“Sumpah best rasanya pakai wireless bra daripada Oxwhite. Tak rugi langsung duit!”
Tak dinafikan menanggal bra selepas pulang ke rumah adalah perkara yang best, tetapi jika terlalu lama tidak memakai bra boleh juga mendatangkan kesan yang buruk.
Melalui tinjauan tertutup sebanyak 70% wanita tidak akan memakai bra di rumah manakala lebih 80% wanita akan menanggalkan bra setiap kali pulang ke rumah.
Sekarang pula ramai wanita yang “Work From Home“, jadi lebih mudahlah untuk mereka tidak memakai bra. Jadi entri kali ini, kamu akan tahu mengapa sebenarnya perlu memakai bra di rumah untuk elakkan kesan buruk yang ini.
Kenapa Dekat Rumah Pun ‘Wajib’ Pakai Bra?
Menurut Pakar Pembedahan Plastik, Dr. Johan Ruslan mengatakan ramai wanita memilih untuk tidak memakai bra di rumah. Tabiat ini sebenarnya boleh datangkan bahaya untuk jangka masa yang panjang.
- GIF – Post Toast
Ini kerana, payudara memiliki beratnya tersendiri. Apabila kamu tidak memakai bra untuk menyokongnya, ia boleh memberikan ketegangan pada bahagian belakang badan untuk menampung beratnya.
Bagi wanita yang memiliki dada yang lebih besar, tidak memakai bra boleh mempercepatkan payudara mengalami proses kendur.
“Walaupun sekarang tiada bukti yang kukuh mengenai tidak memakai bra boleh membuatkan payudara menjadi kendur, tetapi fungsi utama bra adalah untuk sokong dan bantu lambatkan proses kendur. Dalam pada masa yang sama, ia dapat kurangkan kerosakan pada Cooper’s ligament.
Sistem ligament yang menjadi sokongan pada dada memiliki dua bahagian. Iaitu suspensory ligament dan suspensory ligament payudara.”
Perbezaan kedua-dua ini adalah suspensory ligament tidak mudah berubah walaupun tengah hamil, usia atau berat badan meningkat. Tetapi beza dengan suspensory ligament payudara, ianya boleh berubah.
Pemakaian bra bukanlah menjadi sokongan yang penting sahaja untuk dada, malah ia sangat penting untuk mencegah daripada mengalami kesakitan pada bahagian belakang.
Ramai Rupanya Pakai Bra Yang Salah!
Payudara kita sebenarnya mengandungi lemak, kelenjar dan tisu lemak manakala kulit dan ligament pulak hanya berfungsi sebagai sokongan sahaja.
Setiap payudara memiliki beratnya sendiri. Semakin besar cawan, semakin beratlah ia. Bagi wanita yang memiliki cawan D, hati-hati kerana payudara kamu mungkin melebihi 1 kg.
“Kebanyakan wanita tidak dapat memilih bra yang sesuai mengikut jenis cawan dan berat payudara mereka.
Ada yang memakai bra terlalu kecil dan ada juga yang memakai bra yang terlalu besar. Apabila memakai bra yang salah, ia tidak akan dapat memberikan sokongan yang cukup bagi menampung payudara.”
Untuk pengetahuan kamu, terdapat dua jenis bra iaitu bra yang memberikan aesthetic dan lagi satu adalah berfungsi sebagai sokongan. Pemilihan bra yang tepat dapat memberikan kebaikan dalam jangka masa yang panjang terutamanya pada kesihatan badan kamu.
Ini kerana bra yang tepat dapat meratakan berat dada untuk elakkan daripada mengalami sakit belakang. Selain itu, ia juga berfungsi dalam menyokong postur badan supaya otot dan tulang belakang berada dalam kedudukan yang baik.
Wireless Bra Penyelamat Wanita Yang Inginkan Keselesaan!
Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, kebanyakan jenama termasuklah Oxwhite telah mengambil keputusan untuk menghasilkan wireless bra sebagai pemakaian harian wanita.
Menurut CK Chang iaitu pengasas kepada Oxwhite, beliau mengatakan ramai wanita lebih memilih wireless bra berbanding dengan wired bra disebabkan oleh keselesaan yang maksimum selepas memakainya.
“Penghasilan wireless bra ini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk wanita kekal memakai bra walaupun di rumah dengan selesa. Selain itu, mereka dapat memberikan sokongan pada payudara serta bahagian belakang badan.”
Dalam pada masa yang sama, Oxwhite juga telah merebut peluang ini bagi menghasilkan wireless bra yang memberikan keselesaan yang maksimum pada penggunanya.
“Kami telah membuang penggunaan underwires dan gantikan dengan kain polyamide serta elastene bagi memberikan kelembutan pada kulit.”
Selain itu, rekaan semula wireless bra ini telah menggabungkan reka bentuk sayap belakang, tali sisi yang lebar dan cangkuk tiga mata serta tali bahu bagi membantu mengagihkan berat payudara.
Apabila berat payudara diagihkan sama rata dan sesuai mengikut ukuran cawan, barulah ia dapat berfungsi sebagai sokongan pada bahagian pinggul dan juga otot.
Untuk pembelian wireless bra Oxwhite ini, kamu boleh melayari laman web rasmi Oxwhite [SINI].