Dah lama amalkan diet tapi tak juga turun-turun berat badan ini, makin bertambah lagi adalah! Stress betul di buatnya, jadi di mana silap sebenarnya?
Pernah tak kamu renungkan sepanjang perjalanan kamu berdiet apa yang kamu buat, dan apa orang sekeliling kamu buat yang boleh mempengaruhi amalan diet kamu.
Mungkin kamu sendiri tak perasan, kalau nak tahu kenapa diet kamu tidak menjadi dan gagal jom lihat di bawah bersama Wanista.
#1 Makan Laju
- Foto – Facebook Public Health Malaysia
Tahu tak makan secara laju akan membuatkan perut kamu cepat lapar sebenarnya, untuk makluman kamu perut memerlukan 20 minit untuk kenyang.
Tapi apabila kamu makan makanan dengan laju, otak akan beri isyarat masih lapar dan membuatkan kamu makan lebih banyak lagi.
#2 Suka Makan Makanan Dengan Kuah Banjir
- Foto – Facebook Public Health Malaysia
Bukan tak boleh makan nasi dan lauk pauk bersama kuah tapi janganlah sampai banjir satu pinggan kamu letak, kerana dalam kuah yang melimpah-ruah itulah mempunyai kalori yang tinggi apatah lagi kalau kamu makan kuah bersantan.
#3 Teh Ais Tak Boleh Nak Tinggal
- Foto – Facebook Public Health Malaysia
Sudahlah kamu makan makanan dengan kuantiti yang banyak, kemudian ditambah pula dengan minuman manis jadi tidak hairanlah kena diet kamu boleh gagal kalau dah hari-hari amal gaya pemakanan seperti ini.
#4 Nasi Tinggi Seperti Bukit
- Foto – Facebook Public Health Malaysia
Satu lagi hal yang kamu selalu buat adalah makan nasi dengan kuantiti yang banyak hingga tinggi menimbun seperti bukit, rasanya ramai dah tahu nasi mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi dan kalori dalam badan juga akan berkumpul.
#5 Suka Makan Guna Pinggan Yang Besar
- Foto – Facebook Public Health Malaysia
Selain itu, makan menggunakan pinggan yang bersaiz besar penyebab mengapa kamu sering mengambil banyak makanan dan selalu makan dengan banyak tanpa sedar.
Jadi kalau nak diet, amalkan gaya pemakanan dengan jumlah kuantiti yang serba sedikit dengan menggunakan pinggan mangkuk bersaiz kecil atau sederhana.
#6 Selalu Makan Makanan Bergoreng
- Foto – Facebook Public Health Malaysia
Suka makan makanan bergoreng seperti nasi goreng, bihun goreng, kuew tiaw goreng dan mee goreng boleh menyebabkan diri bertambah berat badan kerana kandungan kalori makanan bergoreng ini lebih tinggi.
#7 Tak Sah Kalau Tak Ambil Lauk Banyak
- Foto – Facebook Public Health Malaysia
Satu lagi yang kamu tak sedar buat adalah, kamu suka mengambil lauk-pauk dengan banyak sampai penuh satu pinggan. Tahu tak gaya pemakanan seperti inilah yang membuatkan diet kamu gagal.
#8 Sayur Dan Buah Tak Pernah Atau Kurang Jamah
- Foto – Facebook Public Health Malaysia
Diet yang sihat adalah mengamalkan pemakanan yang seimbang, bermakna sayur dan buah-buahan kamu perlu makan untuk mendapatkan badan yang sihat.
#9 Tak Pernah Tinggal Makan Makanan Berproses
- Foto – Facebook Public Health Malaysia
Jika kamu kerap makan makanan berproses seperti sosej goreng, kentang goreng, daging burger, nuget dan makanan proses yang lain, macam manalah berat badan itu tak turun-turun.
#10 Dikelilingi Dengan Orang Yang Kaki Makan
- Foto – Facebook Public Health Malaysia
Salah satu lagi kenapa diet kamu selalu tak berjaya adalah kerana, kamu selalu dikelilingi dengan orang-orang yang jenis kaki makan dan lalu membuatkan kamu juga terpengaruh dan amalan diet ke laut.
Dalam 10 senarai sebab diatas, yang mana satu kamu tak pernah buat sepanjang berdiet? Jadi tidak hairanlah mengapa diet kamu gagal dan tidak menjadi, jika ingin kurus kamu harus berdisiplin baru menjadi.
Kalau kamu nak cuba lagi sekali berdiet, disarankan elak lakukan perkara di atas InsyaAllah kamu dapat lihat perubahan pada bentuk dan berat badan kamu nanti.
Selamat beramal♥
Kredit: Facebook Public Health Malaysia