Seorang kanak-kanak di Itali disahkan meninggal dunia kerana kematian otak, selepas melakukan aksi ‘blackout challenge’ yang sangat trending di TikTok pada waktu ini.
Berita kematian ini memberikan kesan dan gambaran, betapa bahayanya melakukan aksi TikTok ‘blackout challenge’ sewenang-wenangnya tanpa berfikir panjang.
Cekak Diri Hingga Pengsan
- Foto – The Mercury
Aksi ‘blackout challenge’ ini mencabar sesiapa saja yang berani mencekik diri sendiri sehingga pengsan selama beberapa saat, menarik perhatian ramai pengguna akaun TikTok seantero dunia.
Tapi siapa sangka kanak-kanak yang berusia 10 tahun ini menjadi mangsa pertama pada tahun 2021, kerana terjebak dengan aksi ini dan membuatkan ramai orang berasa gerun akan kesannya terhadap diri sendiri.
- Foto – Brunch Virals
Kanak-kanak malang ini terpengaruh, dan melakukan aksi ‘blackout challenge’ dengan menggunakan tali pinggang bagi menjerut leher sehingga pengsan.
Dikejarkan Ke Hospital, Doktor Sahkan Kematian Otak
Kanak-kanak yang berasal dari Itali ini dikejarkan ke hospital untuk rawatan tetapi malangnya, doktor mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut sudah tidak bernyawa dan punca kematian adalah kerana kematian otak.
Derma Organ Dalaman
Ibu bapa kanak-kanak ini pasrah dan memberi kebenarkan kepada pihak hospital, untuk menderma organ dalaman anaknya itu kepada insan yang memerlukan.
Pakar Beri Amaran Jangan Ikut Trend, Jika Tidak Maut Menanti!
- Foto – New York Post
Mengimbau kembali permainan cabaran yang pernah berlaku beberapa tahun lalu, ramai pakar perubatan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya melakukan sebarang cabaran tanpa berfikir panjang.
Apatah lagi cabaran tersebut bila-bila masa boleh menyebabkan diri maut seperti TikTok ‘blackout challenge’ ini, yang mana menyebabkan kerosakan otak, pengsan, dan akhirnya maut menanti.