“Boleh tak berhenti menggaru? Rimaslah tengok!”
Boleh dikatakan ramai yang menganggap penyakit eczema ini hanya kegatalan biasa pada badan. Tetapi sebenarnya ia adalah keadaan kulit yang mengalami tompok kulit yang gatal dan meradang.
Penyakit eczema atau atopic dermatitis ini sering berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Dalam pada masa yang sama, golongan remaja dan orang dewasa juga boleh mengalaminya.
Walaupun sudah bermacam-macam cara, petua dan ubat telah digunakan untuk kurangkan penyakit ini. Jadi entri kali ini, Wanista senaraikan beberapa jenis krim eczema yang telah dicadangkan oleh pakar dermatologi.
Penyakit Eczema Boleh Sembuh?
Sebenarnya penyakit eczema ini merupakan masalah kulit yang tidak diketahui punca. Selain itu, penyakit ini juga tidak memiliki ubat yang khusus untuk menyembuhkannya.
Walaupun penyakit ini tidak boleh disembuhkan, tetapi ada beberapa jenis ubat-ubatan dan krim yang boleh digunakan untuk meredakan kegatalan kulit.
Untuk elakkan daripada penyakit eczema menjadi lebih teruk, kamu perlu:
- Elak daripada menggaru ketika gatal.
- Gosok atau tampar secara lembut untuk hilangkan kegatalan.
- Tutup kawasan yang terjejas dengan pembalut untuk elakkan daripada menjadi lebih teruk.
- Pakai pakaian yang sesuai dengan cuaca untuk elak kerengsaan
- Sentiasa guna krim anti-radang untuk hilangkan kegatalan dengan cepat.
Pakar Dermatologi Syorkan Krim Eczema Yang Ini
Dengan hanya melakukan rawatan di rumah sahaja tidak memadai. Jadi, pakar dermatologi telah mengesyorkan beberapa ubat yang berbentuk krim yang dapat mengurangkan kegatalan, kemerahan dan bengkak.
Atopiclair Cream [RM 49]
Aveeno Eczema Therapy [RM 89]
Eucerin Eczema Relief Body [RM 57.90]
CeraVe Moisturizing Cream [RM 69]
First Aid Beauty Ultra Repair [RM 55]
Cetaphil Moisturizing Cream [RM 66.90]
Neosporin Eczema Essentials [RM 95]
La Roche-Posay Lipikar Baume [RM 94.91]
Aveeno Baby Eczema Theraphy [RM 53.50]
Avène Cicalfate Restorative Skin [RM 49]
Dengan harga di bawah RM 100, kamu boleh juga mencuba beberapa krim yang merawat penyakit eczema seperti yang disyorkan.
Selamat mencuba!