleh menggunakan Matte Fluid Eye Paint dan Shadowstick. Bagi Matte Fluid Eye Paint yang berpigmen ini, kamu boleh dapatkan dalam 6 jenis warna yang boleh digambarkan sebagai “one-swipe color“. Manakala Shadowstick pula, ia mengandungi warna matte dan shimmery yang mempunyai fungsi sebagai eyeliner dan eyeshadow.

Beli:

  • Matte Fluid Eye Paint [RM 97.69]
Foto – About Face
  • Shadowstick [RM 85.48]
Foto – About Face

Dengan menggunakan koleksi “About Face“, kamu boleh merasai dan mendapatkan “Hasley Look“. Untuk pembelian, kamu boleh layari laman web rasmi “About Face“.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: about faceabout face halseyhalseykoleksi about facekoleksi about face halseyproduk about face halsey
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Kecantikan

Ahli Dermatologi Kata Jangan Guna Produk Ini Pada Waktu Panas Terik

by Sofie Azizlan
May 25, 2022
0

Pasti di kalangan kita ada yang tidak tahu bahawa beberapa produk skincare sebenarnya tak sesuai dipakai dalam sesetengah keadaan cuaca....

Baca Lagi
Foto - Beauty Crew
Kecantikan

Musim Panas, Apa Kata Kamu Cuba Solekan Reverse Cat Eye

by IamLisa
May 24, 2022
0

Musim panas ini apa kata cuba solekan yang fun dan ceria. Pernah dengar tentang solekan mata 'Reverse Cat Eye'? Solekan...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kecantikan

Bulu Mata Tak Lagi Gugur & Pendek Lepas Guna Eyelash Serum Jenama Ini

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Nak tahu tak kebiasaannya bila wanita nak bulu mata mereka lebat dan lentik, ramai yang akan gunakan eyelash extension atau...

Baca Lagi
Foto - Arkib DIVA
Kecantikan

Kalau Taknak Botak, Jaga Rambut Guna SAFI Shayla Tonik, #DIVAKongsi Caranya!

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Masalah keguguran rambut ini bukan hanya menjadi masalah lelaki saja, malah wanita pun turut alami masalah yang sama. Lebih-lebih lagi...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.