“Sumpah best kalau crush suka dekat aku balik!”
Memang boleh dikatakan menjadi angan-angan semua orang untuk crush sukakan mereka kembali. Ada individu di mana crush mereka sukakan mereka kembali.
Tetapi tidak semuanya bertuah memiliki momen tersebut. Buat yang masih menunggu sama ada crush sukakan mereka kembali atau tidak, cuba lihat beberapa tanda ini.
Jika crush kamu menunjukkan beberapa tanda ini, berkemungkinan besar mereka sebenarnya tidak mempunyai perasaan terhadap kamu.
Tak Pernah Free, Asyik “Saya Busy Lah”
Sudah semestinya ada masa kita mahu keluar berdua, ala-ala seperti tengah dating. Tetapi kamu pernah ajak crush keluar dan dia asyik bagi alasan tiada masa atau sibuk sahaja?
Sudah semestinya ada! Seseorang individu kalau sukakan sesiapa sahaja, pasti mereka akan luangkan masa bersama untuk membina memori. Jika si dia asyik beri alasan sibuk sahaja, kamu perlu faham-fahamlah bahawa dia sebenarnya tidak sukakan kamu.
Tak Ambil Kisah Tentang Diri Kamu
“Alif, hari jadi saya hari Isnin, jangan lupa”, ujar Salma.
Beria-ia memberitahu tentang hari jadi kamu, tetapi nampaknya si dia macam tidak hiraukannya. Sambil menghitung dan tiba hari jadi menyambut bersama, rupanya-rupanya si dia tidak ingat.
Itu menunjukkan sebenarnya crush kamu tidak kisahkan tentang hal-hal penting pada kamu kerana si dia tidak mempunyai perasaan yang sama seperti kamu.
Jika dia menyukai kamu kembali, sudah semestinya si dia telah menunjukkan minat apabila kamu memberitahu perkara-perkara penting seperti hari jadi kamu.
Layanan Sama Rata Seperti Rakan Yang Lain
Paling menyakitkan sekali! Kamu telah melayani dia sebagai orang yang terpenting dan teristimewa tetapi si dia? Hanya melayani kamu sama seperti rakan yang lain.
Mungkin si dia menyatakan dirinya menyukai kamu, tetapi kamu jangan salah sangka kerana si dia mungkin hanya menyukai kamu sebagai rakan. Tidak lebih daripada sebuah persahabatan sahaja!
Sekiranya seorang individu mempunyai orang yang disukainya, sudah semestinya kamu boleh membezakan layanan tersebut kerana si dia akan melayani kamu lain daripada yang lain. Jadi bertabahlah, jangan menangis kalau dia melayani kamu sebagai seorang kawan.
Tak Ada Effort Untuk Berkomunikasi
Asyik-asyik kamu sahaja yang mempunyai extra effort untuk kekal berhubung dengan crush tetapi dia? Zero effort!
Mungkin ada masanya bila crush jarang berkomunikasi dan kamu mula bersangka baik dengan mengatakan mereka sebenarnya tidak ‘mahir’ dalam texting atau berborak menerusi telefon.
Tetapi secara realitinya, jika seseorang itu tidak ‘mahir’ texting atau berborak menerusi telefon, jika mereka sukakan seseorang pasti mereka akan berusaha untuk stay in touch dengan individu tersebut.
Jika mereka tidak lakukan perkara sebegitu dengan kamu, inilah masanya untuk kamu move on.
Tak Cemburu Kalau Kamu Berjumpa Orang Lain
Kadang-kadang kalau kita mahu tahu sama ada crush sukakan kamu atau tidak, mesti kita akan menguji mereka dengan keluar dengan orang lain.
Jika crush mempunyai perasaan terhadap kamu, sudah semestinya dia akan berasa terganggu dan mula menunjukkan tanda-tanda cemburu.
Sekiranya mereka tidak menunjukkan reaksi yang sepatutnya dan hanya bersikap tenang sahaja, itu adalah tanda yang sangat ketara bahawa mereka sebenarnya tidak perasaan terhadap kamu.
Kalau crush kamu menunjukkan tanda-tanda seperti ini, kamu janganlah bersedih. Jangan rasa seperti tiada siapa yang mahukan diri kamu. Kamu hanya perlu move on dan keep hunting sehingga kamu menjumpai jodoh!
Fighting!