Sembang soal perayaan, tak lama lagi kita bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
Jadi apa persiapan kamu? Sudah beli pakaian dan barang perhiasan? Kalau belum beli, apa kata kamu lihat koleksi HABIB yang bertemakan ‘Auspicious Blooms‘ untuk memeriahkan lagi sambutan perayaan.
Sebenarnya, ramai yang dah excited dan menunggu untuk membeli barangan kemas yang direka khas selari dengan kalendar Lunar iaitu tahun 2021 adalah Tahun Lembu (Ox).
Kreatif Dengan Rekaan Klasik Sempoa
Rekaan kali ini, HABIB tampil dengan mengolah kembali rekaan klasik sempoa atau lebih dikenali dengan abascus. Rekaan ini dilihat akan menjadi trend terkini sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Kalau kamu mahu tahu, dulu abascus ini menjadi satu peralatan untuk mengira dan ianya mempunyai perkaitan dengan wang dan kesejahteraan. Perkaitan ini membawa lebih kekayaan dan kejayaan kepada seseorang individu mengikut kepercayaan masyarakat Cina.
Bagi rekaan abascus dalam Koleksi Oro Italia 916 ini, HABIB telah menggunakan teknologi terkini dari Itali bagi hasilkan pelbagai jenis kemasan. Dan yang paling menariknya, kamu boleh mendapatkannya dalam pelbagai jenis bentuk untuk disesuaikan dengan gaya dan personaliti kamu sendiri.
Tema ‘Auspicious Blooms’, Mengandungi Makna Tersendiri
Kali ini, HABIB telah mengeluarkan barangan kemas sempena Tahun Baru Cina yang bertemakan ‘Auspicious Blooms‘. Tema ‘Auspicious Blooms’ ini memberi maksud bunga yang sedang mekar kepada seseorang individu dengan memberikan tuah, keamanan dan kegembiraan.
Jadi, tema ini dipilih oleh HABIB bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para pelanggan dalam berkongsi hadiah dan memberikan kebahagiaan kepada yang tersayang.
Makna Tersirat Di Sebalik Tahun Lembu (Ox)
Dalam pada masa yang sama mengikut kalendar Lunar, tahun 2021 merupakan Tahun Lembu (Ox) yang berunsurkan logam. Peristiwa ini sebenarnya hanya berlaku sebanyak sekali bagi setiap 60 tahun. Bagi kamu yang ingin tahu maksud di sebalik tahun lembu ini dan perkaitannya dengan logam, teruskan membaca.
Bagi masyarakat Cina, Lembu (Ox) membawa maksud kepada kejujuran, kekuatan dan keazaman yang kuat dalam sejarah yang berperanan sebagai haiwan dalam bidang pertanian. Manakala logam pula melambangkan kekayaan kerana ia mempunyai nilai kepentingan tersendiri yang berharga terutamanya emas.
Jadi bersempena dengan sambutan perayaan ini, HABIB telah melancarkan wafer emas 999 edisi terhad yang bermotifkan Lembu (Ox) dengan berat sebanyak 0.2g. Jika kamu lihat, pembungkusan wafer ini seakan-akan ang-pao dan ianya sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang.
Selain itu, HABIB turut melancarkan jongkong emas 999 edisi Lembu (Ox) dengan seberat 5g yang menampilkan seekor lembu yang sedang minum air di sebuah sungai. Di sebalik gambaran ini, ia membawa maksud kepada seekor lembu yang berehat selepas penat membanting tulang bekerja.
Bagi yang berminat untuk membeli koleksi barangan kemas ‘Auspicious Blooms‘, kamu boleh membuat temu janji secara virtual dengan menghungi HABIB melalui talian hotline. Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi ‘Auspicious Blooms‘, kamu boleh melayari laman web rasmi HABIB.
Happy shopping!