Payudara dah besar nak dikecilkan, ada juga kes sebegini?
Cerita model dan selebriti Clelia Theodorou tular kerana pengakuan pernah menjalani pembedahan pengecilan payudara, atas alasan saiz payudara 32GG telah membuatnya terseksa.
Pembedahan dilakukan ketika usia 19 tahun itu merupakan satu mimpi indah, dan kini dia rasa selesa dan bahagia dengan fizikal sekarang. Ikuti kisah wanita seksi ini dan kenapa sampai nekad kecilkan payudara?
Buka Rahsia Di Instagram
Pengakuan yang selama ini tidak diketahui terdedah selepas peminat bertanyakan soalan di Instagramnya.
- Foto – Instagram Clelia Theodorou
“Kamu pernah melakukan operası pembedahan plastik?” soal salah seorang pengikut.
Clelia Theodorou mengakui kepada peminat bahawa pernah menjalani operasi pengecilan payudara ketika berusia 19 tahun adalah ‘perkara terbaik’ yang pernah dilakukannya.
- Payudara ketika muda, saiz 32GG. Foto Instagram Clelia Theodorou
Wanita 26 tahun ini sertakan sekali beberapa gambar lama yang memperlihatkan dirinya ketika ukuran payudara masih 32GG.
“Saya ‘Benci’ Payudara Saya”
Dia kemudian menjelaskan bahawa dia menganggapnya sebagai ‘penyeksaan’, dia tidak dapat membeli bra atau mencari pakaian dalam yang sesuai dengannya. Keadaan itu menjadikan dirinya tertekan.
- Foto – Arkib Wanista
“Saya benci payudara saya. Mungkin ramai yang terkejut kerana saya melakukannya tetapi bila anda tidak dapat membeli bra cantik, atau mengikut trend bikini yang sesuai, itu adalah penyeksaan.”
Faktor Kesihatan Juga Penyebabnya
Selain itu, faktor kesihatan menjadi salah satu alasanya. Kata bekas ratu cantik Great Britain 2014, dia nekad menjalani pembedahan selepas menderita sakit leher yang menyakitkan. Banyak penyakit yang timbul kerana ukuran payudara yang terlalu besar.
- Foto – Arkib Wanista
“Saya mengalami sakit leher yang menyebabkan sakit kepala berterusan. Ia bukanlah satu operasi yang murah tetapi bernilai setiap sen… kini saya dapat memakai apa yang saya mahu,” jelasnya.
- Foto – Arkib Wanista
Di Instagram, model yang muncul dalam rancangan realiti The Only Way Is Essex nampaknya makin selesa dan yakin dengan ukuran payudara sekarang. Dia kerap dilihat dalam balutan bikini memberi aura seksi menggiurkan.