“Lisa Surihani pakai produk Cetaphil, patutlah flawless dan berseri-seri.”
Mesti kamu pernah tengok iklan si cantik manis Lisa Surihani bersama Cetaphil? Lisa bukan setakat menjadi duta mempromosikan Cetaphil tapi dia juga menggunakan rangkaian produk penjagaan ini juga.
“Saya obses dengan produk penjagaan kulit ini, setelah menggunakannya selama sekitar empat minggu, saya dapat lihat ia sekatakan warna kulit, menghilangkan kulit kusam, mencegah dan mengurangkan bintik-bintik gelap.
- Foto – Arkib Wanista
Nak tahu produk apa yang Lisa paling suka dari Cetaphil selain Gentle Cleanser? Perkenalkan rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance serba baru, cara sihat untuk kulit cerah berseri dalam empat minggu!
Cetaphil Bright Healthy Radiance Menggunakan Teknologi GentleBright
Cetaphil menggabung pemahaman kulit sensitif dan kepakaran penjagaan kulit dermatologi untuk merumus rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiace.
- Foto – Cetaphil
Bagaimana teknologi ini berfungsi? Teknologi GentleBright mengandungi niacinamide dan ekstrak bunga dafodil laut putih yang lembut. Kedua-dua ramuan antioksidan ini mengurangkan pembentukan dan pengumpulan melanin dalam kulit.
Kelebihan Bunca Dafodil dan Niacinamide
Bunga Dafodil Laut Putih ialah ekstrak semula jadi yang terbukti mengurangkan saiz dan warna tompok gelap, dengan membantu mengatur sistesis melanin dan mengurangkan penghasilan melanin dalam kulit.
Niacinamide (Vitamin B3), antioksidan yang lembut tapi efektif mengawal pemindahan melatonin ke permukaan kulit, supaya tona kulit lebih sekata dan cerah sempurna.
Rutin Penjagaan Kulit Dengan Cetaphil Bright Healthy Radiance
Dibuat di Korea, rangkaian ini adalah cara yang sihat untuk kulit lebih cerah dan bersih berseri.
Tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi, pembersih lembut membersihkan kusam merupakan langkah pertama dalam rutin pencerahan. Diikuti dengan toner untuk melembab dan memberi keserian serta merta sambil melembut dan melicinkan kulit.
Dengan SPF15 pada krim siang untuk mengembali tona kulit sekata dan berseri, dan melindungi daripada kerosakan UV matahari untuk membantu mencegah tompok gelap.
Seterusnya di malam hari pula, Brightening Night Comfort Cream meneruskan proses pencerahan semasa anda tidur untuk menunjukkan kulit yang lebih segar dan lebih berseri pada waktu pagi.
Menarikkan? Yang pasti matlamat rangkaian produk ini adalah untuk meraikan semua jenis kulit untuk wanita Malaysia yang menginginkan kulit yang cerah dan bersinar sambil mempertimbangkan apa yang selamat untuk kulit.
- Foto – Cetaphil
Rangkaian Bright Healthy Radiance sesuai untuk semua jenis, termasuklah yang sensitif. Terdiri daripada:
- Cetaphil Brightness Reveal Creamy Cleanser (RM39.00)
- Cetaphil Brightness Refresh Toner (RM59.00)
- Cetaphil Brightening Day Protection Cream (RM113.00)
- Cetaphil Brightening Night Comfort Cream (RM113.00)
Boleh didapati di semua farmasi terkemuka di Malaysia, dalam talian di Lazada, Shopee, dan Hermo.
Untuk maklumat terkini mengenai Cetaphil ikuti @CetaphilMY di Instagram.