Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Fesyen

Kalau Kena Dengan Cara, Wanita Plus Size Boleh Jadi Lebih Bergaya

by Opie Azizlan
January 26, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

10
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Nak kelihatan bergaya? Wanita yang bersaiz besar sering menghadapi masalah tentang ini. Mereka sering merasakan tiada pakaian yang sesuai untuk dipakai atau sering ditegur oleh orang sekeliling tentang gayanya.

Walaupun sudah beribu-ribu tips dan trik cuba diikuti, mereka sering berasa kurang keyakinan diri untuk tampil berbeza disebabkan oleh saiz badan. Kali ini, cuba kamu beranikan diri untuk tampil bergaya mengikut kata hati sendiri. Dan paling penting tidak perlu hiraukan tentang pandangan orang lain.

Jadi sebagai permulaan, kamu boleh ikuti tips ini untuk menjadi wanita bersaiz besar yang paling bergaya dan trendy!

Yes! Dah Boleh Pakai Bodycon Dress

Mungkin bagi mereka yang bersaiz kecil memakai bodycon dress  ini tampil lebih menarik berbanding dengan wanita bersaiz besar.

Foto – Pinterest

Tetapi salah sama sekali kerana wanita yang berbadan besar mempunyai lekukan badan yang lebih sempurna dan cantik ketika mengenakan bodycon dress ini.

Simpan Legging Dalam Almari

Tengah mahu cepat dan senang dicapai dalam almari, mesti ramai yang akan mengambil legging berbanding dengan jeans. Kalau kamu mahu tahu, legging ini sebenarnya tidak sesuai untuk dipakai di luar.

Foto – Pinterest

Ia direka khas untuk dipakai sebagai pakaian dalam. Jadi elakkan memakainya kerana legging membuatkan kamu kelihatan tidak kemas. Tetapi kalau kamu mahu memakainya juga, gantikan dengan jegging.

Jangan Risau Kalau Nak Pakai Crop Top 

Cemburu bila tengok wanita lain memakai crop top dengan yakin? Jangan risau, sebenarnya kamu juga boleh memakainya.

Foto – Pinterest

Cuba kamu padankan crop top dengan high-waisted jeans. Sudah semestinya penampilan kamu lebih kelihatan chic dan bergaya! Jika tidak mahu padankan dengan jeans, kamu juga boleh gayakan dengan midi skirt atau seluar panjang.

Crop top ini bukan hanya direka untuk mereka yang bersaiz kecil, tetapi untuk wanita bersaiz besar juga kerana pakaian ini membuatkan lekuk badan kamu lebih menonjol dan lebih seksi.

Tak Perlu Takut Untuk Pakai Pakaian Luar 

Ada yang tidak mahu gayakan pakaian luar mereka seperti jaket, cardigan dan sebagainya. Ini kerana mereka merasakan penampilan mereka kelihatan lebih besar dua kali ganda berbanding dengan saiz sebenar.

Foto – Teen Vogue

Jika kamu berfikir seperti itu, lebih baik kamu hentikannya. Ini kerana pakaian luar dapat membuatkan penampilan kamu nampak lebih menakjubkan. Walaupun kamu hanya memakai head–to–toe pakaian kosong dan padankan dengan jaket atau cardigan bercorak, pasti ramai akan tertarik dan memuji penampilan kamu.

Tukar Warna Pula, Jangan Asyik Gelap Saja 

“Kalau pakai pakaian warna gelap ini, mesti lebih sesuai dan nampak lebih kurus.”

Sebenarnya kalau kamu mahu tahu, warna gelap tidak menampakkan kamu kurus malah memberikan penampilan yang lebih besar, nampak tua dan mood yang suram.

Foto – Pinterest

Jadi apa kata kamu cuba tukarkan pakaian kepada warna-warna yang cerah pula. Ini kerana pakaian yang cerah dapat mengembalikan mood kamu malah membuatkan kamu kelihatan lebih muda daripada umur sebenar!

Ragu-Ragu Nak Pakai, Sarung Saja Pencil Skirt 

Ada sesetengah wanita yang bersaiz besar mahu cuba untuk memakai skirt, tetapi risau dengan penampilannya.

Foto – Pinterest

Lepas ini, kamu jangan risau lagi. Kalau nak pakai skirt, kamu boleh cuba untuk memakai pencil skirt. Ini kerana pencil skirt akan buatkan lekukan badan kamu bermula dari bahagian pinggang ke lutut menjadi lebih panjang. Dan pada masa yang sama, pencil skirt berikan penampilan yang seimbang dengan lebih baik!

Untuk wanita yang bersaiz besar, jangan pernah rasa down dengan apa yang dikatakan oleh orang sekeliling tetapi ikut kata hati dan yakin dengan gaya kamu.

Selamat beramal!

RUJUKAN: 1, 2

Tags: tips bergaya wanita plus sizetips fesyen wanita bersaiz besartips untuk wanita bersaiz besarwanita bersaiz besarwanita plus size
Share4SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Tips - Fesyen

4 Petua Terbaik Untuk Elak Kaki Melecet Ketika Pakai Boots

by Opie Azizlan
October 14, 2021
0

Orang dulu-dulu kata kalau nak elak kaki melecet selepas pakai kasut baru, kamu kena gigit bahagian belakang kasut terlebih dahulu....

Baca Lagi
Tips - Fesyen

Untuk Bentuk Badan Petite, Elak Kasut Ini Kalau Tak Mahu Nampak Bantut

by Opie Azizlan
November 10, 2020
0

Mesti anda sering mendengarkan perkataan "cute", "sweet" dan lain-lain yang digunakan untuk describe gadis yang mempunyai bentuk badan petite atau...

Baca Lagi
Tips - Fesyen

Trik Beyonce Guna Untuk Gayakan Kasut Tumit Tinggi

by IamLisa
September 5, 2020
0

Semua wanita suka mengenakan kasut tumit tinggi. Malah, ianya bukan sahaja membuatkan anda kelihatan bergaya dan berketrampilan tetapi tumit tinggi...

Baca Lagi
Foto - Arkib Wanista
Tips - Fesyen

‘Ugly Sandal’ Kembali Trending, Tiru 10 Tips Kekal Stailo

by Mas Idayu
August 19, 2020
0

Dunia fesyen kini sedang hangat mengembalikan pemakaian 'ugly sandal' dalam industri fesyen bagi tahun 2020 ini. Ramai pereka fesyen mengadakan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.