Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Dahsyat Ini Sebab Kenapa Orang Barat Tak Suka Pakai Pelitup Muka

by Mas Idayu
February 2, 2021
Foto - Los Angeles Times/NBC News

Foto - Los Angeles Times/NBC News

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kes Covid-19 di negara barat semakin meningkat naik secara mendadak, dan jumlah peningkat kes jangkitan di negara mereka sangat mengkhuatirkan.

Apatah lagi, ramai ramai rakyat di negara-negara tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak kementerian kesihatan di negara masing-masing.

Tak Endah SOP, Keluar Tanpa Pelitup Muka

Foto – Market Watch

Sejak permulaan pandemik ini menyerang seluruh negara, ramai rakyat di barat mengikuti SOP dan langkah pencegahan yang telah di war-warkan kepada mereka.

Namun lama kelamaan, ramai mula bertidak agresif dan tidak lagi mematuhi SOP serta tidak memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah.

Tidak Berasa Terancam

Foto – Los Angeles Times / Wisconsin Public Radio

Menurut petikan dalam USA Today, pakar psikologi dan kesihatan menyatakan tindak-tanduk masyarakat barat terhadap pandemik adalah berlainan dan tingkah-laku mereka di dorong menerusi tindakan yang mereka rasakan betul.

Tambahan lagi, terdapat dalam masyarakat merasakan pandemik ini tidak memberi sebarang ancaman kepada diri mereka dan keluarga mereka sendiri.

Serangan Psikologi

Foto – The Atlantic

Selain itu, akibat terlalu lama terkurung dalam rumah semasa perintah lockdown dilakukan di negara-negara barat ini, membuatkan rakyat mereka mula hilang arah.

Dan ini memberi impak psikologi kepada rakyat mereka, dan tiap kali mereka melihat pelitup muka atau melihat orang lain memakai pelitup muka ketika keluar rumah rata-rata ramai yang bertindak agresif seperti:

  • Menjerit kepada individu yang memakai pelitup muka
  • Menyerang individu yang memakai pelitup muka
  • Batuk di hadapan individu yang memakai pelitup muka
  • dan banyak lagi perlakuan yang tidak baik dilakukan.

Perang Politik

Foto – NBC News

Bukan itu saja, faktor politik juga memainkan peranan mengapa ada sesetengah rakyat memakai pelitup muka dan separuh lagi tidak memakai pelitup muka.

Kerana mainan politik bercanggah dengan pandangan sains, yang mana rakyat perlu mematuhi SOP dan mengikut saranan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi menangani pandemik.

Foto – Global Times Luo Xuan

Tetapi sayang ada dikalangan parti politik tidak memandang berat mengenai serangan pandemik, dan merasakan pelitup muka tidak memberi sebarang jaminan yang virus tersebut tidak menjangkiti tubuh mereka jika memakai pelitup muka.

Dengan dorongan sebegini tidak hairanlah hanya sebahagian sahaja rakyat di negara barat yang mematuhi SOP, dan selebihnya tidak mengendahkan amaran serta tidak lagi memakai pelitup muka ketika keluar rumah.

Stigma Budaya Dan Pemikiran

Foto – Financial Times

Ramai rakyat di negara-negara barat mula tidak mematuhi saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan juga pakar kesihatan di negara masing-masing kerana stigma budaya dan berbeza pemikiran mengenai isu Covid-19.

Kebanyakan rakyat di negara barat merasakan memakai pelitup muka hanya membuatkan orang ramai berasa makin panik, dan biasanya pelitup muka hanya dipakai untuk orang sakit sahaja dan bukan untuk orang sihat seperti mereka.

Banyak faktor lain juga mendorong mengapa ramai rakyat di negara barat tidak mahu memakai pelitup muka, tetapi jika dilihat secara menyeluruh mereka hanya percaya pada pandangan dan spekulasi yang mereka ingin percaya.

Foto – Global Times

Jadi walau banyak atau kerap mana pakar kesihatan menggesa rakyat mereka mematuhi SOP, mereka hanya sekadar mendengar dan tidak mengamalkan apa yang disarankan oleh pakar kesihatan.

Jadi tidak hairanlah kes jangkitan Covid-19 di negara-negara barat meningkat naik dari hari ke sehari, dengan sikap rakyat yang tidak mematuhi SOP seperti ini.

Rujukan: 1, 2, 3

Tags: covid-19Orang BaratPemikiran Orang BaratPsikologi Orang BaratSebab Tak Pakai Pelitup MukaStigma BaratTak Pakai Pelitup Muka
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - IG @fauziahnawi
Info Menarik

Usahawan Dato Sri Mahadi Kongsi Doa Mustajab Kalau Terjaga Antara Jam 3 Ke 4 Pagi

by IamLisa
January 5, 2022
0

"Pernah tak kamu terbangun daripada tidur antara jam 3 ke 4 pagi? Apa yang kamu buat? Elakkan tidur semula tapi...

Baca Lagi
Foto - Astro Awani
Info Menarik

4 Sebab Kenapa Masalah Buli Dalam Asrama Tak Pernah Nak Hilang

by Opie Azizlan
January 3, 2022
0

Kes buli dalam negara tidak lagi asing apabila setiap tahun pasti ada kes buli yang dilaporkan. Kes-kes ini kebiasaannya melibatkan...

Baca Lagi
Foto - Oh Malaysia Ku (FB) / Twitter
Info Menarik

“Kena Hanyut Pun Tak Rosak”- Tupperware Jenama Kalis Banjir, Netizen Kongsi Isi Dalam Bekas Masih Elok!

by Opie Azizlan
December 29, 2021
0

Patutlah mak-mak sakan mengamuk dan naik angin bila bekas Tupperware mereka hilang, rupanya ada banyak kelebihannya yang ramai tak tahu....

Baca Lagi
Foto - Mengaji Online
Info Menarik

“Musnah & Hancur Akibat Banjir” – Ini Cara Melupuskan Al-Quran Dengan Betul

by IamLisa
December 23, 2021
0

Musibah banjir menyaksikan banyak barangan rosak, tidak terkecuali kitab suci Al-Quran. Namun Al-Quran tidak boleh sewenangnya dilupuskan begitu. Ia mempunyai cara...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.