Kamu pencinta si bulus, berita baik untuk kamu yang memelihara kucing di kediaman kerana ia sebenarnya memberi banyak manfaat kesihatan yang ramai tak tahu sebenarnya.
Tahu tak si comel kesayangan kamu sebenarnya boleh memberi terapi kepada diri kamu, ia lebih dikenali sebagai cat therapy.
Dan banyak manfaat, serta kebaikan cat therapy ini mampu berikan kepada pemilik si bulus tanpa mereka sedar, nak tahu apakah kebaikan dan manfaatnya jom tinjau dibawah.
#1 Dapat Tingkatkan Hormon Bahagia
- Foto – Pet MD
Memelihara kucing boleh tingkatkan hormon bahagia dalam diri, iaitu hormon endorfin dan dopamin dengan bermain bersama si manja. Ia secara tidak langsung, dapat meningkatkan kedua-dua hormon bahagia dalam tubuh pemilik si bulus.
#2 Dapat Kurangkan Penyakit Kardio Vaskular
- Foto – Cat’s Pride
Penyakit kardio vakular merupakan penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia, tetapi siapa sangka dengan memelihara kucing dapat mengurangkan penyakit maut ini.
Beruntung siapa yang menjaga kucing sejak dari anak kucing hingga kucing menjadi dewasa, kerana dengan adanya kucing ini di sisi ia boleh mengurangkan penyakit kardio vaskular yang dihadapi.
#3 Miliki Imunisasi Diri Tinggi
- Foto – NBC News
Tahu tak, memelihara kucing juga membuatkan tubuh memiliki daya imunisasi diri yang tinggi berbanding individu yang tidak memelihara kucing.
#4 Waktu Tidur Lebih Lena
- Foto – Freepik
Selain itu, siapa yang memiliki masalah sukar tidur seperti insomnia bagus kamu pelihara kucing kerana si manja comel ini dapat buatkan diri kamu tenang dan sekaligus membuatkan waktu tidur kamu jadi lebih lena.
#5 Bunyi Purr Kucing Merupakan Fisioterapi Diri
- Foto – Healthline
Siapa sangka, bunyi purr yang dikeluarkan oleh si bulus ini sebenarnya dapat memberi fisioterapi kepada pemiliknya.
Apabila si manja mengeluarkan bunyi purr sambil menggesek kepalanya pada kaki atau anggota tubuh pemiliknya, ia sebenarnya memberi fisioterapi secara tidak langsung kepada si pemilik tanpa sedar.
#6 Kucing Tidak Berbau
- Foto – Read It Forward
Tidak seperti haiwan peliharaan yang lain, kucing tidak mengeluarkan sebarang bau yang tidak menyenangkan si pemiliknya.
Jika terdapat bau tiba-tiba keluar, ia mungkin petanda si manja sedang sakit dan perlu mendapatkan rawatan di klinik haiwan.
#7 Sebagai Peneman Sejati
- Foto – Earth
Buat yang tinggal berseorangan, maka kucing merupakan peneman terbaik buat diri jika kamu menjaga kucing sejak ia kecil.
Kerana kucing yang dijaga sejak kecil hingga dewasa akan menjadi sangat rapat dan akrap dengan diri kamu dan ia menjadi peneman paling setia serta penghibur hati kamu.
#8 Bantu Hilang @ Kurangkan Anxiety, Tekanan Dan Kemurungan
- Foto – Rewire Me
Bagi yang mengalami anxiety, kemurungan dan tekanan mental atau sebarang tekanan psikologi yang kamu miliki.
Si manja kamu, merupakan terapi terbaik untuk bantu kamu hilangkan atau kurangkan rasa tekanan mental yang dialami.
Beruntunglah kepada sesiapa yang memelihara si manja ini di rumah, kerana mereka mampu menjadi ubat untuk kamu hilangkan atau kurangkan bebanan jiwa dengan meluangkan masa bermain bersama si bulus.
Memang banyak manfaat yang si bulus ini berikan kepada pemiliknya, bagi yang memang berminat dan jenis bertanggungjawab mungkin kamu boleh fikirkan untuk memelihara si manja di kediaman sendiri.
Yang penting kamu menjaga kucing dengan baik seperti mana kamu menjaga diri kamu sendiri, jika kamu benar-benar ingin memelihara kucing boleh cuba lihat di laman facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia (KKM).
Kerana banyak tawaran mencari pemilik yang boleh memelihara dan mengambil kucing angkat, untuk dipelihara di kediaman masing-masing.
Pencinta kucing bolehlah cuba pelihara, apatah lagi Rasulullah pun sayang pada kucing betul tak. Selamat beramal♥