Hailey Bieber boleh dikatakan salah satu selebriti yang popular di Instagram kerana dia sering berkongsi dengan pengikutnya mengenai produk penjagaan kulit serta tips.
Tambah-tambah lagi ketika dunia masih lagi berhadapan dengan penularan wabak Covid-19, Hailey dilihat menghabiskan keseluruhan harinya dengan merawat kulit secara 100% sambil menyesuaikan diri dengan rutin penjagaan kulit.
Baru-baru ini, melalui IG Story yang telah dimuat naik oleh Hailey, dia telah berkongsi dengan pengikutnya mengenai produk penjagaan kulit kesukaannya iaitu Dr. Barbara Sturm The Good C-Vitamin C Serum.
Jika kamu perasan, Hailey sering berkolaborasi dengan Dr. Barbara Strum melalui siri “Skin School” di YouTube bagi berkongsi tentang rutin penjagaan kulit, tips kecantikan, tips penjagaan kulit dan sebagainya.
Berbalik kepada Vitamin C Serum, produk ini boleh dikatakan mempunyai kelebihannya kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Serum ini mengandungi kepekatan Vitamin C sebanyak 5%.
Di mana kepekatan ini dapat membantu mencerahkan kulit, meratakan warna kulit di mana ianya sangat bagus untuk mereka yang mempunyai pigmentasi. Dan serum ini juga menyokong penghasilan kolagen serta mengandungi bahan-bahan yang kaya dengan antioksidan.
Dalam pada masa yang sama, Vitamin C Serum ini mengandungi formula zink yang membantu tingkatkan penyerapan serum ke dalam kulit. Selain itu, kandungan hyaluronic acid dan aloe vera juga dapat memberikan penghidratan secara sepenuhnya dalam merawat kulit wajah.
Kalau kamu mahukan kulit seperti Hailey Bieber, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Dr. Barbara Sturm The Good C-Vitamin C Serum. Selain mencerahkan, Vitamin C Serum ini juga dapat mencegah penuaan pramatang!
[BELI]