Untuk pengetahuan kamu, setiap hari kita akan menggunakan gadget. Tidak kiralah telefon mahupun komputer, ia boleh mengakibatkan ketegangan pada bahagian mata.
Cakap tentang penglihatan mata yang baik, tiada siapa yang tidak mahukannya. Jika kamu mahu mengekalkan penglihatan yang baik dalam jangka masa yang lama, kamu perlu mengubah tingkah laku daripada sekarang. Amalkan gaya hidup yang sihat atau kamu boleh juga mencuba melakukan Eye Yoga.
“Eh, mata pun kena buat yoga juga ke?”
Ya betul! Sebenarnya mata kita juga memerlukan regangan bagi menguatkan dan merehatkan otot di sekitar mata. Dan salah satu cara yang terbaik adalah dengan membuat yoga.
Manfaat ‘Eye Yoga’
Sama seperti kita melakukan yoga yang lain, untuk situasi ini, Eye Yoga sebenarnya dapat membantu kamu kuatkan otot pada bahagian mata dan boleh membantu kurangkan sakit kepala disebabkan oleh ketegangan mata.
#1 Atasi Glaucoma
Bagi kamu yang tidak tahu, Glaucoma ini adalah satu keadaan yang dapat mengikis saraf optik kamu. Apabila melakukan Eye Yoga ini, secara tidak langsung ia dapat membantu menurunkan tekanan intraocular (IOP) pada bahagian mata. Apabila IOP mula menurun, proses perkembangan glaucoma boleh dilambatkan.
#2 Mengurangkan Ketegangan Mata
Kadang-kadang boleh rasa ketegangan pada bahagian mata. Untuk pengetahuan kamu, yoga ini boleh membuatkan mata kamu berasa kurang letih dan tidak menegang.
Ketegangan mata sebenarnya berlaku disebabkan oleh tekanan yang dihadapi. Jadi, yoga dapat membuatkan otot mata dirangsang untuk menguatkannya serta menurunkan tekanan bagi membantu kamu kekal fokus.
#3 Tingkatkan Tahap Penglihatan Mata
Walaupun tiada bukti yang sahih tentang perkaitan Eye Yoga dan tahap penglihatan, tetapi satu kajian yang dilakukan pada tahun 2012 menunjukkan sebaliknya.
Mereka yang menghadapi astigmatisme dan pembiasan ini menunjukkan peningkatan dalam tahap penglihatan selepas melakukan teknik yoga ini. Apabila mereka mula melakukan yoga, ia secara tidak langsung membantu kurangkan ketegangan serta keletihan pada mata dan membantunya menjadi sihat dan segar.
#4 Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata
Selain menghabiskan duit kepada produk, apa kata kamu cuba untuk melakukan Eye Yoga ini? Bukan sahaja percuma, malah kamu boleh lakukan bila-bila masa sahaja walaupun di atas katil.
Sekiranya kamu melakukan Eye Yoga, ia tidak akan dapat meningkatkan aliran darah di bahagian bawah mata dengan ketara. Dalam pada masa yang sama, apabila aliran darah tidak nampak ketara, maka masalah lingkaran hitam bawah mata boleh diselesaikan!
Senang Sangat! Lakukan ‘Eye Yoga’ Dalam 3 Langkah
Langkah 1: Otot Mata Diregangkan
- GIF – Giphy
- Regangkan otot muka dengan gerakkan rahang dan juga kening.
- Dengan mata yang tertutup, gerakkan bebola mata ke atas dan kira sehingga 4.
- Kemudian, ulang (2) dan tukar posisi dengan mata melihat ke bawah dengan kira sehingga 4.
- Selepas itu, ulang kembali (2) dan (3) dengan posisi mata ke kiri dan kanan.
- Ulang sebanyak 3 kali.
Langkah 2: Mulakan Senaman Otot Mata
- GIF – Lens.me
- Kelip mata dengan secepat yang mungkin sebanyak 10 kali.
- Kemudian, tutup mata dengan perlahan lahan dan kira sehingga 5.
- Ulang kembali (1) dan (2) sebanyak 5 kali.
Langkah 3: Cuba Untuk Fokus
- Samakan paras tangan dengan mata kemudian buat tanda thumb up.
- Perhatikan ibu jari dan fokus dengan mengira sehingga 4.
- Selepas itu, gerakkan secara perlahan-lahan ke arah hidung untuk merapatinya dan kira sehingga 4.
- Kemudian, jarakkan kembali ibu jari ke arah keluar dan fokus kepadanya dengan kira sehingga 4.
- Ulang semula sebanyak 5 kali.
Senang saja untuk lakukan Eye Yoga ini. Kamu juga boleh amalkan setiap hari dengan lakukannya sebelum tidur. Selamat mencuba!