Safilo jenama pengeluar kaca mata terkena dunia ini bukan satu nama asing dalam penghasilan kaca mata terkenal dengan gandingan selebriti terkenal dunia.
Tahun ini Safilo bekerjasama menghasilkan koleksi kaca mata mengikut stail dan gaya yang diinspirasikan oleh David Beckham.
Koleksi kaca mata David Beckham ini cukup versatil dan menarik, elemen macho dan stailo juga terpancar menerusi rekaan kaca mata koleksi musim bunga 2021 ini.
Stail Macho Dan Stailo Menjadi Idaman David Beckham
Rekaan kaca mata yang diinspirasikan oleh David Beckham ini, menampilkan gaya macho dan stailo kepada si pemakai dan menyerlahkan penampilan diri secara keseluruhan.
Pastinya ramai jejaka di luar sana ingin tampil kelihatan bergaya dan menyerlahkan kekacakan diri bukan, dengan menggayakan koleksi kaca mata David Beckham secara tidak langsung ia akan menyerlahkan keunikan diri si pemakai.
Rekaan Yang Ikonik Dan Kontemporari
- Foto – Eyewear by David Beckham
Setiap koleksi kaca mata yang dihasilkan oleh Safilo mengikut stail dan gaya David Beckham ini, menampilkan rekaan yang ikonik dan kontemporari seperti perincian lukisan sayap burung pada bingkai kaca mata.
Ia melambangkan kebebasan dan kuasa seorang lelaki, dalam bergaya dan menjaga penampilan diri mengikut trend masa kini.
Lensa Versatil Untuk Lelaki Yang Elegan
- Foto – Eyewear by David Beckham
Untuk koleksi kaca mata musim bunga dan panas 2021 ini, Safilo menggunakan lensa cermin mata yang tinggi kualiti dan cukup versatil.
Koleksi kaca mata David Beckham menampilkan tiga jenis lensa yang sangat sesuai digayakan untuk sang jejaka yang inginkan kelainan dalam berfesyen.
- Lensa polarized – sesuai pakai tatkala melakukan aktiviti aktif dan menahan sinaran matahari.
- Lensa oren – menawarkan penglihatan yang jelas tidak mengira cuaca dan suasana.
- Lensa photochromic – menawarkan panorama yang indah dengan fungsi mengawal tahap kemalapan cermin apabila terkena pancaran matahari.
Koleksi Kaca Mata David Beckham
Banyak koleksi kaca mata David Beckham yang menarik pada tahun ini, nak tahu kaca mata jenis yang bagaimana apa menyerlahkan lagi penampilan sang jejaka jom lihat di bawah.
Gaya Klasik
- Foto – Eyewear by David Beckham
Gaya Ikonik
- Foto – Eyewear by David Beckham
Gaya Versatil
- Foto – Eyewear by David Beckham
Gaya Kontemporari
- Foto – Eyewear by David Beckham
Bagi yang ingin mencari hadiah untuk bapa, suami, abang, adik ataupun kawan lelaki, mungkin kamu boleh lihat koleksi-koleksi kaca mata David Beckham menerusi laman sesawang Safilo [SINI] dan pilihan rekaan kaca mata yang diingini.