Nude, merah jambu, atau oren, warna yang mana paling kerap kamu oles ke bibir?
Nak tahu, ada kajian psikologi mengatakan bahawa warna yang paling kerap kamu pakai menunjukkan personaliti diri.
Ya, ini mungkin terdengar agak pelik, tetapi warna paling banyak kamu kumpul dan guna menunjukkan tentang siapa diri kamu.
Warna dan shade yang berbeza mempunyai makna yang berbeza, seperti merah biasanya menunjukkan semangat dan oren mewakili keceriaan.
Oren
Katanya anda mempunyai sense of humor yang hebat. Biasanya menghabiskan masa lapang dengan berkawan atau bertemu orang baru.
- Foto – Pinterest
Anda seorang yang social butterfly, mempunyai keperibadian positif yang menarik perhatian orang sama ada ketika anda keluar atau berada di samping orang sekeliling. Orang sukakan personaliti anda yang ceria dan fun.
Nude
Rasanya ini warna kegemaran setiap wanita. Nude untuk menunjukkan penampilan yang simple dan lemah lembut.
- Foto – Glow Organic
Anda menikmati perkara-perkara sederhana dalam hidup dan cuba melakukan lebih banyak perkara dengan sedikit. Yang paling anda hargai adalah kejujuran. Rakan-rakan menyayangi anda kerana keperibadian anda yang tenang dan rendah diri, serta kemampuan anda untuk relaks dan refleks dengan diri sendiri.
Merah Jambu
Anda seorang yang caretaker dalam kelompok kumpulan. Setiap kali ada masalah, mereka akan menghubungi anda, kerana anda seorang yang memahami dan selesa untuk berkongsi.
- Foto – Pinterest
Anda sangat penyayang dan empati, kadang-kadang agak emosional, tapi orang masih hargai sensitivity anda.
IKLAN
Merah
Sesuai dengan warnanya. Anda berani dan tidak takut menghadapi cabaran baru. Salah satu perkara terpenting bagi anda adalah mengejar impian anda tanpa henti dan bekerja keras untuk mencapai cita-cita anda.
- Foto – Pinterest
Di samping itu, anda juga menghargai perkara-perkara sederhana dan klasik, itulah yang dimaksudkan dengan bibir merah ikonik. Dalam moden seksi masih ada tradisionalnya.
Coklat/Warna-Warna Gelap
Anda seorang yang dahulukan keluarga, lebih daripada diri sendiri. Semakin banyak masa yang anda habiskan bersama keluarga, semakin bahagia anda.
- Foto – Pinterest
Anda juga seorang pencinta nostalgia, perkara-perkara yang evergreen menggamit memori. Sebab itu anda mungkin meminati filem, muzik dan fesyen lama.
Ungu
Sebaik saja anda tahu apa yang anda mahukan, tidak ada yang dapat menghalangnya. Mungkin ada yang mengatakan bahawa anda keras kepala, tetapi anda seorang yang nekad.
- Foto – Pinterest
Anda seorang pemimpin dan mempunyai kehendak yang kuat membuatkan orang mendengar dan mengikuti anda dengan mudah.
Warna-Warna Liar Seperti Neon
Anda seorang yang sangat kreatif dan unik di mata orang lain. Orang kadang-kadang mungkin sukar untuk memahami anda. Anda pelik dan ceria, dan mungkin juga sedikit idealis.
- Foto – Pinterest
Anda bercita-cita tinggi dan akan melaksanakannya.
Ingat, ini semua sekadar suka-suka, kerana pada akhirnya kita semua unik dengan cara kita sendiri. Antara semua warna gincu, yang mana pilihan setiap hari?